Kini, ibu ayah masih keliru dengan mitos dan fakta tentang cacar air. Mereka seakan-akan masih belum mendapat gambaran yang tepat tentang apa itu cacar air dan bagaimana penyakit ini boleh menyerang anak-anak mereka. Malah, ada yang masih keliru dalam membezakan cacar air dan demam campak!
Usah bimbang, ibu dan ayah. Di sini kami akan menerangkan segala persoalan anda.
Apa itu cacar air?
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Cacar air adalah penyakit yang sering menyerang golongan kanak-kanak. Virus yang menyebabkan cacar air ini juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang individu ke individu yang lain1.
Individu yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya boleh merebak melalui1:
- Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
- Dengan menyentuh atau menarik masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang dirembeskan daripada lepuh (blister) sewaktu bernafas.
Oleh yang demikian, ibu ayah boleh memilih untuk menjaga kebersihan yang baik, bagi makanan yang berkhasiat dan bertanya doctor tentang imunisasi varicella untuk anak mereka. Orang dewasa yang masih belum dijangkiti dengan virus varicella juga boleh mendapatkan imunisasi bagi membantu mencegah penyakit ini2.
Tanda-tanda serta gejala cacar air
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anak-anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang menghidap cacar air1.
Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang dijangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun, jangkitan mungkin boleh menjadi lebih serius sekiranya ia menjangkiti orang dewasa, remaja atau anak kecil yang berumur kurang dari setahun1.
Berikut merupakan antara gejala-gejala yang perlu diperhatikan oleh ibu ayah1:
- Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
- Ruam bermula dengan kemunculan bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
- Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
- Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.
Kebiasaannya, jangkitan ini akan menghasilkan imuniti badan seumur hidup terhadap virus cacar air. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan mungkin akan aktif semula sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.
Mitos tentang cacar air
#1. Pasti Terkena, Tidak Dapat Dicegah
Ada yang percaya bahawa setiap orang pasti akan mengalami cacar air dalam hidup mereka. Mitos cacar air ini masih dipercayai secara meluas sehingga kini. Hakikatnya tidak begitu, kerana salah satu cara cacar air boleh dicegah seperti mengelakkan kontak rapat dengan individu yang dijangkiti6, jauhi individu yang dijangkiti daripada orang ramai4, mengikuti amalan kebersihan yang baik dan mendapatkan vaksinasi2.
Vaksinasi ini adalah langkah yang agak berkesan untuk mencegah penularan cacar air. Vaksinasi disyorkan untuk kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang belum divaksinasi2.
#2. Sekali seumur hidup, virus tidak boleh diaktifkan semula
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(3)
Salah satu mitos tidak benar tentang cacar air ialah ia tidak boleh menyerang pada kali kedua sekiranya seseorang individu pernah terjangkit sebelum ini. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh aplikasi theAsianparent, 40% ibu ayah mempunyai tanggapan salah tentang cacar air manakala 44% ibu ayah tidak pasti sama ada jangkitan cacar air memberikan anda imuniti seumur hidup.
Virus Varicella Zoster tidak aktif dalam badan kita dan kekal dalam saraf selama bertahun-tahun. Jika virus itu kembali menjadi aktif, ia boleh menyebabkan kayap4.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(5)
Walaupun majoriti ibu ayah yang menjawab tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent tidak pernah dijangkiti kayap semasa dewasa, kita masih perlu berhati-hati kerana penyakit ini mempunyai komplikasi yang lebih serius berbanding cacar air.
#3. Relaks, tak bahaya pun
Jangan sekali-kali memandang rendah penyakit cacar air. Ini kerana komplikasi cacar air lebih mudah terdedah kepada orang tua, bayi baru lahir, ibu mengandung dan orang yang mengalami gangguan sistem imun1,4.
Anda ingin tahu apakah komplikasi-komplikasinya1,4?
- Dehidrasi
- Radang paru-paru (terutamanya pada perokok yang menghidap cacar air)
- Keradangan otak
- Jangkitan kuman pada kulit atau aliran darah
#4. Tidak boleh mandi
“Jangan mandi, cacar air akan menjadi lebih teruk!”
Penyataan itu hanyalah mitos cacar air yang tidak perlu dipercayai. Apakah faktanya? Rupa-rupanya, doktor sebenarnya mengesyorkan pesakit cacar air untuk mandi. Sebabnya jelas, supaya kebersihan badan terjaga, seterusnya meminimumkan risiko jangkitan lain. Bukan itu sahaja, mandi juga boleh mengurangkan kegatalan pada sesetengah pesakit6.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Untuk kes cacar air pada bayi atau kanak-kanak, mandikan dia dalam air suam (suam)6. Kemudian, bersihkan badan dengan sabun dan bilas dengan bersih.
Fakta cacar air
#1. Cacar air boleh merebak
Cacar air adalah oleh jangkitan virus Varicella zoster dan boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan udara apabila seseorang batuk dan bersin. Titisan yang dirembaskan ketika batuk dan bersin boleh mencemarkan permukaan dan objek, virus akan menyebar apabila seseorang menyentuh permukaan atau objek yang tercemar dan seterusnya menyentuh muka1,4.
#2. Cacar air juga boleh berlaku pada orang dewasa
Walaupun cacar air lebih kerap berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, orang dewasa yang tidak pernah dijangkiti cacar air dan mempunyai hubungan langsung dengan penghidap juga berisiko dijangkiti1,4.
Selain itu, orang dewasa yang tidak pernah menerima vaksin cacar air, dan mempunyai imuniti yang rendah juga akan terdedah kepada jangkitan1,4.
#3. Cacar air hanya dialami sekali seumur hidup
Dalam kebanyakan kes, jika anda pernah menghidap cacar air sebelum ini, anda tidak akan mendapat cacar air lagi kerana sistem imun anda telah dibina untuk menentang virus itu seumur hidup1,4.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent(7)
Selepas cacar air sembuh, virus akan “berdiam” (tidak aktif) dalam tisu saraf. Apabila sistem imun seseorang rendah, virus boleh diaktifkan semula dan jangkitan kayap mungkin berlaku1,4.
#4. Cacar air boleh menyebabkan jangkitan kuman
Cacar air adalah jangkitan virus yang boleh hilang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, ia sering berlaku pada kanak-kanak kerana gatal-gatal yang timbul, mereka cenderung menggaru hingga menyebabkan jangkitan kuman yang biasanya memerlukan ubat tambahan dalam bentuk antibiotik1,4.
#5. Cacar air boleh menyebabkan komplikasi yang serius
Untuk sesetengah orang, cacar air berbahaya dan menyebabkan komplikasi yang serius. Keadaan ini boleh dialami oleh bayi, orang dewasa, orang yang mempunyai jangkitan paru-paru, atau orang yang mempunyai imuniti yang rendah1,4.
Komplikasi yang boleh berlaku termasuk meningitis, radang paru-paru, ensefalitis atau (keradangan otak) cerebellar ataxia (pergerakan sukarela akibat kerosakan pada cerebellum otak, sumsum tulang, atau saraf periferal) dan juga kematian1,4.
Cara mencegah anak-anak daripada terkena jangkitan cacar air
Penyakit cacar air boleh dicegah melalui beberapa cara. Antara salah satunya ialah vaksinasi1.
Vaksinasi ialah salah satu langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan ini serta juga memastikan ianya tidak menular kepada orang lain2.
Ini penting terutamanya kepada kanak-kanak kecil yang lebih mudah dijangkiti2.
Imunisasi penting untuk mencegah penyakit berbahaya
Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja
Imunisasi di Malaysia bermula di negeri-negeri Selat dan diberikan oleh guru besar dalam komuniti Melayu. Kemudian pada 1950, ia diperluaskan ke seluruh negara. Jika ada yang gagal melakukannya, denda sebanyak RM1,000 akan dikenakan8.
Semoga dengan pencerahan ini, ibu ayah di luar sana memahami tentang mitos dan fakta tentang cacar air.
MY-VVX-00115 Nov/2022
Reference:
- PORTAL MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 20 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Chickenpox (Varicella). Available From: https://www.cdc.gov/chickenpox/about/prevention-treatment.html. Last Accessed 20 August 2022.
- theAsianparent Survey. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa apabila dijangkiti Chickenpox, anda akan mendapat imuniti seumur hidup?. Retrieved on 30 August 2022.
- National Health Service Scotland. Chickenpox. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/chickenpox#treating-chickenpox. Last Accessed 22 August 2022.
- theAsianparent Survey. Pernahkah anda mendapat Kayap ketika dewasa sebelum ini?. Retrieved on 30 August 2022.
- Health Service Executive. Chickenpox. Available From: https://www2.hse.ie/conditions/chickenpox/. Last Accessed 22 August 2022.
- theAsianparent Survey. Bolehkah virus Chickenpox kekal tidak aktif di dalam badan sehingga anda dewasa?. Retrieved on 2 September 2022.
- Sulaiman FI & Ariffin K. Penggunaan Vaksin Era Kolonial Di Selangor (The Use of Colonial Era Vaccine In Selangor). Asian Journal of Environment, History and Heritage [Internet]. 2021;5(1).
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!