X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pcos Simptom: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

5 min bacaan
Pcos Simptom: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

Dianggarkan 1 daripada 15 wanita di seluruh dunia menghidap penyakit PCOS dan sukar untuk hamil. Mari ketahui tentang isu kesuburan wanita ini dengan lebih lanjut lagi.

Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS adalah gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita yang masih dalam lingkungan umur reproduktif. Ketahui segalanya mengenai pcos simptom, maksud dan punca gangguan hormon ini.

Nama sindrom ini diperolehi daripada berbilang (atau poli) sista ovari yang boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrasound.

Sebenarnya “sista” ini bukan sista tetapi folikel yang tidak matang, jadi, sindrom ovari polyfollikular adalah nama yang lebih tepat.

Dianggarkan 1 daripada 15 wanita di seluruh dunia menghidap penyakit ini dan sukar untuk hamil.

Dalam artikel ini akan menceritakan tentang:

  • PCOS simptom, adakah anda mengalaminya?
  • Risiko dan kesan jangka panjang
  • Rawatan untuk PCOS
  • Diet pesakit PCOS
  • Punca Sebenar PCOS

PCOS simptom, adakah anda mengalaminya?

 

Pcos Simptom: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

Sumber gambar : whitelotusclinic.ca

Hormon yang tidak seimbang adalah faktor utama mengapa ovulasi tidak tetap, dan inilah yang menyebabkan ramai pasangan suami isteri sukar untuk hamil.

Walaupun selepas beberapa percubaan sepanjang perkahwinan mereka, mereka masih belum menimang cahaya mata. 

  • Kitaran haid yang tidak teratur, berpanjangan dan dalam kuantiti yang banyak
  • Kenaikan berat badan atau obesiti
  • Kencing manis
  • Kolesterol tinggi
  • Kemandulan
  • Ketumbuhan bulu yang berlebihan seperti lelaki seperti misai, janggut dan di bahagian dada

Apabila anda mempunyai simptom di atas dan sukar hamil, ujian darah dan pemeriksaan ultrasound melalui faraj akan dilakukan.

Doktor akan mengesahkan anda penghidap sindrom ini jika keputusan ujian darah menunjukkan hormon tidak seimbang dan imbasan trans-vaginal ultrasound menunjukkan PCOS.

Pcos Simptom: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

Imbasan ultrasound PCOS. Sumber gambar : sogiscan.com.au

Risiko dan kesan masa panjang?

10-20% pesakit PCOS boleh menghidap penyakit kencing manis, terutamanya mereka yang mempunyai keluarga dengan sejarah kencing manis atau obesiti.

Risiko lain termasuk masalah darah tinggi, masalah tidur, penyakit murung dan masalah sakit jantung jika pesakit menghidapi kencing manis dan darah tinggi. 

Pesakit juga mempunyai risiko kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tidak datang haid.

Rawatan untuk PCOS
Pcos Simptom: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

Sumber gambar : Parenting

Pesakit berbadan besar yang ingin rawatan semulajadi tanpa makan ubat akan disaran untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk menurunkan berat badan.

Untuk sesetengah pesakit, penurunan berat badan sebanyak 5-10% sudah boleh menampakkan kemajuan dari segi kitaran haid yang lebih teratur.

Apabila kitaran haid mereka beransur baik, peluang untuk hamil akan bertambah.

Pesakit juga boleh diberi pil perancang atau hormon untuk melaraskan kitaran haid. Kemudian ini boleh diikuti dengan ubat kesuburan untuk merangsangkan ovulasi.

Bagi mereka yang juga menghidap kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi, ubat kencing manis akan diberikan. 

Diet pesakit PCOS

Para penyelidik berpendapat bahawa dengan tidak memakan gula, sayuran berkanji, karbohidrat dan tenusu, ini dapat membantu mengurangkan kesan hormon yang tidak seimbang.

Lebih-lebih lagi, ramai wanita telah mengesahkan bahawa diet rendah karbohidrat memang telah membantu mereka mengurangkan berat badan.

Namun tuntutan bahawa diet rendah karbohidrat boleh membantu PCOS tidak disokong oleh kajian, dan tiada bukti konklusif bahawa ia boleh dikawal dengan berdiet sahaja – khususnya diet rendah karbohidrat dan protein tinggi yang disyorkan oleh beberapa doktor PCOS.

Pcos Simptom: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

Stories Rakan Kongsi
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape
Give your child so much more for his overall growth and development
Give your child so much more for his overall growth and development
Why Money Parenting Matters
Why Money Parenting Matters
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Tetapi pesakit disarankan untuk memakan makanan yang mempunyai GI (Glycaemic Index) yang rendah.

Makanan yang mempunyai GI rendah akan dihadam dan diserap pada kadar yang perlahan.

Oleh itu, paras gula dan hormon insulin akan menaik dengan perlahan-lahan. Paras gula yang lebih stabil ini mempunyai kesan kesihatan yang baik.

Kajian telah membuktikan yang diet GI yang rendah berupaya mengawal paras gula dan kolesterol di kalangan pesakit yang menghidapi kencing manis.

Ia juga boleh menurunkan berat badan pesakit, mengawal nafsu makan dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama.

Di samping itu, diet ini boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawati penahanan insulin.

Walaupun PCOS adalah gangguan yang boleh melanda 1 daripada 15 wanita, tidak banyak kajian telah dilakukan khusus untuk PCOS. 

Bincang dengan doktor untuk mendapatkan gabungan ubat yang betul, serta rutin gaya hidup yang sihat.

Ini sebagai langkah pencegahan supaya simptom PCOS boleh dikawal dan tidak semakin teruk.

Punca sebenar PCOS

Punca sebenar PCOS tidak diketahui. Terdapat bukti bahawa genetik memainkan peranan. Beberapa faktor lain juga memainkan peranan dalam menyebabkan PCOS:

  • Tahap hormon lelaki yang lebih tinggi dipanggil androgen: Tahap androgen yang tinggi menghalang ovari daripada mengeluarkan telur (ovulasi), yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Ovulasi yang tidak teratur juga boleh menyebabkan kantung kecil berisi cecair berkembang di dalam ovari. Androgen yang tinggi juga menyebabkan jerawat dan pertumbuhan rambut yang berlebihan pada wanita.
  • Rintangan insulin: Peningkatan tahap insulin menyebabkan ovari membuat dan membebaskan hormon lelaki (androgen). Peningkatan hormon lelaki, seterusnya, menyekat ovulasi dan menyumbang kepada gejala PCOS yang lain. Insulin mengawal cara badan anda memproses glukosa (gula) dan menggunakannya untuk tenaga. Rintangan insulin bermakna badan anda tidak memproses insulin dengan betul, membawa kepada tahap glukosa yang tinggi dalam darah anda. Tidak semua individu yang mempunyai rintangan insulin mempunyai glukosa atau diabetes yang tinggi, tetapi rintangan insulin boleh menyebabkan diabetes. Berat badan berlebihan atau mengalami obesiti juga boleh menyumbang kepada rintangan insulin. Tahap insulin yang tinggi, walaupun glukosa darah anda normal, boleh menunjukkan rintangan insulin.
  • Keradangan gred rendah: Orang yang mempunyai PCOS cenderung mengalami keradangan gred rendah kronik. Penyedia penjagaan kesihatan anda boleh melakukan ujian darah yang mengukur tahap protein C-reaktif (CRP) dan sel darah putih, yang boleh menunjukkan tahap keradangan dalam badan anda.

Dr. Natasha Nor Fertility, Healthworks, Huffington Post , Cleveland Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Suka Duka Dalam Cubaan Hamil Anak Sulung, Ibu Penghidap PCOS Kongsi Pengalaman 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Pcos Simptom: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)
Kongsikan:
  • Kajian menemui punca Sindrom Polisistik Ovari, harapan baru untuk wanita tak subur

    Kajian menemui punca Sindrom Polisistik Ovari, harapan baru untuk wanita tak subur

  • Wanita Ini Ingat Hamil, Rupa-Rupanya Ada Cyst Ovari Seberat Budak Umur 8 Tahun!

    Wanita Ini Ingat Hamil, Rupa-Rupanya Ada Cyst Ovari Seberat Budak Umur 8 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kajian menemui punca Sindrom Polisistik Ovari, harapan baru untuk wanita tak subur

    Kajian menemui punca Sindrom Polisistik Ovari, harapan baru untuk wanita tak subur

  • Wanita Ini Ingat Hamil, Rupa-Rupanya Ada Cyst Ovari Seberat Budak Umur 8 Tahun!

    Wanita Ini Ingat Hamil, Rupa-Rupanya Ada Cyst Ovari Seberat Budak Umur 8 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.