X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak

7 min bacaan
Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak

Cara menggunakan pregnancy test perlulah betul agar dapat memastikan sama ada anda mengandung ataupun tidak. Berikut panduan untuk anda

Cara guna Pregnancy Test sering membingungkan wanita yang pertama kali mencubanya, terutama bagi pasangan baru yang teruja menantikan cahaya mata.

Terdapat tiga jenis kit ujian kehamilan dengan cara penggunaan berbeza. Berikut adalah panduan cara guna pregnancy test dengan betul di rumah.

Isi Kandungan

  • Apa itu Ujian Kehamilan?
  • Sejauh Mana Ketepatan Ujian Kehamilan
  • Waktu Sesuai Untuk Buat Ujian Kehamilan
  • Cara Guna Ujian Kehamilan
  • Berapa Minit Tunggu Ujian Kehamilan?
  • Jenis Kit Kehamilan Terbaik di Pasaran
  • Apa Nak Buat Kalau Positif Hamil?
  • Berapa Lama Kandungan Boleh Dikesan?
  • Kenapa UPT Positif Menjadi Negatif?

Apa itu Ujian Kehamilan?

Ujian kehamilan adalah alat yang direka untuk mengesan kehadiran hormon hCG dalam air kencing atau darah wanita. Hormon ini dihasilkan selepas telur yang disenyawakan melekat pada dinding rahim, biasanya sekitar 6 hari selepas persenyawaan.

Tahap hCG meningkat dengan cepat pada awal kehamilan menjadikannya penunjuk yang boleh dipercayai untuk mengesahkan kehamilan.

Sejauh Mana Ketepatan Ujian Kehamilan

Apabila digunakan dengan betul, ujian kehamilan di rumah mempunyai ketepatan sekitar 99%. Walau bagaimanapun, ketepatan ini bergantung pada beberapa faktor seperti:

  • Masa Ujian: Melakukan ujian terlalu awal boleh menghasilkan keputusan negatif palsu kerana tahap hCG yang belum mencukupi.

  • Penggunaan Yang Betul: Mengikuti arahan penggunaan dengan teliti adalah penting untuk memastikan hasil yang tepat.

  • Keadaan Alat Ujian: Pastikan alat ujian belum melepasi tarikh luput dan disimpan dengan betul sebelum digunakan.

Waktu Sesuai Untuk Buat Ujian Kehamilan

Sebelum kitaran haid seterusnya sampai. Jika anda mendapati haid lambat daripada biasa, adalah disarankan untuk menjalani ujian ini.

Untuk mendapatkan keputusan lebih tepat, boleh buat ujian 2 minggu selepas tarikh sepatutnya datang haid.

Jika tidak mahu menunggu, boleh melakukannya seminggu selepas hubungan intim. Biasanya, tubuh memerlukan 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan untuk meningkatkan kadar hCG sekiranya hamil.

Ada yang menyarankan buat ujian kehamilan selepas bangun pagi kerana kepekatan urin yang tinggi. Namun, anda tidak semestinya lakukannya pada pagi hari kerana hormon hCG akan sentiasa tinggi jika anda hamil tak kira waktu.

Cara Guna Ujian Kehamilan

1. Strip UPT

cara menggunakan pregnancy test
UPT jenis strip adalah antara alat ujian kehamilan paling murah di pasaran. Harganya adalah sekitar RM4 hingga RM7 sebungkus.

Cara penggunaan:

  1. Takung sedikit urin dalam bekas kecil. Bagi UPT jenis strip, ada jenama yang sertakan bekas atau cawan kecil sekali.
  2. Letakkan bekas takungan di atas permukaan rata. Celupkan strip UPT lebih kurang 5 saat.
  3. Tunggu dalam 5 hingga 10 minit untuk keputusan.

Cara baca keputusan:

  • Dua jalur = mengandung (positif)
  • Satu jalur di garis C (control line) = tidak mengandung (negatif)
  • Tak keluar jalur = perlu buat ujian lagi sekali kerana strip tidak menunjukkan keputusan (invalid).

2. Cassette UPT

cara menggunakan pregnancy test

UPT jenis ini pula rekaannya lebih tahan lasak dan lebih selesa untuk digunakan. Hanya titiskan urin pada tempat yang disediakan.

Sesetengah jenama juga sediakan bekas urin untuk memudahkan penggunaan selain didatangkan dengan penitis. Harganya adalah sekitar RM8 hingga RM15.

Cara penggunaan:

  1. Kumpulkan urin pada satu bekas kecil.
  2. Ambil sedikit urin menggunakan penitis dan letakkan dalam 5 titisan ke tempat yang disediakan.
  3. Setelah dititiskan, letakkan UPT tersebut pada permukaan rata.
  4. Tunggu keputusan pada paparan skrin.

Cara baca keputusan:

  • Dua jalur = mengandung (positif)
  • Satu jalur di garis C (control line) = tidak mengandung (negatif)
  • Satu jalur di garis T atau tiada garis muncul = perlu buat ujian lagi sekali kerana strip tidak tunjukkan keputusan (invalid).

3. Midstream UPT

cara menggunakan pregnancy test

UPT jenis ini pula adalah yang paling canggih di pasaran. Harga jauh lebih mahal sekitar RM40 ke atas.

Ada 2 jenis midstream UPT iaitu digital dan bukan digital. Fungsinya sama seperti alat ujian kehamilan yang lain, tetapi yang istimewanya UPT midstream digital boleh beri keputusan termasuk dengan kiraan minggu kehamilan.

