X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

7 Punca Mengapa Anda Tidak Hamil Walaupun Ujian Kehamilan Positif

3 min bacaan
7 Punca Mengapa Anda Tidak Hamil Walaupun Ujian Kehamilan Positif7 Punca Mengapa Anda Tidak Hamil Walaupun Ujian Kehamilan Positif

Ketahui 7 punca mengapa ujian kehamilan yang biasanya tepat, boleh menunjukkan keputusan positif walaupun wanita itu sebenarnya tidak hamil.

Ujian kehamilan 

Ujian kehamilan yang dijual di farmasi adalah alat yang digunakan oleh wanita untuk mengetahui jika mereka mengandung ataupun tidak. 

Terdapat banyak jenis ujian kehamilan yang dijual di pasaran, tapi yang paling biasa digunakan adalah jenis batang yang dapat dicelup atau dimasukkan ke dalam air kencing. 

Sesetengah ujian ini dapat mengesan kehadiran hormon HCG yang dihasilkan oleh plasenta pada awal kehamilan. 

Walaupun ia memberi keputusan yang agak tepat, tapi pernah juga berlaku ujian menunjukan keputusan positif tapi wanita itu tidak hamil.

Mari kita baca 7 punca mengapa hal seperti ini boleh berlaku:

#1 Kehamilan Kimia

Kehamilan kimia berlaku jika telur yang disenyawakan, tidak berjaya melekat pada dinding rahim, atau tumbuh pada awal kehamilan. 

Ini boleh berlaku atas pelbagai sebab.

Keguguran awal bukanlah salah wanita. Ia mungkin disebabkan masalah dalam rahim, seperti fibroid, tisu parut, atau kecacatan pada rahim seperti mempunyai bentuk yang tidak normal.

Jumlah hormon progesteron yang rendah juga dapat mengurangkan kemungkinan implantasi dan pertumbuhan embrio.

#2 Kehamilan Ektopik

ujian kehamilan

Kehamilan ektopik boleh menjejaskan ujian kehamilan yang diambil anda. Sumber gambar: Wikimedia

Kadang-kadang telur yang disenyawa boleh menanam diri di luar rahim dan menyebabkan kehamilan ektopik.

Kehamilan ektopik boleh berlaku di dalam tiub Fallopion, serviks, ovari, ataupun di dalam abdomen wanita.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang kehamilan ektopik di sini.

Embrio masih akan menghasilkan HCG, walaupun ditanam di tempat yang salah dan inilah yang menyebabkan keputusan positif palsu pada ujian kehamilan anda.

#3 Keguguran

Ujian kehamilan mungkin masih akan menunjukkan keputusan positif walaupun wanita itu telah mengalami keguguran.

Tahap HCG akan bertambah apabila plasenta membesar semasa kehamilan dan berganda sehingga sekitar minggu ke-10.

Apabila berlakunya keguguran, tahap HCG akan mula turun, tapi prosesnya sangat perlahan. Hormon masih boleh dikesan di dalam darah dan air kencing walaupun 6 minggu selepas keguguran. 

#4 Kesalahan Pengguna

ujian kehamilan

Pastikan tarikh luput kit ujian kehamilan anda. Sumber gambar: Youtube

Pengguna perlu mengikut arahan serta menyemak tarikh luput pada kotak sebelum menggunakan ujian kehamilan yang dibeli. 

Kesilapan yang selalu dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah melakukan ujian itu terlalu awal dan ini boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.

Air kencing yang terlalu cair juga boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.

Masa yang paling baik untuk melakukan ujian kehamilan adalah ketika anda baru bangun tidur, pada waktu pagi.

#5 Garis Penyejatan pada Ujian Kehamilan

ujian kehamilan

Garis penyejatan air kencing pada ujian kehamilan yang mengelirukan. Sumber gambar: Long Island Families

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Kadangkala garis penyejatan boleh dikelirukan sebagai ujian kehamilan yang positif.

Kebanyakan ujian kehamilan akan menunjukkan dua baris apabila hormon HCG dapat dikesan dan satu baris sahaja apabila HCG tiada.

Garis tanda positif pada ujian kehamilan biasanya berwarna terang, seperti merah jambu, merah, atau biru. 

Jika garisan kedua muncul tapi tak begitu terang, ini boleh menunjukkan kehamilan awal ataupun kekeliruan garis penyejatan yang tidak berwarna. 

#6 Ubat-ubatan

Jika anda sedang mendapatkan pertolongan pakar untuk hamil, anda mungkin akan diberi ubat kesuburan.

Salah satunya adalah suntikan HCG sintetik: contohnya Novarel, Pregnyl, Ovidrel, dan Profasi. Fungi suntikan HCG ini adalah untuk menggalakkan pengeluaran telur matang.

#7 Penyakit tertentu

Penyakit tertentu juga boleh menjejaskan keputusan ujian anda. Antara penyakit tersebut adalah:

  • Jangkitan kencing kotor
  • Penyakit buah pinggang yang menyebabkan darah atau sel darah putih dalam air kencing
  • Sista (cyst) ovari, terutamanya sista korpus luteum
  • Penyakit yang lebih serius seperti kanser ovari
  • Masalah pituitari (jarang sekali)

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comberapa-kerap-bersenggama-untuk-cepat-hamil/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 7 Punca Mengapa Anda Tidak Hamil Walaupun Ujian Kehamilan Positif
Kongsikan:
  • 5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

    5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

  • Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

    Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • 5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

    5 pemeriksaan yang perlu anda buat sepanjang proses mengandung, jangan tertinggal ya!

  • Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

    Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.