X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dikesan Ada Fibroid Ketika Hamil 7 Bulan, Bolehkah Ibu Bersalin Normal? Ini Penjelasan Doktor

4 min bacaan
Dikesan Ada Fibroid Ketika Hamil 7 Bulan, Bolehkah Ibu Bersalin Normal? Ini Penjelasan Doktor

Tidak mustahil untuk wanita hamil menghidap fibroid kerana ia bukan perkara luar biasa, Persoalannya, bolehkah ibu bersalin normal jika ada fibroid?

Sudahlah hamil tujuh bulan, dikesan ada fibroid pula. Jadi dalam keadaan ini bolehkah ibu bersalin normal? Adakah ia boeh mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi?

Ibu-ibu hamil biasanya akan memilih untuk bersalin normal tetapi jika ada kecemasan dan perlu melahirkan secara caesarean atau pembedahan memang tidak dapat dielakkan.

Ia bagi menjamin keselamatan kedua-duanya sama ada si ibu atau bayi yang dikandung. Jadi jika anda dikesan ada fibroid ketika hamil, adakah bahaya dan masihkah ada peluang untuk bersalin normal?

Bolehkah ibu bersalin normal jika ada fibroid?

ibu bersalin normal

Kredit: menopause management

Fibroid adalah sejenis penyakit yang mana berlakunya pertumbuhan tisu-tisu yang tidak normal pada dinding rahim atau uterus. Penyakit fibroid ini menyerang wanita tanpa menunjukkan sebarang tanda seseorang itu menghidapnya.

Kebiasaannya mereka hanya mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit tersebut pada peringkat fibroid tersebut telah membesar.

Fibroid biasanya terjadi pada wanita dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun (usia reproduktif). Fibroid adalah satu ketumbuhan yang jinak atau benign tumor yang biasa pada rahim wanita.

Fibroid dan wanita hamil bukan mustahil

Malah, didapati lebih 20 hingga 25 peratus wanita mempunyai fibroid, wanita hamil juga tidak terkecuali daripada penyakit ini.

Menurut Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan, Dr. Ahmad Saifuddin Ahmad Yahaya, fibroid yang ada pada wanita hamil bukanlah satu perkara luar biasa kerana ibu hamil akan menghasilkan lebih estrogen yang mana ia akan menyebabkan fibroid tersebut menjadi aktif.

Selain itu, menurut Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan & Fertiliti, Dr Maiza, katanya, sebilangan besar wanita tidak mengalami kesan merbahaya daripada fibroid semasa hamil.

Katanya, ‘rule of 1/3‘ bagi fibroid ketika hamil adalah:

  • 1/3 mengecut
  •  1/3 saiz kekal sama
  •  1/3 membesar

Komplikasi yang boleh berlaku akibat fibroid ketika hamil

ibu bersalin normal

Kredit: theasianparent indonesia

Katanya, komplikasi fibroid ketika hamil berkait rapat dengan saiz fibroid dan lazimnya melibatkan fibroid bersaiz lebih daripada 5 sentimeter. Beliau turut menerangkan komplikasi mengikut trimester yang mungkin boleh berlaku

#1. Trimester 1

  •  pendarahan vagina : 11 daripada 100 ibu
  •  sakit seperti senggugut : 59 daripada 100 ibu
  •  keguguran : 14 dari pada 100 ibu

#2. Trimester 2 & 3

  • berlaku dalam 10 daripada 100 ibu hamil
  • kelahiran pramatang (PTB)
  • pecah air ketuban pramatang (PPROM)
  • kedudukan bayi songsang/melintang (malpresentation)
  • ‘red degeneration’ – apabila saluran darah tidak dapat memberikan oksigen yang cukup untuk fibroid, selnya mulai mati & boleh menyebabkan kesakitan
  • kepala bayi tidak dapak masuk ke rongga pelvis kerana kedudukan fibroid, perlu lahir melalui Caesarean.
  • rahim sukar menyecut selepas kelahiran menyebabkan tumpah darah (PPH)

Risiko tumpah darah boleh berlaku

ibu bersalin normal

Kredit: majalahpama

Bagi ibu yang perlu menjalani pembedahan c-sec kerana kedudukan fibroid yang menghalang bayi, keputusan untuk membuang fibroid ketika c-sec bergantung kepada jenis atau lokasi fibroid.

Lazimnya pedunculated & subserosal fibroid boleh dibuang semasa c-sec. Bagi submucosal & intramural fibroid di mana ia tumbuh di lapisan dalam rahim

Kebanyakannya tidak dibuang semasa c-sec kerana risiko tumpah darah & terpaksa membuang keseluruhan rahim (hysterectomy) adalah tinggi.

Selepas habis pantang, ibu perlu rawatan susulan untuk memantau saiz fibroid. Lazimnya fibroid menyecut selepas habis pantang kerana hormon estrogen dan progesteron yang rendah selepas bersalin.

Jika hamil 7 bulan dan fibroid kekal 5 sentimeter dan kedudukan fibroid tidak menghalang kepala bayi untuk masuk ke rongga pelvis, lazimnya kehamilan akan berkembang dengan selamat.

Kebanyakan kes masih boleh bersalin secara normal dan langkah berjaga-jaga diambil selepas kelahiran untuk memastikan rahim kecut dengan baik agar tumpah darah tidak berlaku.

Jadi, untuk lebih kepastian adalah lebih baik ibu berjumpa sendiri dengan doktor dan dapatkan nasihat mereka yang pakar. Jangan cuba-cuba ambil keputusan sendiri tanpa mendapatkan saranan dari pakar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Maiza, mysonoworld

Kredit foto: hayber, mysonoworld

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Baca juga: Fibroid Ketika Hamil: Panduan Padat Untuk Bakal Ibu Kali Pertama

Baca juga: Risiko & Tanda Cyst Ketika Hamil, Adakah Selamat Jika Ibu Melalui Proses Pembedahan?

Baca juga: 7 Punca Mengapa Anda Tidak Hamil Walaupun Ujian Kehamilan Positif

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Dikesan Ada Fibroid Ketika Hamil 7 Bulan, Bolehkah Ibu Bersalin Normal? Ini Penjelasan Doktor
Kongsikan:
  • Menyusu Ketika Hamil Boleh Menjejaskan Tumbesaran Bayi Dalam Perut? Ini Penjelasannya!

    Menyusu Ketika Hamil Boleh Menjejaskan Tumbesaran Bayi Dalam Perut? Ini Penjelasannya!

  • Cara Pantang Keguguran Yang Betul Ikut Bidan Melayu, Ibu Moden Jangan Ambil Mudah

    Cara Pantang Keguguran Yang Betul Ikut Bidan Melayu, Ibu Moden Jangan Ambil Mudah

  • Kulit Jadi Sensitif Ketika Hamil, Begini Cara Penjagaan Kulit Agar Kekal Sihat & Berseri

    Kulit Jadi Sensitif Ketika Hamil, Begini Cara Penjagaan Kulit Agar Kekal Sihat & Berseri

  • Menyusu Ketika Hamil Boleh Menjejaskan Tumbesaran Bayi Dalam Perut? Ini Penjelasannya!

    Menyusu Ketika Hamil Boleh Menjejaskan Tumbesaran Bayi Dalam Perut? Ini Penjelasannya!

  • Cara Pantang Keguguran Yang Betul Ikut Bidan Melayu, Ibu Moden Jangan Ambil Mudah

    Cara Pantang Keguguran Yang Betul Ikut Bidan Melayu, Ibu Moden Jangan Ambil Mudah

  • Kulit Jadi Sensitif Ketika Hamil, Begini Cara Penjagaan Kulit Agar Kekal Sihat & Berseri

    Kulit Jadi Sensitif Ketika Hamil, Begini Cara Penjagaan Kulit Agar Kekal Sihat & Berseri

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.