X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Hari Ke Berapa Boleh Tahu Mengandung Ya?" Haid Lewat, Ini Waktu Yang Tepat Untuk Check!

7 min bacaan
"Hari Ke Berapa Boleh Tahu Mengandung Ya?" Haid Lewat, Ini Waktu Yang Tepat Untuk Check!

Setiap isteri yang terlepas kitaran haid akan bertanya, "Adakah saya hamil? Hari ke berapa boleh tahu mengandung sebenarnya?"

Setiap kali terlepas kitaran haid pasti akan bertanya, “Adakah saya hamil?”. Mulalah kita akan terus ke farmasi untuk membeli ujian kehamilan terbaik dan ingin terus menggunakannya. Perasaan berdebar itu pastinya timbul lebih-lebih lagi jika anda sedang merancang untuk hamil. Namun tunggu dahulu! Persoalannya di sini, hari ke berapa boleh tahu mengandung sebenarnya?

Ya, kami faham lagi-lagi bagi mereka yang sudah lama mencuba untuk hamil, anda akan sangat teruja dengan kemungkinan ini. Namun pada masa yang sama, tidak semestinya anda terlepas kitaran haid dua atau tiga hari, bermakna anda sedang hamil ya!

Salah faham ini adalah perkara normal yang sering terjadi pada mana-mana wanita. Anda harus ingat bahawa perubahan kitaran haid adalah disebabkan beberapa faktor. Selain kehamilan, tarikh jangkaan haid juga berbeza kerana pertambahan berat badan, tekanan, tahap kesihatan menurun dan lain-lain.

Isi Kandungan

  • Hari ke Berapa Boleh Tahu Mengandung?
  • Waktu Sesuai Cek Kehamilan
  • Adakah Keputusan Ujian Kehamilan Tepat?
  • Apakah Jenama Ujian Kehamilan yang Terbaik di Pasaran?
  • Apa Perlu Lakukan Jika Keputusan Ujian Kehamilan Positif?
    • #1. Buka/ daftar buku pink
    • #2. Buang tabiat buruk
    • #3. Ambil vitamin pranatal
    • #4. Makan makanan berkhasiat dan bersenam
    • #5. Jejak kehamilan anda

Hari ke Berapa Boleh Tahu Mengandung?

hari ke berapa boleh tahu mengandung yang anda kena tahu

Untuk wanita yang pertama kali ingin hamil khususnya, anda mungkin belum mampu mengenalpasti hari ke berapa boleh tahu mengandung. Kita selalu mendengar orang berkata bahawa keputusan ujian kehamilan yang tepat boleh dicapai 4, 5, atau 6 hari sebelum tibanya haid tetapi semua ini hanya pengiklanan palsu.

Tujuan ujian-ujian ini adalah untuk mengesan kehadiran Human Chorionic Gonadotropin (HCG) apabila bentuknya plasenta, selepas telur yang disenyawakan telah diimplan.

Untuk memastikan anda tidak membazirkan wang untuk mengulangi ujian kehamilan, anda tidak dinasihatkan untuk mencuba ujian ini terlalu awal. Keputusan yang lebih tepat boleh dicapai, sekurang-kurangnya 7-10 hari selepas hari kitaran haid biasanya bermula, selagi kit ujian itu belum tamat tempohnya.

Jika ujian pertama menunjukkan keputusan seolah-olah negatif tetapi anda masih rasa anda mungkin hamil, tunggu beberapa hari dan cuba ujian itu lagi.

Setiap kit ujian kehamilan mempunyai kepekaan HCG yang berbeza dan kemungkinan juga badan anda belum lagi menghasilkan hormon HCG yang cukup untuk menunjukkan keputusan yang positif.

Ujian kehamilan darah adalah kaedah yang lebih cepat dari ujian air kencing dan boleh menunjukkan keputusan dalam masa 3-4 hari selepas implantasi atau kira-kira 6-8 hari selepas persenyawaan dan ovulasi.

Waktu Sesuai Cek Kehamilan

hari ke berapa boleh tahu mengandung adalah hari ketujuh selepas tidak datang haid

Untuk wanita yang telah berkahwin, kebanyakannya akan mengesyaki diri telah hamil apabila haid yang kerap diperhatikan tidak kunjung tiba. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini kitaran haidnya teratur pada setiap bulan.