Cara penggunaan:

  1. Letakkan urin di hujung strip.
  2. Letakkan alat ujian kehamilan di permukaan rata.
  3. Tunggu keputusan keluar.
  4. Cara baca keputusan menggunakan midstream juga lebih mudah namun ia bergantung kepada jenama yang digunakan.
  5. Ada yang tunjukkan keputusan ‘Pregnant’ atau ‘Not Pregnant’ , ada yang keluar dua jalur atau simbol positif ‘+’ tanda hamil.

Kami ada senaraikan alat uji kehamilan yang tepat di sini.

Berapa Minit Tunggu Ujian Kehamilan?

Kebanyakan ujian kehamilan memerlukan masa tunggu antara 1 hingga 3 minit untuk memberikan hasil yang tepat. Namun, masa tunggu ini boleh berbeza bergantung pada jenama dan jenis ujian yang digunakan.

Oleh itu, penting untuk membaca dan mengikuti arahan yang disertakan dengan alat ujian anda.

Jenis Kit Kehamilan Terbaik di Pasaran

Terdapat pelbagai jenis kit kehamilan di pasaran, antaranya:

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
  • Ujian Strip: Alat yang dicelupkan ke dalam sampel air kencing.
  • Ujian Kaset: Air kencing diteteskan ke dalam kaset menggunakan pipet.

  • Ujian Digital: Ujian kehamilan dalam bentuk teks seperti “Hamil” atau “Tidak Hamil”.

Pemilihan kit bergantung pada keutamaan peribadi dan bajet. Pastikan untuk memilih alat yang mempunyai sensitiviti tinggi dan ulasan pengguna yang baik.

Apa Nak Buat Kalau Positif Hamil?

Jika keputusan ujian menunjukkan positif:

1. Sahkan Kehamilan Dengan Profesional Kesihatan

Dapatkan pengesahan daripada doktor atau bidan melalui ujian darah atau ultrasound. Ini penting untuk memastikan kehamilan berada dalam rahim, mengira usia kandungan dan memulakan penjagaan pranatal.

2. Mulakan Gaya Hidup Sihat

Elakkan alkohol, rokok dan ubat berbahaya. Ambil vitamin pranatal dengan asid folik sekurang-kurangnya 400 mcg. Amalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan zat besi, kalsium, protein dan omega-3.

3. Ketahui Tarikh Jangkaan Bersalin

Doktor akan mengira tarikh jangkaan bersalin berdasarkan haid terakhir, tetapi kelahiran boleh berlaku dua minggu sebelum atau selepas tarikh tersebut.

4. Bersedia Secara Mental dan Emosi

Kehamilan membawa perubahan besar, dan anda mungkin mengalami pelbagai emosi. Dapatkan sokongan daripada pasangan, keluarga atau rakan untuk membantu menghadapi perubahan ini.

Berapa Lama Kandungan Boleh Dikesan?

Hormon hCG (human chorionic gonadotropin) boleh dikesan dalam air kencing sekitar 6 hingga 10 hari selepas persenyawaan, tetapi tahapnya masih rendah pada peringkat awal.

Kebanyakan ujian kehamilan lebih berkesan selepas haid terlewat, kerana ketika itu paras hCG sudah cukup tinggi untuk memberikan keputusan yang lebih tepat.

Jika anda melakukan ujian terlalu awal, ada kemungkinan keputusan negatif palsu kerana tahap hCG yang belum mencukupi. Oleh itu, waktu terbaik untuk melakukan ujian ialah pada hari pertama haid yang terlewat atau selepasnya.

Kenapa UPT Positif Menjadi Negatif?

Jika UPT awalnya positif tetapi kemudian negatif, ini mungkin disebabkan oleh:

  • Kehamilan Kimia. Kehamilan tidak berkembang, hormon hCG menurun dan keguguran awal berlaku.
  • Ujian Terlalu Sensitif. UPT mengesan hCG pada tahap rendah, tetapi bacaan menurun jika ujian diulang beberapa hari kemudian.
  • Air Kencing Cair. Terlalu banyak minum air boleh mencairkan hCG. Uji pada waktu pagi untuk hasil lebih tepat.
  • Keguguran Awal. Jika disertai pendarahan atau sakit perut, segera dapatkan pemeriksaan doktor.
  • Kesilapan Penggunaan UPT. Salah cara guna atau baca keputusan terlalu lewat boleh menyebabkan kekeliruan.

Apa Perlu Buat?

  1. Ulang ujian selepas beberapa hari.
  2. Jumpa doktor jika ada tanda keguguran.
  3. Buat ujian darah hCG untuk keputusan lebih tepat.

Setiap kehamilan berbeza, jadi dapatkan nasihat doktor untuk kepastian.

Memahami cara guna pregnancy test dengan betul dapat membantu mendapatkan keputusan yang tepat. Pastikan anda melakukan ujian selepas haid terlewat, ikut arahan dengan teliti dan tunggu masa yang diperlukan sebelum membaca keputusan.

Jika keputusan positif, segera berjumpa doktor untuk pengesahan. Jika negatif tetapi haid masih lewat, cuba ujian semula selepas beberapa hari.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Bilakah Masa Terawal & Sesuai Untuk Lakukan Ujian Kehamilan?

Baca juga: Kenapa Haid Lewat & Saya Ada Tanda Macam Hamil, Tapi Ujian Kehamilan Negatif?

Baca juga:  Toothpaste Pregnancy Test atau Ujian Kehamilan Ubat Gigi, Betul Ke Ni!?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Cubaan untuk hamil
  • /
  • Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak
Kongsikan:
  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham