X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

7 Tanda Awal Kehamilan Berdasarkan Pengalaman Ibu-Ibu Sendiri, No.3 Paling Rare!

4 min bacaan
7 Tanda Awal Kehamilan Berdasarkan Pengalaman Ibu-Ibu Sendiri, No.3 Paling Rare!7 Tanda Awal Kehamilan Berdasarkan Pengalaman Ibu-Ibu Sendiri, No.3 Paling Rare!

Untuk wanita yang memang ternanti-nantikan zuriat mungkin lebih peka dengan tanda-tanda kehamilan awal. Bagi yang tidak, ini yang anda patut tahu!

Untuk wanita yang memang ternanti-nantikan zuriat mungkin lebih peka dengan tanda-tanda kehamilan awal. Berbeza dengan anda yang mungkin tidak tahu anda hamil sehinggalah tiba waktu haid anda lewat. 

Walau bagaimana pun selain haid yang datang lewat, ada banyak lagi tanda-tanda kehamilan awal yang anda boleh tahu. Dan ia tidak semestinya haid yang lewat atau alahan. 

Dan bagi yang tidak merancang kehamilan seterusnya atau merancang tapi mengalami haid yang tak menentu, sekiranya anda dapati anda punyai tanda-tanda kehamilan awal, maka anda seharusnya perlu lebih berjaga-jaga. Bimbang sekiranya terlebih aktif dan membuat kerja-kerja  berat anda mungkin merisikokan bayi dalam kandungan. 

Kali ini kami kumpulkan segala jenis tanda kehamilan awal oleh ibu-ibu yang pernah mengalaminya. Ada yang cukup rare, kalau boleh terjadi kepada mereka mungkin juga anda alami tanda yang sama. 

Tanda-tanda awal kehamilan yang dialami ibu-ibu

#. Berasa ekstra letih

Ya, memanglah hari-hari pun boleh jadi sangat memenatkan namun letih ketika hamil ni cukup berbeza tau. Lain macam sikit penatnya. Rasa seperti malas pun ada. Waktu saya hamil dulu saya boleh tidur di mana-mana sahaja! Walaupun suami sedang bertukang di sebelah (waktu awal-awal pindah rumah baru). 

#2. Senggugut teruk

tanda-tanda awal kehamilan

Ada ibu-ibu yang keliru dengan senggugut nak datang haid. Sebab sakitnya memang sama saja seperti anda nak period setiap bulan. Seperti kata Sarah Voon, ibu kepada bayi 1 tahun ini “saya mengalami senggugut teruk sehingga saya pergi ke hospital, namun sebaik tiba doktor menyarankan untuk membuat ujian kehamilan (UPT test) dan kemudian saya disahkan mengandung!”

#3. Sopak garam, urticaria

tanda-tanda awal kehamilan

Ini dialami oleh ibu kepada dua orang anak yang bernama Lala Anuar. “Saya alami sopak garam ini pada awal kehamilan, sebelum saya tahu yang saya hami lagi dah kena gatal-gatal ni. Puas menggaru macam monyet pun ada, sehinggalah nak masuk trimester ke dua, baru saya tahu saya mengandung. Tapi gatal-gatal ni berlarutan sehingga saya bersalin. Seksa sungguh,” kata Lala. 

#4. ‘Backne’ 

Anda tahu istilah ‘backne’? Itulah nama panggilan yang molek sikit untuk back acne atau jerawat badan! Ya, ini juga antara salah satu tanda kehamilan tau. Bagi anda yang sebelum ini tak pernah kena dan tiba-tiba pula penuh satu belakang badan tu dengan jerawat, bolehlah check segera. Hormon memang memainkan peranan penting ketika kehamilan, jadi tidak mustahil untuk wajah juga dipenuhi jerawat terutama pada awal kehamilan. “Belakang badan saya terutama di belakang bahu penuh dengan jerawat, pada awalnya saya pelik juga namun apabila diselangi dengan rasa mual juga apabila period saya lewat, saya dan boleh agak yang saya hamil,” kata Anis Hanini, seorang ibu kepada anak lelakinya yang berusia 2 tahun. 

#5. Susah tidur dan rasa seperti nak demam

Ini juga antara tanda-tanda kehamilan awal. Badan terasa panas sampai susah nak tidur. Ada kalanya rasa seperti nak demam. Ini dialami oleh ibu yang bernama Azleen Asyiqin, katanya dia jarang susah tidur, dan waktu hari pertama dia sepatutnya datang period dia terus check ujian kehamilan dan ia positif! 

#6. Payudara bengkak

Ini juga antara simptom yang sama seperti nak datang period. “Tapi bengkak payudara tanda hamil ini saya perasan bengkaknya lebih terasa dan juga rasa payudara lebih penuh,” kata ibu kepada 3 orang anak, Syazlin Pilus. Ada juga kemungkinan bahagian areola tampak lebih gelap dan puting payudara menonjol keluar. Ini antara tanda kehamilan awal selain anda lewat datang haid. 

#7. Lenguh pinggang/sakit punggung

Tidak mustahil ada ibu-ibu yang sudah merasa lenguh-lenguh pinggang pada awal kehamilan. Memang selalunya trimester kedua atau ketiga baru akan mengalami sakit pinggang atau sciatica. Tapi jika anda mengalaminya pada trimester pertama janganlah panik pula, anda boleh dapatkan nasihat doktor. 

tanda-tanda awal kehamilan

Adakah anda punyai tanda-tanda hamil seperti di atas? Kalau ada tak salah nak buat dulu ujian kehamilan di rumah. Namun seeloknya pakar ginekologi menyarankan agar tunggu period anda lewat dalam 5 hingga 7 hari untuk mendapatkan keputusan yang tepat! Jika awal kehamilan lagi boleh lagi bagus, ada juga pakar menyatakan kalau hamil anak kembar ujian kehamilan dilakukan awal pun boleh nampak jelas!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-awal-kehamilan-bagi-haid-tidak-teratur

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • 7 Tanda Awal Kehamilan Berdasarkan Pengalaman Ibu-Ibu Sendiri, No.3 Paling Rare!
Kongsikan:
  • 10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

    10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

  • Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

    Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • 10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

    10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

  • Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

    Tanda Anda Hamil 1 Hingga 12 Minggu! Tak Semestinya Loya, Muntah-Muntah Saja Ya

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.