Ibu hamil, wanita bekerjaya dan suri rumah sering mengadu tentang masalah sakit belakang yang berlarutan atau sentiasa akan jadi semula selepas tamat rawatan.
Tidak dinafikan rawatan daripada doktor pakar adalah yang paling penting tetapi semestinya anda tidak boleh sentiasa bergantung dengan ubat tahan sakit atau minyak panas setiap kali sakit belakang menyerang.
Kini di pasaran ada banyak produk untuk melegakan dan mengurangkan sakit belakang yang anda boleh pakai dan guna sebagai salah satu ikhtiar dan rawatan alternatif.
Masalah Sakit Belakang Ketika Hamil
Sakit belakang adalah masalah yang boleh dikatakan terpaksa dilalui oleh hampir semua ibu hamil. Serangan sakit belakang ketika hamil biasanya akan jadi lebih kerap dan teruk semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan.
Hal ini berlaku kerana tulang belakang terpaksa menampung berat badan ibu dan bayi dalam kandungan yang bertambah setiap minggu. Saiz bayi yang semakin membesar juga akan menekan saraf dan urat pada bahagian pelvis dan belakang badan ibu, membawa kepada masalah sakit pinggang ketika hamil.
Selain itu, perubahan hormon dalam diri ibu hamil juga merupakan punca kepada rasa sakit belakang ini. Hormon relaxin yang melembutkan otot dan sendi dalam badan ibu sebagai persediaan untuk bersalin akan membuatkan badan ibu kurang tahan pada rasa sakit.
Tambahan lagi, semasa mengandung, postur badan ibu akan berubah dalam ibu tidak sedar. Ini berlaku kerana badan ibu terpaksa menyesuaikan diri dengan bentuk badan baharu dengan pusat graviti yang baharu.
Pemilihan Produk Untuk Melegakan Sakit Belakang Ibu Hamil
Seperti yang kita maklum, semasa hamil, ibu tidak digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan dengan sewenang-wenangnya. Jadi, untuk melegakan sakit belakang, ibu (dan juga wanita lain) boleh menggunakan produk lain yang direka khas untuk melegakan atau mengurangkan sakit belakang.
Antara contoh produk yang terbukti berkesan ialah back support vest yang dipakai untuk membetulkan postur badan, belly support belt yang memegang perut ibu hamil yang semakin besar, kusyen untuk melegakan sakit belakang dan mengurangkan impak pada tulang punggung dan macam-macam lagi.
Yang penting, semasa membuat pemilihan produk terbaik untuk dicuba, pastikan yang produk itu boleh dibasuh, ringan untuk dipakai atau dibawa ke merata tempat, lembut pada kulit, tidak menyebabkan gatal-gatal ketika berpeluh dan yang paling penting, selamat untuk ibu hamil.
6 Produk Terbaik Untuk Melegakan Sakit Belakang
Terlalu banyak produk menarik untuk masalah sakit belakang ketika hamil yang ada di pasaran sekarang. Untuk memudahkan anda membuat pembelian yang paling berbaloi dan berkesan, kami senaraikan pendekkan 6 pilihan terbaik untuk anda cuba.
6 Produk Terbaik Untuk Melegakan Sakit Belakang
| Machi Memory Foam Lumbar Support Pillow Terbaik Untuk Mengurangkan Sakit Belakang Dan Pinggang Ketika Hamil | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Coccyx Seat Cushion Orthopedic Terbaik Untuk Melegakan Sakit Pada Tulang Pelvik | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Posture Corrector Back Support Brace Terbaik Untuk Postur Badan Yang Betul | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Intelligent Posture Corrector Back Spine Support Terbaik Untuk Sakit Belakang Dengan Penggera Peringatan | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| 3 in 1 Maternity Supporting Belt Terbaik Untuk Mengurangkan Beban Pada Tulang Belakang | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Pregnant Women Belly Support Belt Terbaik Untuk Mengagihkan Tekanan, Punca Sakit Belakang | | View Details | BELI DI SHOPEE |
Terbaik Untuk Mengurangkan Sakit Belakang Dan Pinggang Ketika Hamil
Bantal ini menggunakan material memory foam pillow yang berubah bentuk mengikut bentuk badan kita. Berbeza dengan bantal biasa berbentuk segi empat sama, lumbar support pillow ini mempunyai bentuk yang ergonomik mengikut lengkuk pada bahagian lower back.
Cara menggunakannya amat mudah dimana anda hanya perlu letakkan batal ini pada kerusi tanpa penyandar berkusyen, dan duduk seperti biasa. Bantal ini adalah penyelesaian terbaik untuk wanita bekerjaya yang duduk di kerusi pejabat atau kerusi menjahit sepanjang hari.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai getah untuk pastikan lumbar support pillow ini terletak kemas pada kerusi.
- Datang dengan sarung bantal yang boleh dibasuh sama ada jenis kain berjaring atau velvet.
- Tidak menyebabkan belakang berpeluh walaupun digunakan di ruang tanpa penyaman udara.
Terbaik Untuk Melegakan Sakit Pada Tulang Pelvis
Tekanan pada tulang pelvis akibat duduk terlalu lama boleh dilegakan dengan penggunaan kusyen ini. Sama seperti produk sebelum ini, kusyen ini juga direka menggunakan memory foam berkualiti tinggi yang akan berubah bentuk mengikut bentuk dan berat badan anda.
Kusyen ini bertindak sebagai penyerap beban atau tekanan pada bahagian bawah badan semasa duduk. Jadi, anda tidak akan rasa sakit pada bahagian lower back dan tulang pelvis walaupun berat badan anda sudah bertambah apabila memasuki trimester ketiga.
Apa yang kami suka:
- Berbentuk “U" yang mimik bentuk punggung dan peha ketika duduk.
- Juga boleh diletakkan pada kerusi meja makan yang tidak mempunyai kusyen.
- Selesa untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai berat badan sehingga 100kg.
Terbaik Untuk Postur Badan Yang Betul
Produk ini adalah pilihan yang baik untuk bantu anda baiki postur badan dan melegakan sakit belakang. Anda hanya perlu memakai produk ini seperti memakai vest, dan lakukan aktiviti harian seperti biasa.
Secara tidak langsung, anda akan tersekat daripada melakukan tabiat cara duduk yang salah seperti tunduk menghadap komputer terlalu lama atau duduk dalam keadaan membongkok. Amalkan rawatan alternatif ini setiap hari agar lama-kelamaan badan anda dapat berada dalam postur yang betul.
Apa yang kami suka:
- Vest atau brace ini tidak mempunyai tali yang perlu diikat pada bahagian perut, menjadikannya sesuai untuk perut ibu hamil yang kian membesar.
- Tali yang mengelilingi ketiak boleh dilaraskan dengan mudah tanpa bantuan orang lain.
- Tidak terlalu tebal dan sesuai untuk dipakai di dalam baju.
Terbaik Untuk Sakit Belakang Dengan Penggera Peringatan
Produk untuk melegakan sakit belakang ini terbukti berkesan untuk memperbaiki postur yang menyebabkan sakit belakang dan bahu. Apabila anda memakai vest ini dengan ketat, ia akan menyekat anda daripada membongkok.
Yang menariknya lagi dengan vest ni, ia mempunyai penggera peringatan yang akan berbunyi jika ia mengesan badan anda tidak berada dalam keadaan tegak. Yang penting, jangan lupa untuk caj semula vest ini selepas lebih kurang 15 hari menggunakannya.
Apa yang kami suka:
- Apabila dipakai di bawah baju ia tidak akan menunjukkan kesan.
- Tali pengikat ini dibuat daripada nylon mudah memeri yang tahan lasak.
- Juga boleh dipakai oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah postur dan sakit belakang.
Terbaik Untuk Mengurangkan Beban Pada Tulang Belakang
Set tali pinggang ini direka khas untuk mengurangkan beban pada tulang belakang ibu hamil. Ini adalah kerana tali pinggang ini akan memeluk dengan kemas perut ibu yang semakin membesar itu.
Memandangkan ia datang dengan set 3 dalam 1, anda bebas untuk memilih kombinasi tali pinggang yang sesuai dengan saiz perut anda. Jangan risau, perut anda tidak akan ditekan oleh tali pinggang ini.
Apa yang kami suka:
- Tidak membuatkan perut terasa senak apabila memakainya, walaupun semasa trimester ketiga.
- Tali pinggang yang sangat elastik dan mudah untuk dilaraskan sendiri.
- Juga boleh dipakai sebagai bengkung semasa berpantang selepas bersalin.
Terbaik Untuk Mengagihkan Tekanan, Punca Sakit Belakang
Menjelang trimester ketiga, perut ibu hamil akan bertambah berat dan tulang belakang terpaksa menampung berat berlebihan ini. Jadi, waist supporter ini bertindak sebagai alat yang menampung berat perut tadi, dan mengagihkan tekanan dan berat secara sekata.
Ibu hamil hanya perlu sarungkan tali pada bahagian bahu dan ikat waist supporter pada bahagian perut. Ketatkan tali bahu sehingga ibu rasa selesa dan kemas. Produk ini menggunakan konsep yang sama seperti bra, tetapi untuk perut.
Apa yang kamu suka:
- Tali bahu yang lebar sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari.
- Perut tidak terasa gatal-gatal walaupun berpeluh.
- Sangat berkesan mengurangkan rasa sakit belakang dan buat perut terasa ringan.
Perbandingan Harga Produk Sokongan Untuk Legakan Sakit Belakang
|
Jenama
|
Harga (RM)
|
Machi Memory Foam Lumbar Support Pillow |
RM18.90 |
Coccyx Seat Cushion Orthopedic |
RM20.06 |
Posture Corrector Back Support Brace |
RM9.88 |
Intelligent Posture Corrector Back Spine Support |
RM17.99 |
3 in 1 Maternity Supporting Belt |
RM19.88 |
Pregnant Women Belly Support Belt |
RM26.60 |
Senaman Ibu Mengandung Yang Mudah Untuk Diamalkan Setiap Hari
Semasa hamil, amat penting untuk anda kekal aktif dan bersenam. Apabila kita bersenam, jantung akan menjadi lebih kuat, badan akan menjadi lebih sihat dan minda akan menjadi lebih tenang.
Jangan risau jika anda tidak mempunyai teman untuk bersenam kerana anda boleh amalkan beberapa idea senaman ibu mengandung yang boleh dilakukan sendiri ini:
1. Yoga
Kini ada terlalu banyak video pergerakan yoga yang dimuat naik di YouTube oleh guru Yoga daripada serata dunia. Jika ini adalah kali pertama anda melakukan yoga, pilih sahaja video dengan tajuk yang mempunyai kata kunci “beginner".
2. Brisk walking atau berjalan pantas
Ini adalah senaman ibu mengandung jenis kardio yang rendah impak berbanding jogging. Lakukan beberapa pusingan keliling kawasan perumahan anda setiap hari sudah memadai.
3. Plank
Untuk melakukan senaman ibu mengandung ini, anda perlu berada dalam posisi seakan meniarap. Kemudian angkat badan, dan gunakan tangan hingga siku serta jari kaki akan menampung badan anda.
Plank akan menguatkan core muscle, tingkatkan keseimbangan badan dan mengurangkan sakit belakang.
4. Berenang
Jika anda mencari senaman ibu mengandung dengan tahap intensiti lebih tinggi tetapi tidak menyakitkan kaki, berenang adalah jawapannya! Apabila anda berenang, anda dapat mengurangkan beban pada tubuh badan yang semakin berat dan melegakan sakit belakang.
Yang penting sekali, semasa anda melakukan sebarang aktiviti fizikal atau senaman ibu mengandung, anda mesti tahu had diri anda dan sentiasa utamakan keselamatan. Walaupun anda ialah seorang individu yang aktif dan lincah sebelum ini, fizikal dan tahap ketahanan diri semasa hamil kini berbeza dengan dahulu.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!
Baca juga: 6 Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan
Baca juga: Sakit Tulang Pinggul Semasa Hamil? Cuba Tidur Cara Ini Untuk Legakannya