Bila anak mula rasa panas, pipi merah, mata layu, dan badan lesu, ibu bapa mesti jadi serba tak kena, kan? Kadang-kadang kita rasa nak cuba dulu cara tradisional turunkan panas demam anak sebelum bagi ubat, terutamanya kalau demam belum terlalu tinggi.
Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak
Mak-mak zaman dulu memang banyak cara tradisional turunkan panas demam anak dan petua yang ringkas tapi berkesan. Dari lap badan dengan air asam jawa sampailah ke jelum daun bunga raya.
Semua ni bukan sekadar petua lama, tapi sebenarnya ada logiknya juga dari segi sains. Jom kita tengok apa antara cara semula jadi yang boleh bantu redakan demam si kecil mudah, selamat dan penuh kasih sayang!
1. Lap Badan Anak
Lap badan anak dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Fokus pada kawasan leher, ketiak, belakang lutut dan celah peha. Ini antara cara paling asas dan cepat bantu sejukkan badan anak bila demam mula naik.
2. Pakaikan Baju Ringan dan Nipis
Elakkan pakaikan anak baju tebal atau selimutkan terlalu banyak. Biar badan dia “bernafas” sikit supaya haba tak terperangkap. Baju cotton yang longgar dan nipis sangat sesuai.
3. Air Jelum daripada Bacaan Doa
Ini antara cara tradisional turunkan panas demam anak yang selalu diamalkan oleh mak ayah beragama Islam. Ambil air, baca doa tertentu (contohnya Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, atau doa Nabi Ibrahim), dan jelumkan ke kepala atau badan anak. Dengan izin Allah, usaha ini boleh bantu redakan demam.
4. Jelum dengan Air Asam Jawa
Ambil segenggam asam jawa, campur dengan air suam dan ramas hingga sebati. Gunakan air tu untuk lap badan anak. Asam jawa dipercayai ada sifat semula jadi yang boleh bantu “tarik” panas keluar dari badan.
5. Guna Lendir Daun Bunga Raya
Petik beberapa helai daun bunga raya, ramas dengan air sampai keluar lendir, dan sapukan pada kepala atau dahi anak. Cara ni memang popular di kampung sebab ia bantu sejukkan kepala dengan cepat dan selesa.
6. Tetapkan Suhu Bilik Supaya Sejuk
Pastikan bilik anak tak terlalu panas. Buka kipas atau pasang penghawa dingin pada suhu sederhana (jangan terlalu sejuk ya!). Persekitaran yang nyaman bantu anak rasa lebih selesa dan kurang meragam.
7. Mandikan dengan Air Daun Semambu
Rebus daun semambu, tunggu air suam, dan mandikan anak dengannya. Daun ni dah lama digunakan sebagai penawar tradisional untuk turunkan panas dan buang “angin” dalam badan.
8. Sapukan Minyak Bawang Putih
Tumbuk bawang putih, campur dengan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun, dan sapukan pada tapak kaki dan dada anak. Bawang putih dipercayai ada sifat antiradang dan boleh bantu buang toksin panas dari badan.
9. Letakkan Tuala Basah di Kepala atau Tapak Kaki
Kadang-kadang yang paling ringkas tu lah paling menjadi. Rendam tuala kecil dalam air suam, perah sikit, dan letakkan di kepala, pelipat atau tapak kaki anak. Ulang beberapa kali, sangat membantu bila suhu badan mula naik perlahan-lahan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Turunkan Suhu Demam Bayi Dengan Berkesan Ikut Nasihat Doktor & Petua Orang Dulu-Dulu
Baca juga: Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan
Baca juga: Mata Bayi Berair Sebelah: Punca Mata Berair Sebelah, Rawatan & Bila Perlu Jumpa Doktor
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!