Daun semambu atau neem mempunyai sifat antibakteria yang baik. Daun semambu untuk demam campak sangat berkesan dan sudah diguna pakai sejak bertahun-tahun lamanya. Malah ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk di pasaran antaranya diproses menjadi sabun mandian.
Daun Semambu Untuk Demam Campak
Cacar air atau demam campak adalah penyakit berjangkit dengan kemunculan ruam seperti lepuh pada kulit yang secara beransur-ansur membesar.
- Rawat Penyakit Kulit: Menyentuh tentang ubat untuk cacar air, daun semambu atau neem antara penyelamat bagi penghidapnya. Ia terkenal di India yang berkesan merawat pelbagai jenis penyakit kulit.
- Nilai Terapeutik Tinggi: Daun ini berasa dari India dan daripada daun hingga akar, pokok ini sangat berguna. Dalam Ayurveda, neem dianggap sebagai salah satu bahan yang paling berkesan merawat penyakit. Ia dianggap unik kerana nilai terapeutiknya.
- Anti Penuaan : Neem adalah herba serbaguna dan boleh digunakan dalam bentuk pes atau minyak. Ia terkenal dengan sifat anti-penuaan dan sifat antioksidannya.
Kegunaan Daun Semambu Dalam Rawatan Demam Campak
Ekstrak neem, yang mengandungi sifat penyembuhan, digunakan untuk kesihatan berabad lamanya.
Dengan manfaat perubatan yang pelbagai ia ikhtiar semulajadi rawatan semula jadi untuk cacar air. Ia bukan sekadar salah satu ubat rumah untuk cacar air; ia adalah ubat yang terbaik dan paling berkesan yang tidak hanya menyembuhkan cacar air tetapi juga mengelakkannya daripada merebak.
Cara Merawat Demam Campak Guna Daum Semambu
Cara Merawat 1:
- Sebelum Mandi : Pisahkan daun daripada batang dan tangkainya. Rebus daun hingga bertukar warna sedikit untuk kegunaan mandi dua kali sehari pagi dan petang.
- Semasa Mandi : Ramas-ramas daun untuk mengeluarkan bahan yang di perlukan untuk merawat demam campak itu. Mandi seperti biasa. Untuk mandian terakhir jiruskan air daun semambu bersama dengan daunnya sekali pada badan yang terkena demam campak. Tidak perlu bilas bagi mengelakkan rawatan tidak berkesan.
- Daun semambu yang digunakan untuk mandi jangan dibuang kerana anda boleh jadikan hamparan di tempat tidur yang terkena campak.
Cara Merawat 2:
- Kisar daun semambu dan gaulkan dengan bedak sejuk. Sapu di tempat yang terkena campak untuk mempercepatkan pengecutan gelembung-gelembung campak yang tumbuh di badan.
- Juga untuk mengurangkan terjadinya kesan parut akibat dari demam campak itu. Campuran daun semambu dan bedak sejuk ini juga di katakan boleh merawat penyakit kurap.
Manfaat Kesihatan Daun Semambu
Daun semambu, yang juga dikenali sebagai Azadirachta indica atau neem mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaat utama daun semambu:
1.Anti-Radang
Daun semambu mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh, mengurangkan kesakitan dan bengkak.
2.Antiseptik Dan Antibakteria
Daun semambu sering digunakan dalam rawatan luka dan jangkitan kerana sifat antiseptik dan antibakterianya yang kuat.
3.Pembersih Darah
Ia dipercayai dapat membantu membersihkan darah dan detoksifikasi badan dengan mengeluarkan toksin.
4.Meningkatkan Sistem Imun
Daun semambu kaya dengan nutrien yang boleh meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh melawan jangkitan.
5.Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Kajian menunjukkan bahawa daun semambu boleh membantu mengawal paras gula darah, yang bermanfaat untuk penghidap diabetes.
6.Menyokong Kesihatan Kulit
Ekstrak daun semambu sering digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk merawat jerawat dan masalah kulit lain kerana kemampuannya untuk mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria.
7.Cegah Meningkatkan Kesihatan Mulut
Ia boleh digunakan dalam bentuk pes atau kumur untuk membantu mencegah penyakit gusi dan menjaga kesihatan mulut.
onlymyhealth, mom kids world
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Baca juga: Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Baca juga: Sakit Pada Ari-ari Bila Berdiri & Berjalan, Ketahui Punca Rasa Sakit Pada Peranakan Wanita & Cara Mengatasi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!