Berapa lama anda menanti untuk hamil? Bagi yang sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat, cuba 15 tips cepat hamil ini sebagai ikhtiar. Semoga usaha anda berhasil, insyaAllah.
Kadar Kesuburan Di Malaysia
Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), kadar kesuburan di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan ini seperti faktor ekonomi, gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
Tips Cepat Hamil
Mendapatkan zuriat adalah impian banyak pasangan, tetapi ia kadang-kadang memerlukan usaha dan kesabaran. Untuk membantu pasangan yang ingin menimang cahaya mata, berikut adalah 15 tips cepat hamil selepas bersama:
1. Hentikan Makan Pil Perancang
Salah satu tips cepat hamil selepas bersama adalah berhenti mengambil pil perancang. Pil perancang mengandungi hormon yang menghalang ovulasi, dan tubuh memerlukan sedikit masa untuk kembali kepada kitaran haid yang normal selepas berhenti mengambilnya.
Oleh itu, pastikan untuk berhenti mengambil pil perancang sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum cuba untuk hamil.
2. Hadkan Pengambilan Kafein
Pengambilan kafein yang berlebihan boleh mengganggu kesuburan, terutama jika anda mengambil lebih dari 200 mg kafein sehari (bersamaan dengan dua cawan kopi).
Kafein boleh mengganggu peredaran darah ke rahim dan mengurangkan peluang untuk hamil. Oleh itu, cuba untuk mengehadkan pengambilan kafein semasa merancang kehamilan.
3. Amalkan Asid Folik
Tips cepat hamil adalah dengan pengambilan asif folik.
Asid folik adalah salah satu suplemen yang paling penting untuk wanita yang merancang untuk hamil. Pengambilan asid folik yang mencukupi sebelum dan semasa kehamilan membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada janin.
Mulakan pengambilan asid folik sekurang-kurangnya sebulan sebelum cuba hamil dan teruskan sepanjang trimester pertama kehamilan.
4. Amalkan Diet Pemakanan Sihat
Tips cepat hamil selepas bersama adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat.
Diet yang sihat sangat penting untuk kesuburan. Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak.
Nutrien seperti zink, vitamin D, dan asid folik memainkan peranan penting dalam kesuburan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak gula, lemak trans, dan bahan pengawet.
5. Rajin Bersenam
Senaman dapat membantu meningkatkan aliran darah ke organ reproduktif dan mengawal berat badan. Senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang, atau yoga sangat digalakkan.
Walau bagaimanapun, senaman yang berlebihan boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan mengganggu kesuburan. Pastikan senaman dilakukan secara sederhana dan konsisten.
6. Kenal Pasti Fasa Subur
Mengenal pasti fasa subur adalah langkah penting dalam meningkatkan peluang kehamilan. Wanita biasanya paling subur sekitar 14 hari sebelum tempoh haid seterusnya bermula.
Anda boleh mengesan waktu subur dengan menggunakan kalendar ovulasi, kit ovulasi, atau dengan memerhatikan perubahan suhu badan basal. Ini adalah masa terbaik untuk melakukan hubungan seks bagi meningkatkan peluang untuk hamil.
7. Berhenti Alkohol Dan Merokok
Tips cepat hamil selepas bersama adalah berhenti alkohol dan merokok.
Merokok dan pengambilan alkohol berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan. Merokok boleh mengurangkan kualiti telur dan sperma, manakala alkohol boleh mengganggu hormon yang terlibat dalam proses kehamilan.
Oleh itu, berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol adalah langkah yang sangat penting dalam usaha untuk hamil.
8. Lakukan Seks Pada Waktu Subur
Melakukan hubungan seksual secara berkala adalah kunci untuk meningkatkan peluang kehamilan. Walaupun melakukan hubungan seks setiap hari semasa waktu subur boleh meningkatkan peluang, tetapi hubungan seks setiap dua hingga tiga hari juga sudah mencukupi untuk memastikan ada sperma yang sihat dalam saluran pembiakan wanita apabila ovulasi berlaku.
9. Berbaring 15 Minit Selepas Hubungan Seks
Cara cepat hamil seterusnya adalah berbaring 15 minit selepas hubungan seks.
Ini membantu sperma bergerak lebih dekat dengan rahim, meningkatkan peluang untuk sperma bertemu dengan telur. Walaupun kajian mengenai kesannya tidak begitu kukuh, ia adalah satu petua yang boleh dicuba untuk meningkatkan peluang kehamilan.
10. Ambil Asid Folik Dan Makanan Sihat
Fungsi utama asid folik adalah untuk membantu pembentukan sel darah merah, menggalakkan pertumbuhan segera sel dan untuk pembentukan otak janin. Dos yang ditetapkan untuk diambil sebelum mengandung adalah kira-kira 400mg dan ketika mengandung, ia boleh naik hingga 600 hingga 800mg.
Menyediakan badan dengan asid folik, sebulan sebelum mengandung dikatakan dapat mengurangkan penyakit spina bifida sebanyak 70%.
Bukan itu sahaja, sentiasa menjaga pemakanan yang sihat. Anda digalakkan ambil makanan yang mengandungi sumber protein sihat seperti ayam dan ikan mampu mengekalkan kestabilan homon dan mengatur kesuburan.
Manakala pengambilan vitamin E yang boleh didapati dari kacang badam, buah avokado, kiwi dan mangga dapat meneutralkan radikal bebas.
11. Ajak Pasangan Pergi Berbulan Madu
Cara cepat hamil yang boleh anda cuba adalah mengajak pasangan pergi berbulan madu.
Setelah beberapa bulan penat dan tertekan mencari rezeki, apa kata ajak pasangan pergi berbulan madu buat kali kedua.
Ambil peluang ini untuk lebih memahami dan bermanja dengan pasangan tanpa sebarang gangguan. Selain itu, persiapkan diri dengan ilmu hubungan badan yang disukai. Mudah-mudahan balik nanti akan ada khabar gembira!
12. Menerapkan Posisi Seks Yang Tepat
Cara cepat mengandung selepas haid adalah dengan menerapkan posisi seks yang tepat. Sebenarnya, semua posisi seks dapat anda lakukan. Namun, dengan melakukan posisi tertentu diharapkan akan mempermudah sperma masuk menuju sel telur.
Gaya dan cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi yang digalakkan adalah misionaris, women on top serta doggy style.
Ia dikatakan mampu meningkatkan peluang kehamilan lebih besar dan menjadikan ikhtiar hamil anda membuahkan hasilnya!
13. Jumpa Pakar Kesuburan
Cara cepat hamil yang lain adalah jumpa pakar kesuburan.
Jika anda dan pasangan telah mencuba untuk hamil selama lebih dari setahun tanpa kejayaan, adalah bijak untuk berjumpa dengan pakar kesuburan.
Pakar kesuburan boleh menjalankan ujian untuk mengenal pasti sebarang masalah kesuburan yang mungkin ada pada kedua-dua pasangan. Mereka juga boleh memberi nasihat dan rawatan yang lebih sesuai untuk meningkatkan peluang kehamilan.
14. Elakkan Seks Terlalu Kerap
Kebanyakan orang selalu anggap buat seks dengan kerap akan dapat hasil yang lebih baik. Namun tidak semestinya kena kerap buat seks baru cepat hamil.
Ia bergantung kepada seseorang itu melakukan hubungan seksual. Ada yang dua tiga kali buat sudah hamil dan ada juga yang makan tahun. Sabar ya, nanti Allah kurniakan juga seorang cahaya mata buat kalian.
Tapi kekerapan melakukan hubungan intim ketika waktu yang sesuai atau subur boleh menjadi cara cepat hamil.
15. Berdoa Agar Cepat Hamil
Cara cepat hamil yang paling penting adalah doa. Setelah berusaha, kemudian berdoa pada yang Maha Berkuasa supaya dikurniakan zuriat yang baik, soleh dan solehah. Kemudian amalkan baca doa Nabi Zakaria ini.
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74).
Baca juga doa dalam surah Al-Anbiya ayat 89 yang mempunyai maksud untuk mendapatkan anak.
Petua Cepat Hamil Kaedah Tradisional
Meskipun kini ada pelbagai kaedah dan teknologi moden dalam perubatan bagi menjayakan ikhtiar hamil, kebanyakan pasangan juga tidak terkecuali untuk mencuba petua cepat hamil cara tradisional.
Ada yang katakan ia berjaya, ada juga masih belum berjaya. Apapun tidak salah kan untuk mencuba petua cepat hamil kaedah tradisional:
- Kisar sebatang lobak merah dan ibu kunyit sebesar jari dengan menggunakan setengah gelas air. Tapis, dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Untuk memaniskannya, campur dengan gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
- Makan taugeh – Bila anda makan makanan Jepun seperti teppanyaki, habiskan taugeh yang diberi kerana taugeh dikatakan menyuburkan dan memekatkan air mani lelaki.
- Makan telur ayam – Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari sebagai petua cepat hamil.
- Minuman herba- Jika suami atau isteri tidak bernafsu atau lemah, tidak salah mencuba herba Melayu yang kerap digunakan untuk memulihkan kesihatan lelaki — tongkat ali untuk lelaki, dan kacip fatimah untuk wanita.
- Pegang bayi baru lahir atau mengasihi anak kecil– Kata orang tua-tua, suami isteri perlu mula berdamping dengan kanak-kanak kecil, samada dengan memelihara anak dari ahli keluarga sendiri, atau memiliki anak sebagai anak angkat yang masih kecil. Dikatakan berkat ini, Allah kasihan dan mengurniakan anak kandung untuk pasangan.
- Jangan berdiri selepas ejakulasi. Apabila para suami telah keluar air mani, anda hendaklah kekal berbaring dan jangan sesekali berdiri supaya ia tidak terkeluar dari faraj anda.
- Mengangkat punggung selepas ejakulasi. Dengan meningkatkan paras punggung anda, kedudukan rahim akan berada lebih rendah dan ini dipercayai dapat membantu air mani untuk mengalir memasuki kawasan peranakan anda dengan lebih mudah. Posisi ini sama dengan glute bridge kecuali anda tidak perlu mengeraskan otot punggung dan peha. Letaklah bantal di bawah punggung untuk sokongan sebagai cara cepat hamil.
- Biarkan alat sulit suami berada di dalam faraj lebih lama. Ada yang berpendapat bahawa apabila alat sulit suami berada di dalam, air mani tidak dapat keluar dan terdorong untuk memasuki lubang serviks.
- Berkahwin awal. Tahap kesuburan akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia wanita.
- Amalkan makan kurma untuk cepat hamil. Bukan sahaja sebagai sumber tenaga, ia dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita dan meningkatkan libido dan kualiti sperma.
- Pengambilan makanan tinggi zink seperti tiram, daging lembu, ketam, kekacang dan makanan tenusu meningkatkan kualiti dan jumlah sperma yang banyak.
- Minum air kelapa bakar antara petua cepat hamil. Gunakan kelapa muda sebiji, ketuk 3 batang serai berserta lada hitam, secubit garam dan dibakar atas api yang kuat selama 20 minit. Sebelum minum, baca alfatihah, bismillah lima dan selawat. Boleh amalkan sehari selepas period.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kisah Benar 3 Wanita Hebat Ini Kongsi Pengalaman Mengandung Penuh Cabaran & Dugaan
Baca juga: 7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Yang Terbukti BERKESAN, #5 Suami Isteri Wajib Buat!
Baca juga: 10 Petua Cepat Mengandung Yang Terbukti BERKESAN, #7 Ramai Tak Tahu Nak Buat
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!