X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Badan Lesu & Cepat Penat Ketika Hamil Perkara Biasa, Tapi Jika Teruk Anda Mungkin Hidap Anemia

9 min bacaan
Badan Lesu & Cepat Penat Ketika Hamil Perkara Biasa, Tapi Jika Teruk Anda Mungkin Hidap Anemia

Badan lesu dan cepat penat ketika mengandung merupakan masalah biasa berlaku. Namun usah ambil ringan, ia boleh bahayakan ibu dan bayi

Badan lesu, cepat penat dan hilang selera makan adalah perkara biasa terjadi apabila seseorang wanita disahkan mengandung. Ada yang mengaitkannya dengan faktor alahan, namun sebenarnya ada beberapa punca perkara ini terjadi.

Tidak dinafikan bahawa gejala kehamilan seperti loya, muntah dan pening boleh berlarutan sehingga anda memasuki trimester kedua kehamilan.

Isi Kandungan

  • Punca badan lesu dan cepat penat ketika hamil
  • Badan cepat letih dan mengantuk simtom awal kehamilan
  • Cara menghilangkan rasa letih dan lesu
  • Jadual bacaan gula dalam darah ibu hamil
  • Paras gula rendah boleh buat ibu rasa nak pitam
  • Simtom awal kehamilan yang ramai tidak sedar
  • Jenis keputihan semasa hamil
  • Langkah mengatasi masalah ketika kehamilan
  •  
  • Bila anda patut risau

Punca badan lesu dan cepat penat ketika hamil

Jangan terlalu khuatir ibu, kerana anda tidak keseorangan. Sememangnya agak sukar untuk meneruskan tugas seharian apabila badan lesu dan tidak berdaya.

cepat penat, punca cepat penat, kenapa selalu rasa penat, kenapa cepat penat, badan cepat letih, badan cepat letih dan mengantuk, penat bekerja, cepat letih, punca cepat mengah, cepat penat dan mengah

Sepanjang kehamilan terutamanya trimester pertama, badan cenderung bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi.

Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun.

Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih dan punca cepat penat. 

Badan perlu bekerja lebih banyak daripada biasa, jadi memang tidak pelik jika ibu rasa badan lesu, cepat letih dan mengantuk. Tidak kira sama ada anda wanita bekerja atau suri rumah, letih dan penat tidak memilih sesiapa. 

Bila badan lesu, otak akan memberi signal untuk berhenti berbuat apa saja. Jadi ada kalanya orang anggap ibu hamil ini seperti pemalas sedangkan ada sebab kenapa badan cepat letih dan mengantuk.

Antara sebabnya termasuklah:

#1. Peningkatan hormon progesteron

Hormon ini membuatkan badan cepat letih dan mengantuk ketika mengandung. Selain itu, ia turut menjejaskan kualiti tidur ibu mengandung kerana anda mungkin terpaksa berdepan episod ulang alik ke tandas kerana kerap buang air kecil.

#2. Tenaga hilang sepanjang hari

Alahan ataumorning sickness berlaku sepanjang hari kepada ibu mengandung. Mual dan muntah yang keluar akan turut mengurangkan tenaga ibu.

Kesannya, ia boleh menjejaskan emosi ibu mengandung. Bayangkan selama ini anda boleh melakukan pelbagai tugasan dengan mudah, namun pembawakan anak memaksa ibu untuk lebih banyak berehat di katil!

#3. Perasaan cemas buat ibu tertekan

Emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan mempengaruhi keadaan fizikal. Mereka sering berasa tertekan dan cemas.

Antaranya bimbang dengan persiapan untuk menjadi ibu, tentang kehamilan dan perkembangan janin. Justeru anda perlu mengawal emosi ibu mengandung dengan baik bagi mengelakkan tekanan.

Sekiranya tidak dikawal, ia mungkin boleh menyumbang kepada depresi. Jadi elakkan emosi dan fikiran yang berlebih-lebihan ketika mengandung kerana ia bukan saja memudaratkan diri ibu malah bayi dalam kandungan. 

#4. Kurang zat besi

Salah satu sebab ibu keletihan mungkin disebabkan masalah anemia atau kekurangan zat besi. Bagi mengetahui kekurangan zat besi ibu perlu membuat pemeriksaan darah pada trimester pertama, kedua dan trimester ketiga.

Jika anda masih berada di tahap awal dan mengalami alahan teruk, berikut gaya pemakanan ibu hamil trimester pertama yang selamat untuk anda ikuti:

  • Makan apa sahaja secara sedikit, tetapi kerap.
  • Elakkan pengambilan makanan pedas dan berminyak yang menyebabkan ibu mudah muntah.
  • Pemakanan ibu hamil trimester pertama: Ambil susu ibu mengandung dan elakkan minuman berkafein.
  • Untuk kesegaran tambahkan halia, lemon atau asam di dalam minuman
  • Pemakanan ibu hamil trimester pertama: Minum banyak air kosong (air kosong sejuk, suam ataupun biasa)

#5. Penambahan beban

Penambahan beban biasanya berlaku terutama pada usia kehamilan memasuki trimester ketiga. Ibu akan sering berasa letih seperti ketika berada trimester pertama. Ia akan menjadi semakin teruk apabila bertambahnya berat bayi dan juga berat badan ibu.

Ada sesetengah ibu hamil yang mengalami pertambahan berat badan yang mendadak, jadi mereka akan sering berasa tidak selesa dengan keadaan itu sekaligus menyebabkan mereka banyak berfikir dan jadi cepat penat!

#6. Anemia

Anemia menyebabkan seseorang itu rasa nak pitam, lesu, badan cepat letih dan mengantuk. Manakala bagi anda yang masih belajar atau bekerja, akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran atau kerja.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low) . Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g. Perasan tak sebab itu bila ibu hamil buat checkup di Klinik Kesihatan doktor akan bising bila Hb low!

Badan cepat letih dan mengantuk simtom awal kehamilan

cepat penat, punca cepat penat, kenapa selalu rasa penat, kenapa cepat penat, badan cepat letih, badan cepat letih dan mengantuk, penat bekerja, cepat letih, punca cepat mengah, cepat penat dan mengah

Pada beberapa minggu pertama, ramai wanita tidak menyedari bahawa diri mereka kerap letih, pening dan emosi tidak stabil sebenarnya simtom awal kehamilan.

Simtom awal kehamilan melibatkan perubahan hormon yang berlaku pada masa ini memerlukan anda hadkan tugasan seharian dan banyakkan berehat di katil.

Adalah normal untuk anda rasa keletihan semasa bulan-bulan pertama kehamilan. Antara simptom keletihan melampau adalah:

  1. Hilang motivasi untuk bekerja
  2. Gangguan penyakit seperti diabetes ketika hamil, jangkitan penyakit ataupun masalah jantung
  3. Sukar untuk tidur meskipun tubuh berasa letih
  4. Simptom keletihan melampau: Suhu badan meningkat
  5. Rasa letih yang melampau meskipun melakukan aktiviti ringan seperti membaca buku atau berjalan di pusat membeli-belah

Masalah cepat letih dan badan lesu adalah normal pada trimester ketiga dan dialami oleh hampir 60 peratus wanita hamil.

Walau bagaimanapun, jika masalah keletihan melampau ini berlarutan, anda mungkin berdepan penyakit Sindrom Keletihan Kronik atau Chronic Fatigue Syndrome. Pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu bagi mengesahkannya.

Cara menghilangkan rasa letih dan lesu

Anda mungkin sudah mengetahui kenapa sepanjang kehamilan ini tubuh cepat penat dan mengah. Justeru ada beberapa cara menghilangkan rasa letih dan lesu yang boleh anda cuba iaitu:

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

#1. Bertenang

Jika anda belum mempunyai anak kecil di rumah, nikmati peluang ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada menjaga diri sendiri.

Jika sudah mempunyai anak, ini bukan masanya untuk menjadi Supermom. Belajar bertenang dan jangan buat semuanya sekaligus.

Bila rumah bersepah, biarkan dulu jika tak larat. Jika tidak larat masak, beli saja di kedai berhampiran.

#2. Minta bantuan

Cara menghilangkan rasa letih dan lesu ketika mengandung adalah jangan teragak-agak untuk memberitahu keluarga jika rasa penat dan tidak larat. Tidak perlu paksa diri untuk nampak sempurna. 

#3. Jangan tidur terlalu lama

Tidur terlalu lama sepanjang hari juga boleh buat anda keletihan. Jadi elakkan tabiat ini, ia anda jadi lebih letih dan susah tidur pada waktu malam. 

#4. Pilih makanan yang sihat

Memberi tumpuan kepada makanan yang penuh dengan nutrien akan membantu memastikan tahap tenaga anda stabil sepanjang hari. Ikuti garis panduan untuk diet kehamilan yang baik, memberi tumpuan kepada tenaga berpanjangan yang terdapat dalam makanan yang menggabungkan protein dan karbohidrat kompleks. 

Pastikan anda mendapat kalori yang mencukupi. Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah kunci kepada kehamilan yang sihat.

#5. Kerap makan

Makan dalam jumlah kecil tetapi kerap akan membantu anda untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. 

Jadual bacaan gula dalam darah ibu hamil

Semasa anda hamil, sasaran paras glukosa darah yang disyorkan untuk anda adalah lebih ketat berbanding orang biasa yang menghidap diabetes.

Ini penting kerana paras glukosa darah yang di luar batasan dikaitkan dengan kadar komplikasi lebih tinggi untuk ibu mengandung dan bayi yang dikandung.

Bagi mengurangkan risiko komplikasi untuk wanita yang menghidap GDM, jadual bacaan gula dalam darah ibu hamil yang disyorkan ialah:

  • 5.3 mmol/L atau kurang semasa berpuasa
  • Jadual bacaan gula dalam darah ibu hamil sebelum makan atau 6.7 mmol/L atau kurang dua jam selepas makan.

Paras gula rendah boleh buat ibu rasa nak pitam

Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti. 

Antara gejala hipoglisemia adalah:

  • Badan terasa lemas dan melayang
  • Penglihata kabur
  • Tubuh berpeluh-peluh
  • Tangan terketar-ketar
  • Badan rasa lemah dan melayang
  • Rasa nak pitam
  • Punca pening kepala

Jika terdapat gejala hipoglisemia ini, anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera.

Simtom awal kehamilan yang ramai tidak sedar

Semasa awal kehamilan, tahap hormon progesteron meningkat dan metabolisme anda semakin tinggi. Ini boleh menyebabkan rasa mengantuk dan keletihan pada waktu siang. Jika anda mempunyai anak atau anak lain untuk dijaga, anda mungkin lebih letih.

Beberapa simtom awal kehamilan trimester pertama normal yang lain adalah:

  • Loya dan muntah
  • Simptom kehamilan trimester pertama: Kerap buang air kecil
  • Ketidakselesaan fizikal, seperti payudara lembut dan sakit belakang
  • Punca pening kepala
  • Simptom kehamilan trimester pertama: Kaki kejang
  • Pedih ulu hati
  • Berdengkur
  • Pengecutan rahim tidak teratur
  • Simptom kehamilan trimester pertama: Sesak nafas ketika hamil
  • Gangguan tidur, seperti pernafasan yang tidak teratur tidur, juga boleh menjadi lebih teruk semasa kehamilan.
  • Keputihan semasa hamil trimester pertama

Jenis keputihan semasa hamil

Keputihan semasa hamil trimester pertama atau dikenali sebagai leukorrhea adalah masalah yang normal ketika mengandung.

Jenis keputihan semasa hamil yang biasa berlaku adalah:

  • Tekstur nipis
  • Tidak berwarna atau putih susu
  • Keputihan semasa hamil trimester pertama: Berbau ringan

Peningkatan kadar estrogen dan peningkatan aliran darah ke faraj menyebabkan kekerapan dan kadar keputihan semasa hamil trimester pertama semakin meningkat.

Langkah mengatasi masalah ketika kehamilan

Anda boleh mengambil langkah untuk menguruskan gangguan tidur semasa kehamilan. Sebagai contoh:

  • Tetapkan mood. Persekitaran yang gelap, tenang dan santai serta suhu yang selesa boleh membantu menggalakkan tidur. Tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari mungkin meningkatkan kualiti tidur anda.
  • Terus aktif. Aktiviti fizikal yang kerap semasa mengandung mungkin membantu anda tertidur dengan lebih mudah.
  • Mencegah pedih ulu hati. Makan makanan yang kecil dan kerap dan elakkan makan tiga jam sebelum tidur. Tidur mengiring ke kiri dengan kepala ditinggikan juga boleh meredakan gejala pedih ulu hati.

 

cepat penat

Bila anda patut risau

Penat memang perkara biasa bagi ibu hamil. Tapi anda perlu berjumpa doktor sekiranya anda tetap penat walaupun tidak berbuat apa-apa. Mungkin ada masalah lain yang sedang anda alami. Jadi jumpalh doktor jika:

  • Kepenatan yang diikuti rasa lapar dan haus secara berterusan kerana ia adalah tanda-tanda yang anda mungkin alami diabeters gestasional.
  • Penat tidak hilang walaupun sudah berehat
  • Kepenatan yang diikuti dengan gejala demam, sakit leher dan juga pembengkakan kelenjar
  • Penat yang diikuti dengan mual, muntah dan kekerapan membuang air kecil yangs semakin kurang kerana ia adalah antara gejala kehamilan ektopik iaitu kehamilan luar rahim. 
  1. nhs.uk (February 1, 2021) Tiredness and sleep problems. www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/tiredness/
  2. mayoclinic (May 18, 2021). Pregnancy week by week. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sleep-during-pregnancy/art-20043827

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 Tanda Mengandung Anak Kembar, Penat Melampau Salah Satu Petandanya

Baca juga: Anak Yang Kerap Meragam Boleh Buat Ibu Penat & Stres, Ini 5 Cara Cipta Mood Si Manja

Baca juga: Doktor Ini Beri 9 Tips Kepada Ibu-Ibu Di Luar Sana…Rehatlah Jika Penat, Jangan Sampai ‘Burnout’!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Badan Lesu & Cepat Penat Ketika Hamil Perkara Biasa, Tapi Jika Teruk Anda Mungkin Hidap Anemia
Kongsikan:
  • Tahu Hamil Sejam Sebelum Melahirkan, Apa Itu Kehamilan Kriptik Dan Risikonya?

    Tahu Hamil Sejam Sebelum Melahirkan, Apa Itu Kehamilan Kriptik Dan Risikonya?

  • Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

    Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Tahu Hamil Sejam Sebelum Melahirkan, Apa Itu Kehamilan Kriptik Dan Risikonya?

    Tahu Hamil Sejam Sebelum Melahirkan, Apa Itu Kehamilan Kriptik Dan Risikonya?

  • Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

    Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.