Kehamilan memerlukan tubuh badan wanita bekerja keras, daripada proses persenyawaan hinggalah bersalin. Salah satu daripada proses tersebut adalah apabila telur yang disenyawakan bergerak ke arah rahim dan melekat sesama sendiri. Tetapi bagi kes kehamilan ectopic, telur yang disenyawakan tidak melekat pada rahim.
Ia sebaliknya mungkin akan bersambung ke tiub fallopio, rongga perut, atau serviks.
Biasanya keadaan ini akan menyebabkan kesakitan kepada si ibu hamil dan pada awal kehamilan kesakitan itu luar biasa berbanding wanita yang hamil normal.
Apa Itu Kehamilan Ectopic?

Kehamilan ektopik, atau kehamilan tiub adalah kehamilan yang berlaku di luar rahim. Lokasi yang paling biasa untuk kehamilan ektopik adalah di dalam salah satu tiub fallopio.
Ini boleh berlaku apabila telur disenyawakan dan tidak diimplan ke dalam rahim. Telur yang disenyawakan boleh melekat pada bahagian dalam tiub fallopio, ovari, bahagian luar rahim atau ke usus. Telur yang disenyawakan dan terjadi di luar rahim tidak boleh membesar untuk menjadi janin kerana kekurangan zat dan organ yang tidak dapat berkembang.
Walaupun ujian kehamilan mungkin menunjukkan bahawa seorang wanita itu hamil, telur yang disenyawakan hanya boleh hidup di dalam rahim.
Menurut American Academy of Family Pyhsicians (AAFP), kehamilan ektopik berlaku dalam 1 daripada setiap 50 kehamilan.
Kehamilan luar rahim sangat berbahaya. Apabila telur yang telah disenyawakan melekat dan membesar, ia boleh merosakkan organ dan menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman yang teruk. Sebagai contoh, tiub fallopio anda tidak boleh berfungsi sebagai tempat untuk janin mengembang dan membesar.
Oleh itu, sekiranya telur yang tersebut membesar di bahagian ini, ia boleh menyebabkan tiub fallopio pecah. Arteri yang terletak berdekatan juga boleh pecah.
Punca Kehamilan Ectopic

Punca sebenar kehamilan ektopik masih belum diketahui.Walau bagaimanapun, beberapa kes keadaan berikut telah dikaitkan dengan kehamilan ektopik :
- Keradangan tiub fallopio dan parut yang disebabkan oleh rawatan penyakit terdahulu, jangkitan atau pembedahan
- Pengaruh hormon
- Gangguan genetik
- Masalah kelahiran
- Masalah perubatan yang memberi kesan kepada struktur dan keadaan tiub fallopio dan organ pembiakan
Doktor anda mungkin boleh memberikan anda maklumat yang lebih terperinci tentang keadaan anda.
Siapa Berisiko Mengalami Kehamilan Luar Rahim?
Setiap wanita yang aktif secara seksual berisiko mendapat kehamilan luar rahim. Risiko akan meningkat apabila mana-mana yang berikut berlaku :
- Umur wanita 35 tahun atau lebih
- Sejarah pembedahan pelvis atau abdomen atau mempunyai banyak sejarah keguguran
- Sejarah keluarga
- Penyakit radang pelvis (PID)
- Sejarah endometriosis
- Kehamilan berlaku walaupun telah mengikat tiub dan mengambil Intrauterine Device (IUD)
- Mencuba untuk hamil melalui penggunaan ubat-ubatan atau prosedur untuk kesuburan.
- Merokok
- Sejarah ektopik sebelum ini
- Sejarah STD seperti gonorea atau chlamydia
- Masalah pada struktur tiub fallopio yang menyukarkan perjalanan telur
Rujuk pakar sakit puan anda jika anda mempunyai mana-mana faktor risiko seperti yang disenaraikan di atas. Anda boleh berbincang dengan doktor anda atau pakar kesuburan untuk mengurangkan risiko anda mengalami kehamilan luar rahim pada masa hadapan.
Tanda-Tanda Kehamilan Ectopic
Kedua-dua kehamilan ektopik dan kehamilan yang normal mempunyai ciri yang sama iaitu loya dan sakit pada bahagian payudara. Gejala berikut adalah lebih biasa terjadi dalam kehamilan ektopik dan menandakan kecemasan perubatan :
- Sakit pada bahagian perut, pelvis, bahu atau leher secara mendadak
- Sakit yang ketara hanya pada satu sisi perut
- Terdapat tompokan darah atau pendarahan pada faraj
- Pening atau pengsan
- Tekanan pada bahagian rektum berulang
Gejala kehamilan luar rahim yang paling biasa berlaku ialah pendarahan pada faraj dan sakit pada bahagian perut atau pelvis. Gejala boleh menjadi lebih teruk jika kehamilan ektopik pecah. Anda mungkin menjadi pening atau pengsan.
Anda mungkin mengalami degupan jantung yang laju melebihi seratus denyutan seminit. Anda juga mungkin menjadi pucat, sejuk dan berpeluh.
Kesakitan akan menjadi sangat teruk sehingga anda tidak dapat berdiri atau berjalan. Ramai wanita akan mengalami perubahan pada tubuh badan seperti pucat dan berpeluh (shock) apabila kehamilan ektopik pecah.
Jika anda hamil atau mengesyaki anda mungkin hamil dan mengalami mana-mana gejala ini, anda harus berjumpa dengan doktor anda dengan segera atau mendapatkan rawatan dengan kadar segera.
Merawat Kehamilan Ectopic

Kehamilan luar rahim adalah berbahaya kepada ibu. Tambahan pula, embrio tidak akan dapat membesar sehingga matang. Embrio perlu dikeluarkan secepat mungkin untuk memastikan kesihatan ibu dan kesuburan jangka panjang. Kaedah rawatan adalah berbeza mengikut lokasi dan perkembangan kehamilan tersebut.
#1. Ubat
Bergantung pada berapa lama telur yang telah disenyawakan itu telah membesar, doktor anda boleh merawat kehamilan ektopik anda dengan suntikan methotrexate.
Methotrexate adalah ubat yang menghalang pertumbuhan Cell Divison dengan cepat, seperti yang terdapat dalam ketulan ectopic. Jika anda mengambil ubat tersebut, ia akan diberikan kepada anda dalam bentuk suntikan oleh doktor anda.
Anda juga harus mendapatkan ujian darah yang kerap untuk mengesahkan bahawa ubat itu berfungsi dengan baik. Apabila ubat memberi kesan, ia akan menyebabkan gejala yang sama seperti keguguran, contohnya kekejangan, pendarahan dan pengeluaran tisu.
#2. Pembedahan
Jika anda mempunyai simptom yang teruk, seperti sakit yang melampau atau pendarahan, anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan semua ini.
Jika keadaan semakin teruk, tiub fallopio mungkin pecah, yang boleh mengakibatkan pendarahan dalaman yang serius. Untuk memberikan rawatan segera, doktor anda akan menjalankan pembedahan kecemasan.
Ramai pakar bedah menyokong pembuangan embrio dan mengelakkan sebarang kerosakan dalaman. Laparotomi adalah istilah perubatan untuk pembedahan ini.
Doktor akan memasukkan kamera kecil melalui satu potongan kecil untuk memastikan mereka dapat melihat keadaan semasa pembedahan berlangsung. Embrio kemudiannya dikeluarkan oleh pakar bedah, dan sebarang kerosakan pada tiub fallopio akan diperbaiki.
Pembedahan bergantung pada saiz dan lokasi telur melekat. Sama ada anda mahu hamil semula atau tidak juga menjadi pertimbangan. Laparoskopi kadang kala boleh digunakan untuk membuang kehamilan ektopik ini. Perlu diingat bahawa jika ia adalah satu situasi kecemasan atau jika terdapat kecederaan dalaman yang serius maka pembedahan yang lebih besar yang dipanggil laparotomi perlu dilakukan.