Ahhh.. “Jangan-jangan mengandung kot ni?”. Apabila haid datang lewat, anda mungkin yakin anda sebenarnya sedang hamil. “Tapi ni baru hari keempat saya tak datang haid. Patut ke saya buat pregnancy test je dulu di rumah? 

Sebenarnya, ramai pakar berpendapat waktu yang sesuai untuk cek kehamilan adalah tujuh hari atau seminggu selepas tarikh haid anda bagi mendapatkan hasil yang tepat. Jika ingin buat pregnant test dengan lebih cepat lagi, anda juga boleh lakukannya pada minggu pertama ataupun minggu kedua selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan anda. 

Adakah Keputusan Ujian Kehamilan Tepat?

kebanyakan ujian kehamilan adalah tepat

Kebanyakan wanita gemar dan lebih memilih untuk melakukan ujian kehamilan di rumah sahaja berbanding terus ke klinik. Namun, ada yang mungkin masih meragui sama ada kit ujian kehamilan itu adalah tepat atau tidak, jadi merasakan ini waktu sesuai cek kehamilan di klinik. 

Jangan risau! Sebenarnya, ujian kehamilan adalah sangat tepat. Kadar ketepatannya diantara 95% hingga 99%. Penggunaan dadah, alkohol, antibiotik, pil pencegah hamil atau ubat penambah kesuburan, tidak akan mempunyai kesan ke atas ujian kehamilan anda. 

Hanya ubat yang mengandungi HCG seperti Profasi, Pregnyl, Humegon atau Pergonal atau beberapa rawatan kesuburan yang mengandungi HCG yang boleh menyebabkan keputusan positif palsu pada ujian kehamilan.

Keputusan negatif yang palsu biasanya disebabkan oleh:

  • ujian terlalu awal,
  • tidak mengikut arahan ujian dengan betul,
  • tidak membaca keputusan tepat pada masanya (apabila garis penyejatan telah muncul),
  • menggunakan kit ujian yang telah tamat tempoh,
  • kehadiran HCG disebabkan telur yang disenyawakan tetapi tidak berjaya melekat kepada lapisan rahim.

Adakah Minum Air Banyak Boleh Menjejaskan Keputusan Ujian?

Minum terlalu banyak air sebelum mengambil ujian kehamilan boleh mencairkan air kencing sehingga HCG tidak dapat dikesan oleh ujian itu. Keputusan ujian itu mungkin akan menunjukkan ia negatif, apabila keputusannya sepatutnya positif.

Jenama berbeza mempunyai langkah dan arahan ujian kehamilan yang berbeza. Untuk mendapatkan keputusan yang tepat, anda perlu mengikut semua arahan dan langkah ujian dengan betul dan cuba ujian ini ketika membuang air kecil selepas bangun pagi.

Apakah Jenama Ujian Kehamilan yang Terbaik di Pasaran?

Menurut berita CBS dan majalah Parents, ujian yang terbaik dalam kategori ujian kehamilan jenis batang adalah First Response Early Pregnancy Test.

Tetapi jenama-jenama popular yang terdapat di farmasi terkemuka di Malaysia agak tepat juga.

Saya sendiri pernah mencuba kedua-dua jenama ini: Clear Blue atau Dip and Tell dan berjaya mendapatkan keputusan yang tepat.

Asalkan anda mengikuti arahan pada kotak ujian itu dan menggunakan ujian yang belum tamat tempohnya, anda pasti akan mendapatkan keputusan yang betul.

Jika anda masih ragu-ragu tentang keputusan ujian yang diambil, tunggu beberapa hari dan cuba lagi ataupun jumpa dengan doktor pakar wanita anda untuk mendapatkan pengesahan.

Apa Perlu Lakukan Jika Keputusan Ujian Kehamilan Positif?

Saat melihat ujian kehamilan positif, ia pastinya satu berita gembira buat anda dan pasangan, kan? Namun, untuk yang pertama kali bakal bergelar ibu ayah, anda mungkin agak clueless tentang apa yang perlu dilakukan selepas itu, meskipun sudah merasai tanda awal kehamilan seperti morning sickness.

