TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tanda Mengandung Anak Lelaki Tanpa Perlu Scan, Ibu Perhatikan 12 Perkara Ini

7 min bacaan
Tanda Mengandung Anak Lelaki Tanpa Perlu Scan, Ibu Perhatikan 12 Perkara Ini

Tanda hamil anak lelaki sering dilihat melalui bentuk perut ibu mengandung. Namun sebenarnya anda boleh perhatikan beberapa yang perkara lain

Pertama kali merasa gerakan bayi dalam perut, pasti ibu akan rasa teruja dan tak sabar menanti kelahiran cahaya mata. Namun ada beberapa tanda hamil anak lelaki yang boleh ibu perhatikan sepanjang kehamilan.

Apabila memasuki trimester kedua, kebanyakan ibu biasanya akan melakukan imbasan kandungan di klinik bagi melihat jantina bayi bagi memudahkan penyediaan keperluan si manja.

Isi Kandungan

  • Tanda hamil anak lelaki
  • Mengandung anak lelaki suka makan apa
  • UPT terang tanda anak lelaki
  • Posisi tidur hamil anak lelaki 

Tanda hamil anak lelaki

Pasti anda teringin nak tahu jantina bayi. Apa agaknya tanda mengandung anak lelaki menurut Islam?

Malah makin ramai juga orang-orang kampung yang sibuk tanya “bayi lelaki ke perempuan“? atau “nampak bird bird atau nampak burger?”. Bunyi macam kelakar tapi itulah hakikat anda harus hadapi apabila bakal bergelar mak-mak.

Namun, tanda mengandung anak lelaki menurut Islam ini ada banyak versi yang boleh dipercayai dan ada betulnya. Iyelah, zaman dulu kita tak secanggih kini di mana terdapatnya ultrasound yang mudah untuk ibu melihat jantina anak.

Antara tanda mengandung anak lelaki yang biasa dialami kebanyakan ibu adalah:

1. Posisi perut

Jika kandungan anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’, perut lebih ‘rendah’, kemungkinan anda hamil bayi lelaki. Jika perut kelihatan lebih ‘bulat’, lebih ‘tinggi’, maka kemungkinan ianya bayi perempuan.

2. Warna air kencing

Jarang sekali wanita melihat urinenya saat hamil, tapi ini boleh menjadi tanda khusus. Jika urine berwarna lebih gelap, maka anda sedang mengandung bayi lelaki.

3. Wajah dan Jerawat

Tanda hamil anak lelaki yang seterusnya adalah munculnya jerawat pada wajah.

Hormon semasa kehamilan memberikan peranan penting. Jika anda mudah mendapat jerawat, itu adalah petanda anda sedang mengandung bayi lelaki. Ada juga pendapat mengatakan jika muka berseri, kemungkinan hamil bayi lelaki.

4. Perut kecil

Banyak yang percaya, jika perut anda tidak terlalu besar saat kehamilan, maka anda hamil anak lelaki.

5. Ukuran payudara

Selama kehamilan ukuran payudara terus tumbuh membesar. Namun ketika mengandung anak lelaki, maka ukuran payudara sebelah kanan akan lebih besar daripada sebelah kiri manakala untuk anak perempuan adalah sebaliknya.

6. Suhu badan

Suhu tubuh wanita hamil memang berubah, dan cenderung lebih hangat. Namun jika pada kaki suhunya dingin, maka anda mengandung bayi lelaki.

7. Degupan jantung

Tanda hamil anak perempuan yang lain adalah degupan jantung. Ini menjadi petunjuk yang penting. Jika degupan jantung kurang 140 degupan per minit, maka bayi anda adalah lelaki. Kalau lebih cepat means perempuan.

8. Bulu / rambut tumbuh

Kecepatan pertumbuhan bulu dipengaruhi oleh hormon, jika kandungan anda adalah lelaki, maka pertumbuhan bulu / rambut lebih cepat, lebat dan berkilat. Jika rambut kelihatan nipis dan kering, kemungkinan ianya bayi perempuan.

9. Mengidam

Tanda hamil anak lelaki yang seterusnya adalah mengidam.

Wanita yang lazimya memiliki keinginan untuk makan yang masam, masin, or yang berprotein seperti daging kecenderungan akan memiliki bayi lelaki. Kalau minat lebih kepada makanan yang manis pula kemungkinan mengandung bayi perempuan.

10. Posisi tidur

Selama kehamilan, wanita sering cepat penat. Dan jika posisi tidur sering mengiring ke kiri, maka kemungkinan sedang mengandung anak lelaki manakala bayi perempuan sebaliknya (ke kanan)

11. Tangan

Saat mengandung anak lelaki, tangan akan sering kering dan cenderung menjadi pecah-pecah, walaupun sudah memakai pelembab. manakala jika mengandung anak perempuan, kulit lebih cenderung lembab.

12. Alahan

Kebiasaannya semasa mengandung bayi lelaki, ibu tidak mengalami / kurang mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan manakala jika bayi perempuan akan mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.

Sekiranya anda mengetahui jantina bayi, setidaknya ia membantu untuk membuat persiapan dari segi pakaian dan keperluan anak. Ada ketikanya, kita tidak boleh percaya pada ultrasound 100%, kerana berkemungkinan ia tidak tepat.

Seperti bila scan nampak lelaki tapi bila keluar jantina perempuan pula. Alahai kesian ibu.

