TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

7 Kesilapan Yang Selalu Dibuat & Harus Dielak Jika Anda Mahu Cepat Hamil

4 min bacaan
7 Kesilapan Yang Selalu Dibuat & Harus Dielak Jika Anda Mahu Cepat Hamil

Jika anda dan pasangan ingin cepat mengandung tapi masih gagal, mungkin kalian selalu melakukan 7 kesilapan yang harus dielak ini. Mari semak ia!

Ingin cepat mengandung

Sebenarnya, nak mengandung bukanlah semudah ABC atau 1,2,3. Malah, ada banyak pasangan suami isteri di luar sana yang masih cuba untuk menimang cahaya mata.

Lihat saja bagaimana Datuk Siti Nurhaliza terpaksa menanti selama 11 tahun sebelum disahkan hamil 4 bulan baru-baru ini!

Masalah tidak subur mungkin adalah salah satu punca utama mengapa pasangan sukar untuk hamil. Namun…

7 Kesilapan Yang Selalu Dibuat & Harus Dielak Jika Anda Mahu Cepat Hamil

Menurut pakar, ramai pasangan suami isteri tidak berjaya hamil kerana beberapa kesilapan yang sering dibuat oleh mereka.

Nak tahu kesilapan apa? Jom kita semak ia seperti di bawah.

Lepas ini bolehlah anda elak semua kesilapan ini dan cuba untuk cepat hamil, ya!

1. Tak “bersama” dengan kerap

Berapa kerap anda perlu bersama pasangan untuk meningkatkan peluang kehamilan? Ha… jangan terkejut.

cepat mengandung

Menurut kajian, anda perlu melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 78 kali sebelum anda hamil! Ia bersamaan selama 6 bulan 3 hari. 

Ramai yang menganggap suami harus “menyimpan” sperma dan hanya cuba bersama ketika isteri subur. 

Tapi sebenarnya tanggapan itu salah! Semakin kerap anda bersama dengan suami, semakin tinggi peluang anda untuk mengandung. 

Dan Dr Samuel Wood, pakar di Reproductive Sciences Center juga mengatakan wanita selalu “tersalah kira” waktu subur mereka hingga terlepas peluang sebenar untuk hamil.

2. Posisi sama setiap hari

Walaupun ramai yang ingat posisi missionary atau wanita di bawah adalah posisi yang paling bagus untuk cuba hamil, tapi tiada kajian yang cukup menyokong tanggapan ini.

Jadi, ramai doktor yang percaya posisi tertentu mungkin tak membantu seseorang wanita hamil pun. 

Dr Serena Chen, pengarah reproduktif dan ketidaksuburan di Institute for Reproductive Medicine and Science mengatakan anda harus mencuba pelbagai posisi.

Jangan kekal dalam posisi yang sama saja setiap hari!

3. Menyalahkan wanita saja

Masyarakat ingat kalau pasangan tidak dikurniakan cahaya mata, ia kerana masalah isteri tersebut tidak subur atau mandul.

cepat mengandung

Sebenarnya, itu adalah tidak benar! 

Profesor obstetrik dan gynekologi di University of Massachusetts Medical School – Dr Machelle Seibel berkata hanya kerana air mani dari lelaki telah keluar, ia tak bermaksud air mani itu ada sperma.

Memang hampir separuh daripada masalah tidak subur terjadi pada wanita, namun 40% masalah ketidaksuburan juga terjadi pada lelaki. 

Jadi, berhenti menuding jari, ya…

4. Salah kira masa subur

Menurut Dr Siebel, wanita telah tersalah mengira masa subur mereka dan menganggap mereka subur 14 hari selepas hari pertama datang haid.

Kitaran haid sebenarnya berbeza-beza. Jadi, waktu subur mungkin tidak berlaku pada tarikh yang sama setiap bulan. 

Jalan yang paling selamat, anda kena tahu berapa kitaran haid bulanan anda dan kira ia menggunakan aplikasi.

5. Berasmara hanya pada waktu subur

cepat mengandung

Pakar mengatakan sperma mampu aktif selama 3 hingga 5 hari. Jadi, anda tidak sepatutnya berasmara dengan pasangan hanya pada waktu subur saja.

Kalau anda berasmara beberapa hari sebelum waktu subur, ia boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil kerana sperma telah aktif.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

6. Guna minyak pelincir atau lubricant

Minyak pelincir atau lubricant memang seronok digunakan jika anda mahu menyemarakkan lagi situasi di katil.

Tapi kalau anda dan pasangan cuba untuk hamil, jangan sesekali guna minyak pelincir ini! Ia boleh mengurangkan peluang sperma untuk “bersama” dengan telur.

Langkah terbaik kalau anda masih mahu menggunakan pelincir, cuba guna baby oil.

7. Lambat mendapatkan bantuan

Ya, mungkin anda tak patut overreact kalau masih tidak diberi rezeki sehingga kini. Namun, ia tak bermaksud anda tak boleh cuba mendapatkan bantuan.

Menurut Dr Chen –

“Pasangan yang berusia 35 tahun ke atas patut berjumpa dengan pakar kesuburan selepas 6 bulan gagal untuk hamil. 

Malah, pasangan yang masih muda atau mempunyai masalah haid tidak tetap juga patut mendapatkan bantuan. 

Anda terbuka untuk menghadapi masalah sukar hamil jika anda ada sejarah jangkitan seksual seperti STI, pernah mengalami kehamilan ektopik, masalah keradangan pelvik dan sebagainya.”

Langkah paling selamat adalah dengan berjumpa doktor pakar.

Selepas mengetahui 7 kesalahan yang sering dibuat dan harus dielak ini, kami di theAsianparent berharap anda mempraktikkannya dan mendoakan agar anda mudah dikurnia cahaya mata.

Jangan lupa menjaga kesihatan diri juga, ya!

Selamat mencuba.

Artikel ini ditulis berdasarkan artikel paparan Parents.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-cara-meningkatkan-peluang-kehamilan/

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 7 Kesilapan Yang Selalu Dibuat & Harus Dielak Jika Anda Mahu Cepat Hamil
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham