X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom 'Sunyi' Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti

4 min bacaan
Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom 'Sunyi' Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti

Menjadi seorang isteri yang baik bukanlah perkara mudah. Lebih-lebih lagi urusan rumah tangga dan penjagaan anak-anak dipikul oleh dirinya seorang!

Ketika seorang wanita memilih mencapai cita-cita dan bergelar wanita bekerjaya, hati meronta-ronta ingin berhenti demi membesarkan anak. Namun, untuk menjadi seorang isteri baik buat suami dan ibu kepada cahaya mata yang dilahirkan bukanlah sesuatu yang mudah.

Setiap ibu ayah pastinya ingin melihat si manja membesar di depan mata. Ia adalah momen terindah yang tidak akan berulang lagi. Bermain dengan mereka, peluk, cium dan berbual dari usia bayi sehinggalah mampu berjalan sendiri.

Pengorbanan seorang isteri baik

menjadi isteri baik

foto: baituljannah

Ketika memilih untuk menjadi seorang isteri baik dan suri rumah sepenuh masa, barulah anda sedar bahawa ia bukanlah tugas yang mudah seperti disangka.

Meskipun jadual setiap hari begitu padat dengan pelbagai aktiviti dan sering melayan karenah anak-anak, tetapi jauh dari sudut hati anda berasa sunyi.

Situasi ini adalah sangat normal bagi setiap suri rumah. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:

#1. Hilang contact dengan kawan

Setelah menjadi seorang isteri dan bergelar suri rumah, ketika inilah persahabatan anda mula diuji. Jika sebelum ini anda memiliki begitu ramai kawan rapat, namun jangan terkejut apabila kini tinggal beberapa orang sahaja yang benar-benar layak dipanggil sahabat.

Apabila seorang isteri baik memberikan sepenuhnya perhatian kepada suami dan anak-anak, rutin bersosial bukan lagi menjadi keutamaan.

Jika lama-lama anda menyepi, kawan-kawan akan menganggap anda ingin menjauhkan diri. Sedangkan hakikatnya anda cuma perlukan ruang untuk seimbangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga.

#2. Hanya duduk di rumah setiap hari

Jika dibandingkan kehidupan dahulu rasa ingin keluar ambil angin luar, terus sahaja sampai tanpa halangan. Namun, sekarang anda kena fikirkan banyak kali kerana perlu ‘angkut’ anak-anak bersama.

Bukan itu sahaja, segala keperluan mereka juga perlu dibawa seperti susu, lampin pakai buang, makanan, mainan dan baju. Situasi ini lebih kurang seperti mahu balik kampung, akhirnya ramai suri rumah rela terperap di rumah!

#3. Berasa penat dan kurang dihargai

cabaran menjadi isteri baik

credit to sources

Wanita bergelar seorang suri rumah perlu sentiasa berjaga-jaga 24 jam. Hal ini kerana selagi anak belum tidur, anda hendaklah memerhatikan setiap pergerakan mereka agar kejadian yang tidak diingini berlaku.

Siapa kata tugas seorang suri rumah hanya goyang kaki dan tidak membantu suami? Hakikat yang dihadapi adalah lebih penat kerana membesarkan anak-anak memerlukan kudrat fizikal dan mental.

Hal ini ditambah pula dengan layanan sikap suami yang kurang menyenangkan, sekaligus membuatkan pengorbanan isteri baik tidak dihargai langsung!

#4. Dilema berpisah dengan anak

Ketika bergelar seorang ibu, mesti anda dilanda rasa bersalah jika keluar lama-lama tanpa anak. Bukannya seperti lelaki yang sanggup pulang rumah lewat malam kerana melepak!

Isteri baik akan berasa gelisah dan asyik terfikir si anak buat apa, sudah makan atau minum susu belum. Kalau terpaksa berjauhan sampai sehari dua, pastinya akan banjir dengan air mata tanpa sedar.

Tidak dapat melihat anak dalam sehari sudah mampu menyeksa perasaan. Anak pula tidak akan sentiasa kecil.

Justeru, adalah normal jika anda berasa terkilan kerana risau terlepas memori indah dan tidak dapat meluangkan masa bersama.

#5. Kurang keyakinan diri

pengorbanan suri rumah

Apabila anda sudah lama tidak keluar rumah, pastinya banyak yang bermain dalam fikiran bilakah waktu untuk berjumpa kawan-kawan.

Stories Rakan Kongsi
5 Reasons Why You Should Bring Your Kids on Holiday
5 Reasons Why You Should Bring Your Kids on Holiday
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money

Meskipun berasa teruja, tapi dalam masa sama segelintir suri rumah tetap berasa sedikit gementar dan rendah diri kerana identiti semakin hilang. Kebimbangan ini sering berlaku kerana tempoh ‘rehat’ yang panjang daripada kerja dan memilih untuk duduk di rumah membesarkan anak-anak.

Anda juga mungkin diserang dengan rasa takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Bimbang dikecam kerana ada segulung ijazah, tetapi tidak bekerja membantu suami.

Bukan itu sahaja, tanggapan orang luar dan rasa malu tidak dapat mengawal tingkah laku anak-anak apabila di tempat awam mendorong para ibu untuk terperap di dalam rumah.

Justeru, dalam meringankan beban yang dihadapi para isteri, suami perlu sentiasa ada bersama pasangan anda, mendengar keluhan dan cuba untuk manjakan isteri. Meskipun hanya dalam masa singkat, ia cukup memberikan semangat untuk kekal positif menghadapi setiap kesukaran!

Sumber: Sirap Limau

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom Sunyi Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-isteri-bahagia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom 'Sunyi' Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti
Kongsikan:
  • Kalau Dah Tak Larat, Berehatlah Kerana Tugas Seorang Isteri Takkan Pernah Habis

    Kalau Dah Tak Larat, Berehatlah Kerana Tugas Seorang Isteri Takkan Pernah Habis

  • Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

    Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Kalau Dah Tak Larat, Berehatlah Kerana Tugas Seorang Isteri Takkan Pernah Habis

    Kalau Dah Tak Larat, Berehatlah Kerana Tugas Seorang Isteri Takkan Pernah Habis

  • Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

    Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.