Hilang selera makan semasa trimester pertama kehamilan adalah perkara yang sering dialami kebanyakkan wanita hamil. Jadi apa cara untuk meningkatkan nafsu makan ibu di awal kehamilan ya?
Gejala hilang nafsu makan, mual pada waktu pagi, dan sensitif kepada bau makanan adalah tanda kehamilan yang normal.
Namun, walaupun ini mengganggu keinginan untuk makan, ibu masih perlu meningkatkan berat badan semasa hamil untuk kesihatan tubuh serta janin.
Kehilangan nafsu makan saat trimester pertama kehamilan sering dialami banyak wanita. Jadi bagaimana untuk bantu tambah kembali selera anda?
Jumlah Penambahan Berat Badan Semasa Kehamilan

Peningkatan berat badan semasa hamil adalah bergantung kepada berat badan anda sebelum hamil, contohnya 11-16kg bagi yang mempunyai berat badan normal.
Sepanjang trimester pertama, sekiranya anda mengalami morning sickness, biasanya ibu hamil hanya bertambah 0.4-1.8kg malah ada juga yang mengalami penurunan berat badan.
Walau bagaimanapun, ibu tidak perlu risau ya. Di awal kehamilan, ukuran janin masih kecil bermaksud keperluan nutrisinya juga masih sedikit. Jadi selagi anda amalkan pengambilan vitamin prenatal dengan baik, anda dan bayi dalam kandungan masih dalam keadaan sihat.
Setelah habis trimester pertama, ibu disarankan menambah berat badan sebanyak 0.4kg seminggu. Sekiranya anda masih belum ada selera makan di awal trimester kedua, anda dinasihat berjumpa doktor bagi mendapatkan jadual diet yang sesuai.
Apa Yang Menyebabkan Ibu Hamil Hilang Selera Makan?

Kehilangan selera makan sering kali terjadi apabila ibu hamil rasa mual sepanjang kehamilan, di mana ia berlaku kepada 75% wanita hamil!
Rasa loya di pagi hari mungkin merupakan cara semulajadi tubuh anda untuk melindungi janin dari makanan yang berbahaya.
Peningkatan hormon estrogen dan hCG juga memainkan peranan menyebabkan mual semakin teruk, meningkatkan deria bau terhadap makanan serta mengurangkan selera makan anda.
Tips Meningkatkan Selera Makan Bagi Awal Kehamilan

1. Banyak Minum Air Kosong
Sepanjang kehamilan, pengambilan air yang cukup lebih penting dari makanan yang mengandungi kalori tertentu.
Pastikan anda minum 8-10 gelas sehari, dari semua sumber termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Minuman lemon atau halia suam juga merupakan alternatif terbaik sekiranya anda rasa mual untuk minum air kosong.
2. Jangan Makan Berlebihan
Makan 6 bahaguan kecil dalam sehari akan memuaskan selera makan anda. Makan secara jarang dan dalam kuantiti banyak akan menyebabkan anda semakin mual dan hilang selera makan.
3. Makan Kudapan
Pada siang hari ketika anda mempunyai selera makan, makanlah sebanyak mungkin sumber protein dan karbohidrat komplek yang membuatkan paras gula stabil dan kenyang lebih lama.
Buah-buahan seperti pisang boleh menjadi pilihan yang baik, tambahkan sesenduk yogurt untuk menambah kalsium dan protein.

4. Elakkan Makanan Yang Berbau
Makanan jenis ini termasuklah hidangan pedas dan berlemak, makanan berproses seperti burger, kentang goreng, dan chicken nugget.
Untuk meningkatkan nafsu makan anda, cuba sesuatu seperti salad, ayam atau salmon panggang kerana ia lebih menyihatkan.
5. Suhu Makanan Yang Sesuai
Ramai wanita lebih suka makanan dan minuman yang sejuk semasa hamil, dan ada segelintir yang suka makanan panas. Pilih makanan yang memenuhi citarasa anda supaya mudah untuk anda makan.
6. Amalkan Pengambilan Vitamin
Sebaiknya anda amalkan pengambilan vitamin sebelum anda hamil, atau sekurang-kurangnya sebaik sahaja anda sedar sedang hamil. Ini akan mengisi keperluan nutrisi anda semasa anda tidak mempunyai selera makan.
Vitamin tambahan yang boleh diaambil adalah seperti B6, Diclegis dan kombinasi vitamin B dan antihistamin (ini dapat membantu mengurangkan masalah mual dan meningkatkan nafsu makan). Rujuk doktor sebelum anda mengambil vitamin tambahan ini ya ibu!
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Rimas Mulut Pahit Sampai Nak Makan Pun Tak Selera, Usah Bimbang! Ini Cara Atasinya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!