Jika pembedahan tidak berjaya, doktor mungkin perlu melakukan laparotomi yang lain dengan potongan yang lebih besar. Jika tiub fallopio mengalami kerosakan, doktor anda mungkin perlu mengeluarkannya semasa pembedahan.
#3. Penjagaan di rumah
Selepas pembedahan, doktor anda akan memberikan bimbingan kepada anda tentang cara penjagaan luka pembedahan anda. Objektif utama adalah untuk memastikan luka anda bersih dan kering semasa proses pemulihan. Anda perlu memeriksa luka tersebut pada setiap hari sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, yang mungkin termasuk :
- Pendarahan yang tidak terkawal
- Lebam yang teruk
- Mempunyai bau yang busuk
- Rasa panas ketika disentuh
- Kemerahan
- Bengkak
Selepas pembedahan, kemungkinan akan berlaku sedikit pendarahan pada faraj dan terdapat sedikit darah beku. Ini boleh berlaku sehingga enam minggu selepas pembedahan anda. Anda juga boleh mengamalkan penjagaan diri dengan melakukan perkara berikut :
- Jangan angkat barang yang beratnya lebih daripada 10 kg.
- Untuk mengelakkan sembelit, minum banyak air.
- Rehatkan pelvis anda, di mana anda perlu menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual, penggunaan tampon dan douching.
- Rehat sebanyak mungkin pada minggu pertama selepas pembedahan, kemudian secara beransur-ansur tingkatkan aktiviti dalam minggu-minggu berikutnya mengikut penerimaan badan anda.
Mengurangkan Risiko Kehamilan Ektopik
Ramalan dan pencegahan tidak selalu berhasil. Anda mungkin boleh mengurangkan risiko anda dengan mengamalkan kesihatan reproduktif yang baik. Pakai kondom semasa hubungan seks dan hadkan bilangan pasangan seksual yang anda miliki.
Ini mengurangkan risiko anda dijangkiti STD, yang boleh menyebabkan PID, satu gangguan yang menyebabkan keradangan pada tiub fallopio.
Apa Berlaku Jika Kehamilan Luar Rahim Tidak Dirawat?
Kehamilan ektopik yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa. Rawatan segera diperlukan untuk mengurangkan risiko masalah kehamilan luar rahim anda, meningkatkan peluang anda untuk mempunyai kehamilan yang sihat pada masa hadapan dan mengurangkan komplikasi kesihatan pada masa hadapan.
Selepas Kehamilan Ectopic
Mungkin sukar untuk anda mengalami kehamilan biasa selepas itu. Pertimbangkan untuk berunding dengan doktor kesuburan, terutamanya jika anda telah membuang tiub fallopio.
Juga, dapatkan nasihat doktor anda tentang berapa lama anda perlu menunggu sebelum mencuba untuk hamil. Sesetengah doktor mengesyorkan untuk memberi diri anda sekurang-kurangnya tiga bulan bagi membolehkan badan anda benar-benar pulih.
Jika anda hamil semula, disebabkan sejarah kehamilan luar rahim ianya akan meningkatkan peluang anda untuk mendapat kehamilan ektopik semula. Awasi perubahan pada badan anda sehingga doktor mengesahkan bahawa ianya membesar secara normal.
Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Komplikasi Kehamilan Boleh Meragut Nyawa Ibu & Bayi, No.5 Antara Yang Paling Bahaya!
Baca juga : Hati-Hati Jika Terlalu Kerap Muntah, Ia Boleh Bawa Komplikasi Kehamilan Lebih Teruk!
Baca juga : Situasi Kecemasan Ketika Bersalin: Jika Tali Pusat Terkeluar Dulu, Nyawa Bayi Dalam Bahaya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!