X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kebaikan Minum Air Kosong Yang Cukup Ketika Hamil, Elak Ibu Cepat Penat & Dehidrasi

4 min bacaan
Kebaikan Minum Air Kosong Yang Cukup Ketika Hamil, Elak Ibu Cepat Penat & Dehidrasi

Kebaikan minum air kosong untuk ibu mengandung dapat mengelakkan masalah dehidrasi dan bengkak pada bahagian kaki

Semasa melalui perjalanan kehamilan, pemakanan antara elemen yang dititikberatkan agar menyokong perkembangan janin dalam kandungan. Namun ibu juga perlu tahu akan kebaikan minum air kosong untuk mencegah sebarang komplikasi.

Seiring pertambahan usia kehamilan, keperluan minum air putih semakin bertambah. Ini adalah supaya ibu-ibu kekal terhidrat serta tidak mudah penat.

Kebaikan minum air kosong untuk ibu hamil

ibu mengandung minum air

Bagi ibu yang tidak tahu mungkin akan tertanya perlu minum air berapa liter sehari? Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) dan Institut Perubatan mengesyorkan agar anda mengambil kira-kira 10 cawan 8-auns air atau minuman lain setiap hari.

Namun keperluan minum air ini adalah berbeza-beza mengikut tahap aktiviti anda, saiz tubuh badan dan cuaca.

Contohnya, anda mungkin memerlukan lebih banyak air putih daripada biasa apabila cuaca panas di luar atau jika sedang bersenam.

Antara kebaikan minum air kosong yang mencukupi ketika mengandung adalah:

#1. Menyokong sistem tubuh

Bagi melancarkan fungsi dan sistem tubuh, ia memerlukan anda minum air dengan kuantiti mencukupi. Ini sekaligus membantu penghadaman, mengawal suhu badan dan mencipta hormon, 

#2. Mengekalkan kehamilan yang sihat

Badan memerlukan lebih banyak air semasa kehamilan atas beberapa sebab, termasuklah peningkatan metabolisme dan jumlah darah yang jauh lebih tinggi (untuk bekalkan bayi anda dengan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk membesar).

#3. Mengurangkan bengkak

Jika kaki dan buku lali anda bengkak, minum lebih banyak air sebenarnya boleh membantu. Sebenarnya, masalah ini berlaku disebabkan kurang minum sehingga terjadinya dehidrasi.

Namun jika bengkak berlebihan atau datang secara tiba-tiba, terutamanya di tangan, kaki, atau muka anda, segeralah merujuk doktor di klinik kerana dikhuatiri menjadi tanda praeklampsia.

#4. Mencegah sembelit atau buasir

Air yang mencukupi juga membantu mencegah masalah kehamilan biasa seperti sembelit dan buasir dengan memastikan usus anda bekerja dan najis menjadi lembut.

#5. Risiko jangkitan saluran kencing berkurang

ibu hamil minum air kosong

Minum air yang mencukupi dapat membantu anda membuang bakteria semasa kencing dan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.

Cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda mendapat air yang mencukupi: Air kencing anda sepatutnya kelihatan kuning pucat atau tidak berwarna, dan anda sepatutnya berasa dahaga hanya sekali-sekala.

Bagaimana untuk kekal terhidrat semasa kehamilan

  • Trimester pertama

Keperluan terhadap air kosong meningkat seiring kehamilan, jadi anda mungkin tidak perlu terlalu memikirkan berapa banyak air yang anda minum setiap hari,

Walau bagaimanapun, anda perlu mengawasi pengambilan air dengan teliti jika alahan menyebabkan anda muntah.

Badan anda kehilangan kedua-dua air dan elektrolit apabila anda muntah, yang boleh menyebabkan dehidrasi dengan cepat.

Selain itu pastikan ibu merujuk doktor sekiranya langsung tidak dapat minum air kerana loya dan muntah. Keadaan ini boleh menyebabkan anda kehilangan lebih daripada 5 peratus berat badan sebelum hamil.

Anda mungkin mengalami hiperemesis gravidarum, keadaan yang mungkin memerlukan kemasukan ke hospital dan infusi IV cecair dan elektrolit.

  • Trimester kedua

ibu mengandung minum air

Menjelang trimester kedua, loya dan muntah biasanya akan berkurangan. Ini bermakna apabila jumlah darah anda meningkat, ia juga meningkatkan keperluan terhadap air putih.

Walaupun 10 cawan air mungkin kelihatan seperti mustahil, ia boleh dilakukan jika anda meneguk sepanjang hari dan bukannya meneguk banyak sekali gus apabila anda dahaga.

Jika anda tidak menyukai rasa air masak, cuba tambahkan sekeping lemon atau limau nipis.

  • Trimester ketiga

Jumlah darah anda mencapai kemuncaknya pada minggu 32 hingga 34 kehamilan, meningkat sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum mengandung.

Itu menjadikannya sangat penting untuk kekal terhidrat pada trimester terakhir – terutamanya kerana dehidrasi boleh menyebabkan kontraksi Braxton Hicks yang mudah dikelirukan dengan kontraksi bersalin sebenar.

Tanda dan gejala dehidrasi

Adalah baik untuk mengetahui tanda-tanda dehidrasi, jadi anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Antara gejala dehidrasi termasuklah:

  • Dahaga yang melampau
  • Kekerapan kencing kurang
  • Air kencing yang kelihatan kuning gelap
  • Keletihan, kekeliruan, atau pening

Hubungi doktor anda jika anda bimbang anda mungkin mengalami dehidrasi teruk, terutamanya jika anda:

  • Tidak boleh menahan kencing
  • Keliru atau sangat mengantuk
  • Berdepan dengan usus berdarah atau najis hitam
  • Cirit-birit yang berlarutan selama lebih daripada 24 jam

Semoga bermanfaat!

Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sambung Belajar Ketika Hamil, Isteri Fizo Bersyukur Suami Dan Ibu Mentua Supportive

Baca juga: Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

Baca juga: Pantang Larang Semasa Mengandung Yang Perlu Suami & Isteri Ikut, Elak Bahaya Pada Bayi Dalam Kandungan

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kebaikan Minum Air Kosong Yang Cukup Ketika Hamil, Elak Ibu Cepat Penat & Dehidrasi
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham