X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Bagi memastikan ujian kehamilan menunjukkan keputusan yang betul, pastikan anda mendapatkan alat ujian UPT yang terjamin dan dipercayai.

Menerima cahaya mata merupakan impian bagi setiap pasangan yang berkahwin, malah ada sesetengah pasangan yang sentiasa berharap untuk terus ingin hamil dalam masa terdekat sebaik sahaja bergelar suami isteri. Sebaik sahaja mempunyai tanda-tanda kehamilan dan merasakan perubahan pada tubuh, ada wanita yang terus menganggap diri kemungkinan mengandung sebelum mencuba ujian UPT.

Bagi wanita yang ikhtiar untuk hamil, sebaik-baiknya anda tidak menganggap anda hamil hanya berdasarkan pemerhatian terhadap perubahan tubuh semata-mata ya.

Ini kerana kelainan tersebut juga mungkin boleh terjadi kerana perubahan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, jadi sebaik-baiknya dapatkan UPT sebelum disahkan hamil oleh doktor.

UPT atau alat pengesan kehamilan merupakan jalan terbaik untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu hamil. Hanya dengan sampel urin, keputusan kehamilan akan muncul dengan menunjukkan tanda yang jelas atau tidak bergantung pada paras HCG dalam urin tersebut.

HCG hanya akan ada dalam tubuh wanita hamil jadi sekiranya anda tidak hamil, UPT akan memberikan tanda yang anda tidak hamil. Biasanya dengan menunjukkan 1 jalur sahaja berbanding 2 jalur.

Isi Kandungan

  • Cara Ujian UPT Berfungsi
  • Jenis Alat Ujian UPT
  • Pemilihan Alat Ujian UPT
  • 7 Ujian UPT Terbaik
  • First Response
  • Dip 'n' Tell
  • Disclosure
  • Clearblue
  • Clearblue Plus
  • Guardian
  • BioTest
  • Perbandingan Harga
  • Waktu Terbaik Untuk Ujian UPT

Bagaimana Alat Ujian UPT Di Rumah Berfungsi?

fujian UPT

Kredit gambar: Freepik

 
Alat ujian UPT di rumah mengesan satu hormon di dalam urin anda yang dipanggil hCG (kata ringkas kepada Human Chorionic Gonadotropin).
 
Ia di mana pabila satu sperma dan sebiji telur bercantum dan mula membesar, beberapa sel (yang kemudian akan menjadi plasenta) akan mula menghasilkan hCG.

Tahap hCG akan meningkat secara mendadak pada awal kehamilan, dan inilah dia apa yang alat ujian UPT akan periksa.

Alat ujian UPT di rumah biasanya akan bekerja dengan satu daripada dua cara: sama ada anda memegang stik pada terus pada aliran urin (urin pada awal pagi adalah yang lebih baik, apabila tahap hCG urin anda akan jadi lebih pekat), atau anda perlu membuang urin ke dalam satu cawan dan merendam sebahagian kecil stik ke dalamnya.

Dan kemudian anda perlu membaringkan stik atau strip tersebut di atas permukaan yang rata dan tunggu seketika mengikut amaun masa yang tertera di atas kotak (biasanya lebih kurang 1 ke 5 minit, bergantung kepada jenis kit ujian UPT tersebut).

Untuk keputusan yang lebih tepat, adalah lebih baik untuk tunggu sekurang-kurangnya sehingga selepas (sekurang-kurangnya sehari, paling ideal adalah seminggu kemudian) kitaran haid anda sepatutnya bermula. Sebelum ini, ia mungkin tidak mempunyai kadar hCG yang cukup di dalam urin untuk dikesan pada alat ujian UPT.

Jika anda mendapat keputusan negatif pada alat ujian UPT, ia mungkin terlalu awal untuk diketahui. Cuba untuk tunggu beberapa hari, dan kemudian lakukan ujian sekali lagi.

Ia lebih kerap untuk mendapat keputusan negatif yang salah pada alat ujian UPT (berikutan terlalu awal melakukannya, menggunakan kit ujian yang sudah melepasi tamat tempoh, atau tidak mengikuti panduan dengan betul) tetapi keputusan negatif yang salah biasa berlaku.

Jenis Alat Ujian UPT Yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Kredit gambar – Freepik

Alat ujian UPT semuanya berfungsi dengan cara yang sama: dengan mengukur amaun keberadaan hormon hamil hCG di dalam urin. Walaupun alat ujian UPT mempunyai fungsi yang sama, ciri-cirinya boleh jadi berbeza. Terdapat beberapa jenis alat ujian UPT utama yang boleh anda pertimbangkan:

1. Alat Ujian UPT Awal

Alat ujian ini adalah lebih sensitif dan boleh mengesan kadar terendah hCG. Ini bermakna yang ia boleh memberitahu anda jika anda telah hamil dalam masa lebih 5 hari sebelum anda akan mengalami ketidakhadiran haid.

Sentiasa ingat, biarpun, lebih hampir anda kepada tarikh jangkaan haid anda, adalah lebih tepat keputusan ujian UPT di rumah itu boleh jadi.

2. Alat Ujian UPT Bukan Digital

Alat ujian ini menunjukkan keputusan anda di dalam bentuk garisan biru atau merah jambu. Biarpun ia biasanya lebih murah, ia kadang kala boleh jadi agak mengelirukan untuk dibaca (seperti jika salah satu garisan pudar).

Jika ini kes yang berlaku, tunggu untuk sehari dua untuk melakukan sekali lagi ujian UPT tersebut.

3. Alat Ujian UPT Digital

Tidak dapat mengesan jika terdapat garisan merah jambu pada stik? Alat ujian UPT versi digital ini lebih mudah untuk digunakan dan dibaca.

Ini kerana ia hadir dengan paparan yang memaparkan keputusan anda dalam perkataan (sebagai contoh “hamil" atau “tidak hamil) jadi terdapat sedikit ruang untuk kesalahan.

Namun begitu, ramai tidak gemar ujian UPT digital ini kerana harganya jauh lebih mahal.

4. Stik vs. strip

Sesetengah alat ujian UPT lengkap sebagai satu satu stik yang anda akan terus kencing ke atasnya, menyelamatkan daripada perlu membuang air kecik ke atas cawan, merendam kit ujian itu ke dalam cawan dan kemudian perlu membersihkannya (walaupun jika anda memilih kaedah ini, banyak kit ujian stik boleh bekerja dengan cara ini).

Strip pula biasanya perlukan anda untuk merendam ke strip ke dalam secawan urin. Genis ke-3 ini yang agak kurang biasa ini menggunakan penitis untuk mengambil urin daripada cawan dan kemudian menuangnya ke dalam kawasan ujian.

Perkara Yang Perlu Anda Perhati Dalam Mencari Alat Ujian UPT Terbaik

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Kredit gambar – Freepik

Sebelum anda membuat pembelian, pastikan perkara-perkara ini ada pada alat ujian UPT tersebut ketika membelinya untuk kegunaan di rumah.

  • Bagaimana sensitifnya alat ujian UPT? Sesetengah alat ujian UPT mendakwa yang ia boleh mengesan tahap paling rendah hCG dan memberitahu anda jika anda hamil sehingga enam hari sebelum anda akan kelewatan haid.
  • Bagaimana mudahnya alat ujian UPT itu untuk digunakan dan dibaca? Alat ujian UPT digital yang memaparkan keputusan dalam bentuk perkataan adalah secara Amaya lebih mesa pengguna berbanding yang mana mempamerkan satu atau dua garisan.
  • Berapakah kos alat ujian UPT? Alat ujian UPT di rumah boleh dibariskan dalam kos. Anda mungkin perlu bayar lebih jika untuk alat ujian UPT digital atau yang mendakwa ia lebih sensitif.
  • Apakah tarikh luputnya? Sentiasa periksa untuk pastikan alat ujian UPT tersebut tidak melepasi tarikh luputnya. Sebaliknya, keputusan anda mungkin boleh jadi tidak tepat.

7 Ujian UPT Terbaik di Malaysia

Bagi membantu anda, kami senaraikan beberapa alat ujian UPT terbaik di bawah. 

Alat Ujian UPT Terbaik di Malaysia
product image
First Response Pregnancy Test
more info icon
View Details
Buy now
product image
Dip ‘n’ Tell Pregnancy Test
Terbaik Untuk Kitaran Haid Yang Tidak Tetap
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Disclosure Urine Pregnancy Test
Terbaik Dari Segi Kualiti Dan Harga
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Clearblue Digital Pregnancy Test
Terbaik Dalam Mengesan Usia Kehamilan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Clearblue Plus
Terbaik Dari Segi Kemudahannya
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Guardian One Step Pregnancy Test
Terbaik Dengan Tahap Sensitif Yang Tinggi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
BioTest Pregnancy Test Kit Cassette
Terbaik Dari Segi Kos Yang Murah
more info icon
View Details
Beli di Shopee

First Response Early Result Pregnancy Test

Terbaik Secara Keseluruhan

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Apabila ibu merasakan yang seperti hamil, lagi awal ibu kesan, adalah lagi baik. Dengan First Response Early Result Pregnancy Test ia dikatakan ujian UPT yang cukup sensitif untuk mengesan amaun hormon kehamilan dengan memberikan keputusan 6 hari lebih awal daripada tarikh yang ibu sepatutnya datang haid.

Beberapa minggu awal kehamilan adalah kritikal kepada tumbesaran janin, jadi penjagaan awal pranatal adalah penting untuk kelahiran bayi dengan berat sihat dan ketibaannya.

Lebih awal ibu tahu ibu hamil, lebih cepat untuk anda boleh memulakan pilihan kehamilan yang sihat untuk diri dan bayi termasuklah diet, nutrisi dan mengehadkan pendedahan terhadap bahaya. 

Sesetengah wanita mungkin tidak mempunyai amaun yang boleh dikesan akan hormon hamil di dalam urin pada hari mereka menjalankan ujian tersebut.

Amaun hormon kehamilan meningkat ketika progres kehamilan. Di dalam ujian makmal, First Response telah mengesan tahap hormon kehamilan pada 76% wanita hamil, 5 hari sebelum hari sepatutnya haid tiba; dalam 96% wanita hamil, 4 hari sebelum hari sepatutnya haid tiba, di dalam >99% wanita hamil, 3 hari sebelum hari haid; di dalam >99% wanita hamil, 2 hari sebelum hari haid; di dalam >99% wanita hamil, 1 hari sebelum hari haid, dan di dalam >99% wanita hamil, pada hari dijangka akan datang haid.

Aplikasi EasyRead dengan mudahnya menukar keputusan ujian UPT ke dalam bentuk perkataan “Pregnant" atau “Not Pregnant." Mendapat dua kali kepastian adalah kini lebih mudah dengan ujian UPT ini.

Apa yang kami suka:

  • Terlaris dijual pada tangga pertama
  • Keputusan ujian UPT 6 hari lebih awal sebelum kelewatan haid
  • 99% ketepatan bermula dari hari anda dijangka untuk datang haid
  • Mengesan semua bentuk hormon hamil
  • Membaca keputusan dalam masa 3 minit
  • Bercirikan satu paparan tingkap yang besar – dua garis bermaksud hamil; satu garis bermaksud tidak hamil
  • Imbas dan pastikan keputusan dengan percuma menerusi aplikasi EasyRead. Dengan mudah menukar keputusan kehamilan anda kepada bentuk perkataan “Hamil" atau “Tidak Hamil"

First Response Pregnancy Test - RM54.85

dari First Response

5/5
product imageshop now

Dip ‘n’ Tell Pregnancy Test 2s

Terbaik Untuk Kitaran Haid Yang Tidak Tetap

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Jenama UPT Dip ‘n’ Tell merupakan jenama yang agak terkenal dan mudah didapati di pasaran Malaysia. Menariknya, syarikat ini mengeluarkan 2 jenis ujian UPT yang yang boleh digunakan buat wanita yang haid normal dan juga buat yang mengalami masalah haid tidak menentu.

Jadi para ibu perlu melihat dengan teliti ya, kerana warna bungkusan yang berbeza menunjukkan jenis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda!

Apa yang kami suka:

  • Terbukti keberkesanan sebanyak 99.9%
  • Boleh digunakan untuk haid tetap/tidak tetap
  • Boleh digunakan sebelum tarikh haid bermula
  • Keputusan didapati dengan cepat dan mudah, hanya dalam seminit
  • Didapati dalam pek 2 keping

Dip ‘n’ Tell Pregnancy Test

dari Dip ‘n’ Tell

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Disclosure Urine Pregnancy Test

Terbaik Dari Segi Kualiti Dan Harga

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Ujian UPT jenama Disclosure juga mudah didapati di farmasi yang dipercayai, malah harganya juga murah. Jangan risau ya, walaupun harganya jauh lebih murah namun kualitinya terjamin dan diperakui.

Anda cuma perlu titiskan urin ke ruang yang disediakan dan tunggu beberapa minit untuk mendapat keputusan dan sekiranya paras HCG lebih tinggi, jalur kedua akan lebih cepat muncul.

Apa yang kami suka:

  • Jenis kaset.
  • Harga mampu milik.
  • Cara penggunaan yang mudah.
  • 1 UPT dalam 1 paket.

Disclosure Urine Pregnancy Test

dari Disclosure

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Clearblue Digital Pregnancy Test

Terbaik Dalam Mengesan Usia Kehamilan

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Clearblue Digital mempunyai pengesan kehamilan yang boleh mengesan usia kehamilan.

Tip yang lebih luas menjadikannya mudah digunakan dan teknologi Floodguard yang unik di dalamnya membantu mengelakkan air kencing berlebihan memasuki peranti yang boleh menyebabkan kesalahan ujian.

Ujian UPT ini lebih mahal harganya berbanding yang lain kerana kelebihannya yang boleh memaparkan usia kandungan dan bacaan yang lebih mudah. 

Apa yang kami suka:

  • Jenis digital
  • Boleh digunakan 5 hari sebelum tarikh datang haid.
  • Boleh mengesan kehamilan walaupun paras HCG rendah.
  • Paparan ‘Not pregnant’ dan ‘Pregnant’ yang memudahkan pengguna.
  • Cara penggunaan yang mudah.
  • 1 UPT dalam 1 paket.

Clearblue Digital Pregnancy Test

dari ClearBlue

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Clearblue Plus

Terbaik Dari Segi Kemudahannya

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Produk Clearblue sememangnya boleh dipercayai dan terjamin keberkesanannya. Clearblue Plus merupakan pengesan ujian UPT jenis stik yang sangat mudah digunakan, hanya celupkan pada urin untuk beberapa saat dan tunggu keputusan.

Reka bentuknya juga pernah memenangi anugerah kerana memenuhi citarasa para wanita!

Apa yang kami suka:

  • Terbukti keberkesanan sebanyak 99.9%
  • Mudah dibaca + atau –
  • Keputusan tepat dalam 1 minit
  • Tahan lama
  • Paparan yang lebih besar dan lebih jelas memberikan hasil yang lebih jelas
  • Ujian lebih dari 99% tepat dalam mengesan kehamilan dari hari jangkaan
  • Mudah digunakan

Clearblue Plus

dari ClearBlue

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Guardian One Step Pregnancy Test 2s

Terbaik Dengan Tahap Sensitif Yang Tinggi

ujian UPT

Guardian merupakan fasmasi terkemuka di Malaysia, jadi amat mudah untuk mendapatkan produk ini khususnya di farmasi Guardian sendiri dengan harga yang mampu milik.

Jalur Ujian Kehamilan Guardian dilengkapi dengan pemegang plastik untuk cengkaman dan kemudahan penggunaan yang lebih baik untuk pengesanan awal kehamilan.

Produk ujian kehamilan jenis kaset ini boleh digunakan selepas haid lewat dan keputusan boleh diperolehi dalam masa 5 minit. 

Apa yang kami suka:

  • Jenis kaset
  • Cawan kertas disediakan untuk pengumpulan urin
  • Harga mampu milik dan mudah didapati
  • Cara penggunaan yang mudah, hanya titiskan urin di ruang yang disediakan
  • Didapati dalam pek 2 keping

Guardian One Step Pregnancy Test

dari Guardian

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

BioTest Pregnancy Test Kit Cassette

Terbaik Dari Segi Kos Yang Murah

ujian UPT

BioTest Pregnancy Test Kit mengesan kehadiran hormon hCG (human Chorionic Gonadotropin) di dalam urin yang tubuh kita hasilkan sewaktu hamil.

Anda boleh melakukan ujian seawal hari pertama anda mengalami ketidakhadiran haid.

Ujian ini boleh dilakukan tidak kira masa, tetapi spesimen urin pada awal pagi adalah biasanya yang paling pekat pada hari tersebut dan boleh terdapat hormon hCG yang paling banyak di dalamnya.

Apa yang kami suka:

  • Pengesanan hamil lebih awal 
  • Boleh dilakukan tidak kira masa (sebaiknya pada awal pagi kerana kepekatan urin pada waktu pagi boleh mengesan kehadiran hCG dengan lebih tepat)
  • Mempunyai penanda CE yang mana mencapai tahap tertinggi di Eropah
  • Diluluskan MDA
  • Memenangi banyak anugerah daripada Best Pregnancy Test kepada Most Wanted Pregnancy Test
  • Jika kos adalah perkara penting bagi anda, BioTest Pregnancy Test Strip adalah pilihan terbaik
  • Kit ujian UPT paling asas di dalam bentuk strip

BioTest Pregnancy Test Kit Cassette

dari BioTest

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Alat Ujian UPT

Produk Kandungan Harga (RM/kotak) Harga/strip
First Response Early Result Pregnancy Test 1 RM22.98 RM22.98
Dip ‘n’ Tell Pregnancy Test 2s 2 RM8.80 RM4.40
Disclosure Urine Pregnancy Test 1 RM9.45 RM9.45
Clearblue Digital Pregnancy Test 1 RM36.60 RM36.60
Clearblue Plus 1 RM24.90 RM24.90
Guardian One Step Pregnancy Test 2s 2 RM29.60 RM14.80
BioTest Pregnancy Test Kit Kaset 1 RM8.90 RM8.90

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Anda Melakukan Ujian UPT?

Ingin Mendapatkan Result Ujian UPT Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Kredit gambar: iStock

Jika anda telah agak aktif melakukan hubungan intim bersama pasangan anda baru-baru ini (biarpun menggunakan pil perancang) dan haid anda telah lewat, adalah idea yang bagus untuk anda melakukan ujian UPT.

Sementara terdapat sebab lain yang mana boleh menyebabkan haid anda terlewat, ujian UPT di rumah adalah satu permulaan yang baik.

Anda juga mungkin mahu melalukan ujian UPT jika anda telah mengalami sebarang simptom awal hamil seperti berikut:

  • Payudara terasa tegang
  • Mual
  • Deria bau yang meningkat
  • Letih
  • Menjauhi makanan

Diharapkan semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waktu Terbaik Lakukan Ujian Kehamilan, Bagi Yang Mencuba Wajib Tahu

Baca juga: Positif Hamil: 8 Perkara Pertama Sebaik Sahaja Disahkan Hamil

Baca juga: Waktu Sesuai Cek Kehamilan & Bilakah Masa Terawal Untuk Buat Ujian

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Farhana Fuad

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.