“Perlu ke saya terus pergi scan kandungan di klinik?” Ohhh jangan! Tidak perlu lagi ya!

Selain memberitahu terus kepada pasangan anda dan ahli keluarga terdekat, perkara penting lain dan utama yang perlu anda lakukan selepas mendapat tahu diri sedang hamil adalah:

#1. Buka/ daftar buku pink

Di Malaysia, ini adalah antara salah satu perkara penting yang ibu hamil perlu lakukan ya! Segeralah daftar kehamilan anda dengan klinik kesihatan berdekatan rumah anda dan buka buku pink supaya doktor dapat memantau kandungan anda. Bukan apa, ini semestinya untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik. Namun biasanya, doktor akan membuat ujian kehamilan sekali lagi terhadap anda dengan melakukan sonogram dan juga buat ujian darah bagi mengesahkan diri anda sememangnya sedang hamil.

#2. Buang tabiat buruk

buang tabiat buruk untuk kesihatan bayi

Langkah seterusnya yang perlu anda dan pasangan lakukan adalah dengan membuang segala tabiat buruk yang sering dilakukan ketika anda belum berbadan dua. Contohnya berhentilah merokok, minum alkohol dan mengurangkan pengambilan kafein bagi mengurangkan risiko terhadap bayi dalam kandungan. 

#3. Ambil vitamin pranatal

Ini juga sangat penting ya! Sebaik sahaja anda sudah disahkan hamil, pastikan anda mengambil vitamin pranatal yang mengandungi khasiat vitamin, mineral, zat besi dan kalsium kerana ia amat penting untuk pertumbuhan serta perkembangan bayi anda. Untuk mengenalpasti mana satu selamat atau tidak, anda boleh dapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda.

#4. Makan makanan berkhasiat dan bersenam

Ketika hamil, anda perlulah mula menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Elakkan mengambil makanan yang tinggi gula, garam dan lemak!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Di samping itu, anda juga boleh kekal aktif dengan melakukan senaman ringan yang sesuai untuk ibu mengandung. Ini bagi memastikan anda kekal cergas dan mudah untuk bersalin nanti.

#5. Jejak kehamilan anda

Gunakan mana-mana aplikasi yang boleh membantu anda untuk menjejak kehamilan dari awal mengandung sehingga melahirkan bayi. Pastinya ia akan membuatkan anda teruja untuk bertemu si kecil anda nanti.

Semoga ada berita baik untuk anda dan diharapkan perkongsian ini bermanfaat!

Sumber

Cleveland Clinic (July 26, 2022). Am I Pregnant? my.clevelandclinic.org/health/articles/9709-pregnancy-am-i-pregnant

Mayo Clinic (Dec 3, 2021). Symptoms of pregnancy: What happens first. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853

Parents (Nov 8, 2022). How Do I Know If I’m Pregnant? www.parents.com/pregnancy/signs/symptoms/how-do-i-know-if-im-pregnant/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Guna Cara Uji Kehamilan Ini Untuk Tahu Sama Anda Mengandung Atau Tidak, TANPA Pregnancy Test!

Baca juga: Kenapa Haid Lewat & Saya Ada Tanda Macam Hamil, Tapi Ujian Kehamilan Negatif?

Baca juga: 3 Tanda Wanita Sedang Subur, Ini Masa Paling Sesuai Untuk Buat Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • "Hari Ke Berapa Boleh Tahu Mengandung Ya?" Haid Lewat, Ini Waktu Yang Tepat Untuk Check!
Kongsikan:
  • Ingin Hamil Anak Kedua? Ini 7 Perkara Suami Isteri Wajib Tahu!

    Ingin Hamil Anak Kedua? Ini 7 Perkara Suami Isteri Wajib Tahu!

  • Kehamilan Yang Tidak Diingini: Kisah Benar Seorang Suami

    Kehamilan Yang Tidak Diingini: Kisah Benar Seorang Suami

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Ingin Hamil Anak Kedua? Ini 7 Perkara Suami Isteri Wajib Tahu!

    Ingin Hamil Anak Kedua? Ini 7 Perkara Suami Isteri Wajib Tahu!

  • Kehamilan Yang Tidak Diingini: Kisah Benar Seorang Suami

    Kehamilan Yang Tidak Diingini: Kisah Benar Seorang Suami

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.