Cyst atau sista dalam ovari adalah seperti jerawat di dalam sistem pembiakan. Ia biasanya datang dan pergi semasa anda haid. Ada sesetengah wanita tidak sedar mereka menunjukkan tanda-tanda cyst ini kerana beranggapan ia adalah perihal biasa namun apa sahaja perubahan pada badan perlu diambil berat!
Dalam artikel ini anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang:
- Apa itu sista ovari?
- Tanda-tanda cyst pada wanita
- Rawatan yang diperlukan
Sista ovari sebenarnya ialah satu poket padat atau berisi cecari di dalam atau pada ovari seorang wanita. Ia biasanya perkara yang biasa, terutamanya pada wanita hamil mahupun yang belum menopaus. Bahkan sista ovari tidak menyakitkan dan membahayakan nyawa.
Namun begitu, ia boleh menjadi masalah apabila ia tidak hilang atau saiz bertambah besar. Apabila ini terjadi, ia akan menjadi sakit dan juga punca kepada kanser. Namun situasi ini amat jarang berlaku dan biasanya sista ovari boleh hilang sendiri tanpa rawatan.
Tapi, jika anda ada tanda-tanda cyst yang disebut di bawah ini, anda perlu segera jumpa doktor!
5 Tanda-Tanda Cyst Ovari Yang Bahaya
1# Tanda-tanda cyst: Sakit tanpa henti di bahagian pelvik
Kredit: Freepik
Tanda-tanda cyst ovari yang biasa terjadi adalah sakit di bahagian kanan atau kiri di bawah pelvik (tempat letaknya ovari).
Jika anda mempunyai ketumbuhan di tempat yang tak sepatutnya ada, anda pasti akan rasa sakit semasa melakukan sesuatu seperti senaman atau berhubungan intim.
Menurut Dr. Taraneh Shirazian, pakar ginekologi di NYU, “jika rasa sakit menjadi semakin bertambah, anda mungkin mempunyai ovarion torsion.”
Ini terjadi apabila cyst anda menjadi besar dan boleh bergerak atau berpusing dengan sendiri lalu memotong saluran darah yang menyebabkan anda rasa sangat sakit di bahagian pelvik.
2# Tanda-tanda cyst: Kembung perut tak terkawal
Kredit: womansday.com
Bengkak atau kembung perut biasanya adalah tanda yang sangat tak jelas, tapi ia boleh dikaitkan dengan cyst ovari bergantung pada saiznya.
Kebanyakan cyst hanya bersaiz bawah 10cm. Tapi, beberapa cyst boleh tumbuh sangat besar sebesar saiz buah tembikai!
Ramai wanita hanya menganggap mereka tambah berat badan, tapi sakit perut atau kembung perut boleh disebabkan oleh cyst yang sedang membesar di dalam perut.
3# Anda rasa kenyang atau perut penuh
Salah satu tanda-tanda cyst ovari adalah rasa berat pada bahagian perut kerana cyst adalah jisim dan ia boleh memberikan anda rasa seperti tekanan dalam perut.
Rasanya sama seperti sembelit, tapi rasa ini hanya menyerang salah satu bahagian pelvik anda. Jika sistem pembuangan anda baik tapi anda rasa seperti ini selama dua hingga tiga minggu, mungkin ini adalah masa untuk anda berjumpa doktor.
4# Anda rasa nak terkencing sepanjang masa
Kredit: Freepik
Jika cyst menolak pundi kencing anda, anda mungkin akan rasa nak terkencing selalu. Ada juga yang rasa nak terkencing tapi susah nak keluar, ini mungkin kerana cyst telah menghalang saluran kencing anda.
Jika anda mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan saluran kencing, anda perlu berjumpa doktor.
5# Sakit semasa melakukan seks
Jika anda sedang melakukan hubungan seks dan anda rasa sakit, ia mungkin petanda ada ada cyst ovari.
Beberapa cyst ini, bila ia menjadi besar, ia boleh terletak pada belakang rahim pada kedudukan serviks anda. Jadi, anda akan rasa sakit bila berlaku penetrasi yang dalam.
Tak ada sebab untuk anda rasa sakit semasa berhubungan seks. Jadi jika anda rasa sakit, beritahu doktor anda.
Kebanyakan cyst adalah biasa dan tak memerlukan apa-apa rawatan kerana ia akan hilang dengan sendiri. Tapi, anda perlu hati-hati dengan tanda-tanda cyst yang disebut di atas.
Rawatan Sista Ovari

Anda harus ingat bahawa sista ovari tidak membahayakan. Namun digalakkan untuk dikeluarkan kerana sekiranya saiznya bertambah besar, ini boleh menyebabkan gangguan kepada struktur dalaman.
Sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada doktor berpengalaman tentang isu ini. Mereka mungkin mengesyorkan untuk abaikan sahaja sista kecil.
Namun jika sista anda mendatangkan masalah dan bersaiz besar, doktor akan menggunakan jarum dan menyedut keluar kandungan agar sista kembali kosong dan kempis. Rawatan lain pula adalah melalui pembedahan iaitu:
- Laparoskopi – Pembedahan untuk sista kecil. Doktor mengeluarkan sista dengan alat kecil berkamera dan anda tidak perlu tinggal di hospital semalaman.
- Laparotomi – Pembedahan untuk sista yang mungkin sebenarnya kanser. Ia dilakukan dengan memotong bahagian tertentu dalam perut.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 tanda awal kanser yang wanita mungkin salah anggap sebagai simptom mengandung
Baca juga: Radang Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease)
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!