Setiap ibu ayah akan berasa sungguh teruja menantikan kehadiran cahaya mata, lebih-lebih lagi ia adalah anak pertama. Bukan itu sahaja kebanyakan pasangan juga tidak sabar untuk mengetahui jantina anak dalam kandungan. Sebenarnya ada beberapa tanda hamil anak perempuan yang boleh anda semak.
Meskipun teknologi kehamilan ketika ini semakin canggih, namun ada sesetengah janin berasa ‘malu’ sehingga enggan menunjukkan alat sulitnya ketika melalui teknik imbasan.
Tanda hamil anak perempuan mengikut petua orang dulu-dulu
credit to sources
Bagi kebanyakan ibu, anda pastinya lebih gemar memiliki anak perempuan. Manakala ayah pula menginginkan anak lelaki. Apa yang penting adalah tidak terlalu mengharap dan hanya berdoa agar kandungan baik-baik sahaja. Berikut tanda mengandung anak perempuan:
#1. Mengalami alahan yang teruk
Alahan atau morning sickness adalah keadaan yang berbeza bagi wanita mengikut tahap keupayaan tubuh masing-masing. Ada ibu hanya mengalami gejala ringan iaitu pada awal kehamilan atau waktu pagi sahaja dan ada juga sehingga kandungan mencecah trimester ketiga.
Jika ia terjadi sangat teruk berbanding ibu-ibu lain, ia disebabkan oleh kadar estrogen yang tinggi kerana mengandung bayi perempuan.
#2. Selalu mengidam makanan manis
Tanda hamil anak perempuan yang seterusnya anda sering kali mengidam makanan manis seperti buah, pencuci mulut, kek, coklat atau aiskrim. Jika selera ibu adalah cenderung kepada makanan seperti ini berbanding makanan masam, anda mungkin sedang mengandung anak perempuan.
#3. Warna air kencing
Ada pendapat mengatakan bahawa warna air kencing ibu boleh menjadi penanda jantina bayi. Sekiranya ia berwarna kuning cair, anda mungkin mengandungkan bayi perempuan.
Keadaan ini berbeza dengan anak lelaki, air kencing anda mungkin kelihatan lebih pekat.
#4. Bentuk perut lebih bulat
Terdapat satu teori mengatakan bahawa jenis jantina bayi dalam kandungan juga boleh diketahui dari keadaan perut ibu. Secara spesifiknya, ibu mengandung anak perempuan jika kedudukan perut kelihatan tinggi, sedikit di atas dan membulat.
Ini berbeza dengan anak lelaki, di mana kedudukan perut ibu kelihatan lebih rendah dan lonjong ke hadapan.
#5. Ukuran payudara yang berbeza
credit to sources
Salah satu perubahan yang akan terjadi pada ibu ketika berada trimester kehamilan adalah perubahan bentuk payudara. Salah satunya, anda mungkin menyedari ukuran kedua-dua belah payudara membesar dengan saiz berbeza satu sama lain.
Menurut Made for Mums, ia boleh jadi petanda bahawa anda sedang hamil anak perempuan.
#6. Kulit muka berminyak dan berjerawat
Jika jerawat mula timbul dan kulit anda kelihatan berminyak, ibu mungkin sedang mengandung anak perempuan. Bukan itu sahaja orang dulu-dulu berpendapat jika wajah anda tidak berseri ketika berbadan dua, ini adalah kerana seri ibu telah diambil oleh anak perempuan yang ada dalam kandungan.
Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin terjadi akibat perubahan hormon.
#7. Emosi jadi tidak stabil
Jika ibu mengalami ketidakstabilan emosi yang kerap dan melampau, ia mungkin adalah tanda hamil anak perempuan. Perasaan ini boleh berubah secara tiba-tiba seperti cepat marah, sedih dan gembira.
Sesetengah pendapat mengatakan ketika mengandungg, kadar estrogen dalam tubuh ibu adalah lebih tinggi sehingga anda menjadi lebih sensitif.
#8. Rambut gugur dan menjadi nipis
Semasa mengandung, jika rambut anda menjadi semakin nipis sehingga kelihatan kusam tidak bermaya, sesetengah orang tua berpendapat bahawa anda mungkin ini merupakan tanda anda mengandung anak perempuan.
Ini berbeza jika hamil anak lelaki, rambut ibu akan kelihatan lebih lebat dan bersinar.
#9. Berat badan suami bertambah
credit to sources
Ada juga pendapat mengatakan bahawa jika ibu sedang mengandung bayi perempuan, berat badan pasangan akan mengalami pertambahan seiring usia kandungan.
#10. Bentuk hidung ibu berubah
Sesetengah orang akan melihat bentuk hidung si ibu bagi mengetahui jantina bayi yang dikandung. Sekiranya kelihatan lebih lebar dan kembang, ia adalah tanda kandungannya bayi lelaki.
Manakala jika tiada perbezaan dengan keadaan hidungnya sebelum mengandung, ini mungkin tanda anda hamil anak perempuan.
#11. Kedudukan sewaktu tidur
Ibu mungkin menyedari anda ada corak tidur yang tersendiri setelah berbadan dua. Misalnya, anda cenderung mengiring menghala ke kanan ataupun ke kiri sewaktu melelapkan mata.
Jika ibu cenderung untuk mengiring ke kanan, anda dikatakan mengandung anak perempuan dan jika lebih ke kiri, ia berkemungkinan anak lelaki.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!
Baca juga: Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!