X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!

7 min bacaan
Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!

Tidak semua ubat tahan sakit sesuai diambil ketika sedang mengandung kerana ia boleh membahayakan janin di dalam kandungan.

Ibu, tahukah anda? Menurut kajian, kira-kira lapan daripada 10 wanita yang sedang mengandung mengambil ubat tahan sakit, panadol atau painkiller untuk melegakan gejala kehamilan seperti demam, sakit kepala dan sakit badan.

Bakal ibu perlu tahu, ketika sedang berbadan dua, anda sangat tidak digalakkan untuk mengambil sebarangan ubat kerana ia berisiko kepada bayi dalam kandungan. Disebabkan itu, ibu disarankan untuk lebih berhati-hati dalam pengambilan ubat dan wajib mengikut saranan yang diberikan oleh doktor supaya tidak menjejaskan janin.

Ubat tahan sakit mungkin boleh membantu melegakan kesakitan yang anda sedang alami, namun pastikan ia adalah jenis ubat yang selamat untuk diambil. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui info penting mengenai ubat tahan sakit yang anda perlu tahu!

▲▼Isi Kandungan

  • Adakah Ibu Hamil Boleh Mengambil Ubat Tahan Sakit
  • Jenis Ubat Tahan Sakit yang Selamat Diambil Ketika Hamil
  • Adakah Ubat Tahan Sakit Gigi Selamat Untuk Kehamilan?
  • Ubat Tahan Sakit yang Perlu Ibu Hamil Elak
  • Tanda Ibu Hamil Keracunan Ubat Tahan Sakit

Adakah Ibu Hamil Boleh Mengambil Ubat Tahan Sakit

ubat tahan sakit, ubat tahan sakit gigi, jenis ubat tahan sakit

Apabila sedang hamil, anda pastinya akan mengalami pelbagai ketidakselesaan dan juga kesakitan disebabkan oleh perubahan hormon serta perut anda yang semakin membesar.

Advertisement

Kesakitan ketika hamil boleh membuatkan anda terasa marah, geram dan sedih, lebih-lebih lagi dengan pelbagai pantang larang khususnya mengenai pengambilan ubat yang perlu dijaga.

Namun apabila sudah terlalu sakit, anda mungkin memutuskan untuk mengambil juga ubat tahan sakit. Tetapi, persoalannya, adakah ubat tahan sakit ini selamat untuk diambil?

Ya, anda boleh mengambil ubat tahan sakit. Namun, pastikan ia diambil selepas anda diperiksa oleh doktor dan diberikan di bawah persetujuan dan pengawasan doktor anda. 

Sekiranya kecemasan, dan anda perlu mendapatkan ubat tahan sakit dengan segera, Panadol atau paracetamol adalah selamat untuk diambil. Namun kuantitinya perlu dikawal. Sebaiknya mula dulu dengan pengambilan sebiji Panadol atau paracetamol. 

Anda harus bertanya kepada doktor anda sebelum anda mengambil sebarang jenis ubat, walaupun ia hanya pil tanpa preskripsi yang direka untuk melegakan kesakitan. Ubat sedemikian mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh berubah apabila anda mengandung.

Sesetengah ubat tidak selamat untuk diambil semasa anda hamil, termasuklah ubat yang dijual di kaunter drugstore, farmasi dan lain-lain.

Jenis Ubat Tahan Sakit yang Selamat Diambil Ketika Hamil

#1. Acetaminophen

ubat tahan sakit, ubat tahan sakit gigi, jenis ubat tahan sakit

Ubat ini sering menjadi pilihan untuk melegakan sakit apabila mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi atau sakit otot. Doktor anda boleh menetapkannya pada dos yang lebih tinggi, bersendirian, atau digabungkan dengan ubat lain juga.

Kebanyakan wanita hamil boleh mengambil acetaminophen jika doktor memberikan lampu hijau. Ia adalah jenis ubat tahan sakit paling biasa yang dibenarkan oleh doktor untuk diambil oleh wanita hamil. Sesetengah kajian mendapati bahawa kira-kira dua pertiga wanita hamil di Amerika Syarikat mengambil acetaminophen pada masa-masa kehamilan mereka.

Bagaimanapun, sila elakkan mengambil acetaminophen jika anda mempunyai alahan terhadapnya, mempunyai masalah hati, atau jika doktor anda mengatakan ia tidak selamat untuk anda.

Walaupun doktor anda mengatakan tidak mengapa untuk mengambil acetaminophen, cuba sebaik mungkin untuk ambilnya dalam kuantiti yang sedikit dan sekejap sahaja. Acetaminophen tidak dikaitkan dengan masalah berisiko tinggi seperti keguguran atau kecacatan kelahiran, tetapi kajian beranggapan bahawa bayi mungkin boleh merasakan kesannya di kemudian hari.

Sesetengah kajian menyatakan bahawa pengambilan acetaminophen setiap hari untuk tempoh yang lama (28 hari atau lebih) boleh meletakkan bayi anda pada risiko yang lebih besar untuk kelewatan perkembangan ringan atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).

Kajian lain telah menunjukkan bahawa mengambil acetaminophen setiap hari, atau hampir setiap hari, semasa separuh kedua kehamilan anda akan meningkatkan kemungkinan bayi anda menghidap asma.

#2. NSAID

Anda mungkin telah mengambil ibuprofen berkali-kali, namun doktor anda mungkin akan meminta anda mengambil ubat lain untuk merawat demam, sakit kepala dan sakit otot semasa anda hamil.

Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) sememangnya ada dijual di farmasi dan dengan preskripsi, namun terdapat pilihan yang lebih selamat untuk wanita hamil.

Sesetengah kajian mendapati bahawa mengambil NSAID (ibuprofen, naproxen, aspirin, celecoxib) semasa awal kehamilan boleh meningkatkan risiko keguguran.

Penyelidikan juga telah melihat hubungan antara NSAID dengan kecacatan kelahiran. Sesetengah kajian beranggapan bahawa mungkin terdapat sedikit peningkatan dalam kemungkinan masalah dengan jantung atau sistem gastrousus (pencernaan) bayi jika anda mengambil ubat NSAIDS pada awal kehamilan anda.

Bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan bahawa NSAID menyebabkan masalah ini. Meskipun kaitan antaranya belum benar-benar terbukti, doktor anda mungkin menyarankan anda untuk mengambil ubat tahan sakit acetaminophen.

NSAID pastinya tidak disyorkan semasa 3 bulan terakhir kehamilan anda kerana ia boleh menyebabkan saluran darah dalam jantung bayi tertutup sebelum waktu yang sepatutnya. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dalam paru-paru bayi anda.

Pengambilan NSAID juga boleh menyukarkan anda untuk bersalin atau boleh mengurangkan tahap cecair amniotik yang mengelilingi bayi anda di dalam kandungan. Disebabkan itu, anda hanya perlu mengambil NSAID di bawah pengawasan doktor untuk memastikan tiada masalah timbul.

#3. Ubat tahan sakit Opioid

ubat tahan sakit, ubat tahan sakit gigi, jenis ubat tahan sakit

Opioid (kodin, morfin, oksikodon) ialah kelas ubat yang boleh ditetapkan oleh doktor untuk merawat kesakitan. Walaubagaimanapun, ia juga merupakan ubat preskripsi yang paling kerap disalahgunakan di Amerika Syarikat.

Sesetengah kajian beranggapan bahawa penggunaan opioid boleh meningkatkan kemungkinan anda mempunyai bayi dengan kecacatan kelahiran tertentu, seperti masalah jantung. Ia juga boleh meningkatkan peluang anda untuk kelahiran pramatang atau juga kelahiran mati.

Jika opioid sudah diambil sejak daripada sebelum hamil, doktor anda mungkin tidak mahu anda berhenti mengambilnya sebaik sahaja anda hamil.

Ini kerana jika berhenti secara tiba-tiba, ia boleh membahayakan kesihatan anda atau kehamilan anda. Sebaliknya doktor anda mungkin akan mengurangkan jumlah ubat yang diambil secara beransur-ansur untuk mengelakkan sebarang gejala penarikan bayi.

Tetapi jika anda mengambil opioid semasa hamil, bayi anda mungkin akan terdedah kepadanya dan boleh menjadi ketagih. Mereka akan melalui withdrawals selepas mereka dilahirkan.

Ini dipanggil sindrom pantang neonatal, atau NAS. NAS boleh menjadi serius, dan boleh menyebabkan bayi anda terlalu kecil atau mengalami masalah pernafasan, walaupun anda mengambil opioid tepat seperti yang ditetapkan oleh doktor.

Adakah Ubat Tahan Sakit Gigi Selamat Untuk Kehamilan?

Perubahan dan peningkatan hormon ketika sedang berbadan dua akan menyebabkan tubuh bertindak balas dengan plak, iaitu lapisan bakteria yang ada pada gigi. Disebabkan itu, ibu hamil lebih mudah untuk mengalami sakit gigi jika kebersihan gigi tidak dijaga dengan baik. 

Ubat tahan sakit gigi dianggap sebagai selamat untuk diambil oleh ibu hamil, namun anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan gigi terlebih dahulu dan dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.

Ubat Tahan Sakit yang Perlu Ibu Hamil Elak

Pastikan anda mengelak daripada mengambil ubat tahan sakit dalam kategori ini:

  • Diclofenac sodium – ubat tahan sakit ini tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu hamil terutamanya kandungan di trimester ketiga. Kajian telah menunjukkan kesan ubat ini terhadap janin.
  • Tramadol – tramadol adalah kelas ubat tahan sakit yang kuat dan tidak sesuai di ambil ketika mengandung melainkan terdapat beberapa kondisi yang memerlukan dan atas arahan doktor. Hal ini kerana tramadol mungkin boleh memberikan kesan sampingan kepada bayi.

Tanda Ibu Hamil Keracunan Ubat Tahan Sakit

  • Rasa mual dan muntah
  • Sakit perut
  • Kerap berpeluh
  • Suhu badan meningkat
  • Pernafasan semakin cepat
  • Kerap berasa haus
  • Tekanan darah menurun
  • Denyutan jantung tidak menentu

Semoga bermanfaat!

  1. WebMD (Jan 20, 2021). What Pain Relievers Are Safe During Pregnancy? www.webmd.com/baby/pain-relievers-that-are-safe-during-pregnancy
  2. What to Expect (March 10,2021). Medications During Pregnancy: What’s Safe and What’s Not? www.whattoexpect.com/pregnancy/pregnancy-health/medications-during-pregnancy/#safe

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil, Bukan Semua Ubat Ibu Boleh Makan Ya!

Baca juga: 9 Ubat Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

Baca juga:Ubat Tambah Darah Ibu Mengandung Bantu Kurangkan Anemia Wanita Hamil

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Athirah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Nak Ambil Ubat Tahan Sakit Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ini Yang Ibu Kena Tahu Dulu!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham