X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

BEBASKAN Anak Dari Lampin Pakai Buang, Barulah Mereka Jadi Lebih Berdikari!

4 min bacaan
BEBASKAN Anak Dari Lampin Pakai Buang, Barulah Mereka Jadi Lebih Berdikari!

Orang dahulu akan bogelkan anak di luar jika mahu 'membuang'. Bagi ibu ayah zaman moden, jom baca artikel ini untuk mengajar anak bebas dari pakai pampers!

Dalam membesarkan si manja, perjalanannya tidak begitu mudah seperti yang disangka. Antara salah satu perkara yang boleh dianggap sebagai cabaran bagi anda semestinya mendidik anak bebas dari pakai pampers.

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian agar anak-anak dapat membesar secara sihat dan aktif. 

Pastinya ibu ayah menjadi sedikit kelam-kabut dan tidak tahu bagaimana  cara terbaik untuk membiasakan diri anak tanpa lampin pakai buang.

Melatih anak bebas pakai pampers

Memandangkan anak sudah mencapai usia 3 tahun pada 2020 ini, ibu ayah perlu meletakkan sasaran untuk mengajar anak secara perlahan untuk terbiasa membuang air di tandas.

Untuk melatih anak bebas dari lampin pakai buang, beberapa tips ini boleh membantu ibu ayah mendidik anak dengan cara yang berkesan. Antaranya:

#1. Menggunakan tandas terus ataupun guna “potty”

pakai lampin

foto: turuncukasa

Ibu ayah boleh memilih untuk melatih anak menggunakan tandas terus ataupun potty. Namun, sebenarnya kedua-dua ini memberikan kebaikan dan keburukan.

Penggunaan potty memerlukan sedikit ‘kerajinan’ dari ibu ayah kerana ia perlu dibasuh setelah digunakan. Tetapi, ia kurang menakutkan bagi anak kecil, lebih selamat dan mudah untuk dibawa.

#2. Latih anak guna bahasa tubuh

Ibu ayah jangan lupa untuk mengajar anak menggunakan bahasa tubuh seperti memegang perut sambil bercakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”.

Pilihlah satu perkataan yang paling sesuai dan mudah anak bercakap. Namun, perkataan ini perlu ditukar setiap hari supaya menambahkan lagi perbendaharaan kata anak-anak.

#3. Mencipta cerita sosial 

anak pakai pampers

Bagi anak yang makin membesar, anda perlu menjelaskan mengapa mereka perlu menggunakan tandas dan apa yang perlu mereka lakukan

Bukan itu sahaja, ibu ayah juga boleh mereka cerita menggunakan patung kesukaan anak dengan membuat ekspresi muka atau lakonan. Contohnya, 

“Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Adik nak jadi macam Didi tak?”

#4. Perhatikan pergerakan & tingkah laku anak

Dalam membiasakan anak tanpa pakai pampers, ibu ayah perlu mencatatkan kekerapan anak membuang air kecil dan besar selama seminggu sebelum melatih anak.

Kebiasaannya, anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, perhatikan juga tingkahlaku anak sebelum mereka melepaskan hajat seperti resah gelisah, kehulu kehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik. 

#5. Tabiat pemakanan seimbang

bayi pakai pampers

foto: Educatall

Ibu ayah, elakkan anak mengambil makanan yang kurang serat dan tinggi dengan kanji boleh menyebabkan anak menghadapi masalah sembelit.

Pastikan anak mengambil makanan yang tinggi dengan buah dan sayur yang mencukupi. Proses melatih anak bebas dari lampin pakai buang akan menjadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.

Hal yang lebih membimbangkan apabila ada ibu ayah yang lebih mengutamakan anak berusia 2 atau 3 tahun untuk  pandai membaca dan mengira.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Mulakan dengan 3 tahap latihan

Sekiranya ibu ayah membuat persediaan melatih anak seperti menyediakan jadual masa, potty dan seluar dalam, anda boleh memulakannya dengan 3 tahap mudah ini: 

#1. Tahap pertama (masih memakai lampin)

  • Ibu ayah perlu membawa anak setiap 10 minit sebelum jadual masa ke tandas, terutamanya sebaik sahaja anak bangun dari tidur, selepas makan dan sebelum tidur. Lebih kerap anda membawanya, lebih cepat anak terbiasa.
  • Tekan sedikit pada kawasan pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar cara  untuk anak meneran.
  • Sentiasa memuji anak pada setiap kali mereka berjaya “membuang” di dalam tandas.
  • Jika anak tidak sengaja “membuang” di dalam lampin, tunjukkan padanya lampin yang sudah basah dan beritahu padanya dengan “adik tak boleh buang dalam ini”.
  • Ibu ayah disarankan untuk lebih fokus secara berterusan selama lebih kurang seminggu untuk melatih anak bebas pakai pampers.

#2. Tahap Dua (pakai pampers pada waktu tidur sahaja)

  • Ibu ayah boleh cuba memakaikan anak dengan seluar dalam kesukaan mereka bagi menggantikan lampin pakai buang.
  • Jika perlu, anda juga boleh memakaikan lampin ketika waktu anak tidur siang dan malam sahaja.
  • Sentiasa tunjukkan anak keadaan lampinya yang sudah basah selepas mereka melepaskan hajat.
  • Bangun sahaja dari tidur, ibu perlu membantu anak dengan membawanya ke tandas dan jadikan ia sebagai rutin harian. 

#3. Tahap Tiga (100% bebas diaper)

  • Anda boleh kurangkan pemakaian lampin pada waktu malam dan anak tidur.
  • Hamparkan alas katil yang jenis kalis air supaya tilam tidak tercemar dengan najis atau bau air kencing anak. 

Bebas pakai pampers bukan sahaja boleh menjimatkan duit ibu ayah, tetapi turut memberikan manfaat terhadap perkembangan emosi dan sosial anak.

Jika anda berhadapan dengan keadaan ini, sentiasa menyokong anak untuk berdikari dan jangan menghalang mereka untuk melakukannya kerana akan menganggu perkembangan emosi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.BEBASKAN Anak Dari Lampin Pakai Buang, Barulah Mereka Jadi Lebih Berdikari!

Baca juga: Dah Tiba Masa Ajar Anak Potty Training? Ini Apa yang Anda Patut Buat & Elakkan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • BEBASKAN Anak Dari Lampin Pakai Buang, Barulah Mereka Jadi Lebih Berdikari!
Kongsikan:
  • Seronok Tengok Anak Mandi Kolam Pakai Lampin, Parents STOP Sebarkan Virus Dengan Tabiat Ini!

    Seronok Tengok Anak Mandi Kolam Pakai Lampin, Parents STOP Sebarkan Virus Dengan Tabiat Ini!

  • Ibu Mencari Pampers Newborn Terbaik? Ini 16 Jenama Yang Pasti Jadi Pilihan Utama Untuk Bayi Kekal Selesa Sepanjang Hari

    Ibu Mencari Pampers Newborn Terbaik? Ini 16 Jenama Yang Pasti Jadi Pilihan Utama Untuk Bayi Kekal Selesa Sepanjang Hari

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Seronok Tengok Anak Mandi Kolam Pakai Lampin, Parents STOP Sebarkan Virus Dengan Tabiat Ini!

    Seronok Tengok Anak Mandi Kolam Pakai Lampin, Parents STOP Sebarkan Virus Dengan Tabiat Ini!

  • Ibu Mencari Pampers Newborn Terbaik? Ini 16 Jenama Yang Pasti Jadi Pilihan Utama Untuk Bayi Kekal Selesa Sepanjang Hari

    Ibu Mencari Pampers Newborn Terbaik? Ini 16 Jenama Yang Pasti Jadi Pilihan Utama Untuk Bayi Kekal Selesa Sepanjang Hari

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.