Tapi tak mengapa, lelaki atau perempuan sama sahaja, asalkan anak sihat dan cukup sifat. Itu sudah cukup membahagiakan kedua-dua ibu bapa.

Mengandung anak lelaki suka makan apa

Mengandung anak lelaki suka makan apa boleh dilihat apabila ibu tiba-tiba kurang selera terhadap makanan manis, bahkan mungkin ingin mencuba sesuatu yang tidak digemari sebelum ini.

#1. Makanan yang masin

Better Me World mengatakan menurut Medical News Today, wanita yang sedang mengandung anak lelaki dipercayai mengidamkan makanan yang masin. Ini bermakna mereka akan mempunyai keinginan makanan seperti kerepek kentang, pretzel, kekacang dan juga ayam goreng.

Walau bagaimanapun, Medical News Today mengakui tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa dorongan makanan sedemikian boleh membantu menentukan jantina bayi. Sebaliknya, pakar mendedahkan bahawa beberapa faktor boleh menyebabkan keinginan makanan bergaram ini.

Ini termasuk kebosanan, keletihan, atau tekanan. Mereka juga boleh dikaitkan dengan turun naik hormon, yang normal semasa kehamilan.

#2. Jeruk atau makanan masam

Ciri ciri mengandung anak lelaki juga dapat dilihat apabila anda cenderung menyukai makanan masam seperti acar, jeruk ataupun asam kering.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Walau bagaimanapun, tiada bukti kajian yang menunjukkan bahawa keinginan makanan tidak dapat memberitahu jantina bayi dalam  kandungan.

Sebaliknya, keinginan kehamilan dikaitkan dengan faktor kompleks, seperti ketersediaan dan akses kepada makanan tertentu. Ini bermakna ibu mengandung yang suka makanan masam adalah kerana ia mudah diperoleh dan harganya murah.

Sebaliknya, WebMD juga mendedahkan bahawa keinginan jeruk yang luar biasa mungkin merupakan petunjuk badan anda meminta lebih banyak natrium. 

Walau bagaimanapun, anda masih perlu berunding dengan pakar pemakanan dan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum menambahkan makanan ini ke dalam pelan diet harian.

Ia mempunyai kandungan natrium yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk wanita hamil dengan tekanan darah tinggi atau masalah kesihatan kardiovaskular.

UPT terang tanda anak lelaki

Apabila menggunakan alat ujian kehamilan, mana-mana garisan dalam kawasan petunjuk ujian dianggap sebagai ujian kehamilan positif, walaupun lebih ringan daripada garis kawalan. Garisan yang lebih gelap biasanya garis kawalan.

Ia bukan tanda masalah dengan kehamilan atau ujian kehamilan, dengan mengandaikannya muncul dalam had masa ujian. Ini tidak bermakna kehamilan anda dalam bahaya.

Ia mungkin kerana pada masa anda menguji tahap hCG anda (hormon kehamilan yang diukur oleh ujian) cukup tinggi untuk mencetuskan ujian tetapi tidak setinggi selepas kehamilan.

Tidak semestinya UPT terang tanda anak lelaki. Adalah sukar untuk buktikan kaitannya dengan jantina kerana usia kehamilan yang terlalu awal.

Posisi tidur hamil anak lelaki 

Anda mungkin pernah mendengar bahawa posisi tidur ibu mengandung boleh menunjukkan jantina bayi anda. Ini hanyalah mitos.

Tiada kajian menunjukkan bahawa posisi tidur ibu hamil mempunyai kaitan dengan jantina bayi anda.

Cara-cara memastikan posisi tidur ketika mengandung yang selesa mengikut trimester:

#1. Trimester pertama

Tidur dalam mana-mana kedudukan biasanya baik pada awal trimester. Tetapi jika anda ingin membiasakan diri dengan mengiring, cuba letakkan bantal di antara kaki anda. Ini boleh mengurangkan ketidakselesaan pada pinggul dan bahagian bawah badan anda.

Dan jika ingin menjadi sedikit lebih baik, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan bantal ibu mengandung.

#2. Trimester kedua

Apabila perut membesar, anda perlu memastikan tilam agak kukuh supaya punggung tidak kendur. Jika terlalu lembut, anda boleh pertimbangkan untuk menyelitkan papan di antara tilam dan spring kotak.

Pilih bantal kehamilan dengan bentuk U atau C untuk mendapatkan tidur yang lebih lena.

#3. Trimester ketiga

Teruskan guna bantal kehamilan untuk sokongan. Jika anda mendapati ia agak menyusahkan dengan perut yang semakin membesar, pertimbangkan bantal baji. Anda boleh melekatkannya di bawah perut dan di belakang untuk mengelakkan berguling.

Jika anda tidak dapat membiasakan diri untuk tidur mengiring, cuba gunakan bantal untuk menopang bahagian atas badan anda pada sudut 45 darjah. Dengan cara ini, anda tidak terlentang.

 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Berpotensi Dapat Baby Lelaki Jika Ibu Hamil Banyak Makan Pisang, Menurut Kajian 

Baca juga: Cara Nak Tahu Mengandung Atau Tak, Semak 7 Perkara Ini Dulu Sebelum Guna Pregnancy Test

Baca juga: Hb Normal Ibu Hamil Mengikut Usia Kehamilan, Jika HB Rendah Boleh Bahayakan Ibu & Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tanda Mengandung Anak Lelaki Tanpa Perlu Scan, Ibu Perhatikan 12 Perkara Ini
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham