Sudah tiba fasa yang paling mencabar dalam menjadi ibu bapa? Ya, tak lain tak bukan ia adalah fasa ajar anak potty training!
Jujurnya, ia memang bukan perkara yang mudah malah mengambil masa yang agak panjang, tapi percayalah hasilnya nanti akan memudahkan anda sebagai ibu ayah. Jimat pula kerana tiada lagi pembelian lampin pakai buang.
Apa maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?
- Bila sepatutnya ibu bapa ajar anak potty training
- Tanda anak sudah sedia untuk potty training
- 5 kesilapan ibu bapa dalam potty training anak
- Tips untuk potty training anak
Bila sepatutnya ibu bapa ajar anak potty training
Kalau anak dah mula berjalan maka bolehlah ajar anak potty training ni atau belajar kencing sendiri tanpa menggunakan lampin. Ramai ibu ayah yang mula risau bila anak mereka masih tidak boleh lagi ke tandas sendiri dan masih pakai lampin sampai sekolah.
Semuanya ambil masa. Takkan anak sampai besar pakai lampin kan? Seawal umur 3 tahun lebih anda dah boleh mula latih anak anda.
Apa yang penting, anda kena tahu bila anak anda sudah menunjukkan tanda-tanda yang menunjukkan kepada anda kesediaan mereka untuk tidak lagi memakai lampin.
Tanda anak sudah sedia untuk potty training
Anak yang sudah bersedia untuk potty training akan menunjukkan beberapa tanda. Ia termasuklah:
- Mula menunjukkan minat pergi ke tandas – Kalau anda tengok anak anda dah seronok pergi ke tandas sendiri, itu maksudnya anak anda dah mula suka nak pergi ke tandas dan tak memerlukan lampin dah. Anak dah besar katanya.
- Anak beritahu ibu atau bapa mereka nak ke membuang – ‘Ma nak shi shi atau Ma nak beyak’. Bila anak anda dah bersuara tu maksudnya anak anda dah mula peka dengan keadaan dirinya dan nak bersihkan diri.
- Nak tukar seluar atau pakaian bila dah buang air besar – Kalau asyik minta tukar baju tu tandanya anak anda juga dah tak mahu pakai lampin.
- Lampin anak anda kering – Ini tandanya mereka tidak buang air kecil atau air besar dalam lampin. Jadi sudah tiba masanya untuk ajar mereka ke tandas.
- Selalu nak buka lampin – Mereka akan rasa tidak selesa dengan lampin yang basah. Sering cuba untuk buka lampin dan nampak lebih selesa dan bebas tanpa lampin.
- Boleh duduk diam dalam masa lima hingga 10 minit – Ini tandanya anak-anak ada tanda mengawal diri mereka sendiri dan sudah pasti mereka boleh mengawal diri untuk buang air kecil dan besar pada waktu dan di tempat yang betul
- Pandai buka seluar sendiri – Nampak kecil ya, tapi pandai buka seluar sendiri antara tanda anak anda sudah bersedia ke tandas sendiri
Jadi, adakah anda merasakan bahawa anak anda ada tanda-tanda sedia untuk potty training? Kalau ya, jom kita ketahui apakah cara-caranya dan langkah untuk mengajar anak anda potty training disini.
Tips untuk potty training anak
Anda beberapa tips penting yang boleh anda cuba untuk melatih anak ke tandas. Antaranya termasuklah:
#1. Jangan terlalu drastik
Perubahan untuk mengajar anak anda untuk potty training dan tidak memakai lampin ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya drastik.
Jika tidak, kalau anda tiba-tiba tak mahu pakaikan anak lampin, silap-silap habis baju dan seluar anak anda penuh dengan kencing dan sebagainya.
Anda kena mulakan langkah anda dengan memperkenalkan anak anda kepada tandas dengan perlahan-lahan. Jangan secara mendadak dan tiba-tiba.
Anak anda akan berasa terkejut nanti bila tak ada lampin. Atau paling teruk, anak anda tahan sahaja kencingnya. Minggu ini mungkin anda boleh cuba di sebelah pagi, kemudian di sebelah malam untuk berminggu-minggu percubaan. Dah cantik sikit, bolehlah bawa ke luar rumah.
#2. Beritahu anak untuk kencing di tandas
Ramai ibu bapa membuat silap dengan tidak memberitahu anak mereka bahawa mereka akan mengalami perubahan besar yang mana mereka tidak lagi perlu bergantung dengan lampin.
Tetapi, sebaliknya mereka perlu menggunakan tandas bila mereka nak buang air kecil atau besar. Tunjukkan juga kepada mereka cara nak buang air kecil dan besar dalam tandas. Jadi bila anda beritahu sekali gus anak anda akan lebih bersedia.
#3. Ibu, ayah dan anak perlu bersedia
Bab latih anak pergi ke tandas ini bukan hanya mengharapkan anak dah sedia tapi ibu bapa juga. Ini kerana ibu bapa sendiri kena siapkan diri untuk melatih anak sepanjang masa.
Tidak boleh harapkan anda mengarah sahaja anak anda. Lagilah bahaya kerana anak anda tidak tahu apa-apa. Jika anda tengok anak anda dah bersedia, barulah anda boleh latih betul-betul sebab perkara ini ambil masa.
#4. Ibu ayah mainkan peranan penting
Anak nak pergi tandas sekarang? Ibu bapa tinggalkan apa yang anda buat dan siap sedia untuk bawa anak anda ke tandas. Jangan buat sekali sekala dan bergantung dengan lampin pula.
Pastikan anda sentiasa konsisten dan kadang kala tak perlu pun tunggu anak anda nak kencing atau sebagainya. Anda boleh terus bawa anak anda ke tandas tengok keadaannya. Ibu bapa kena sentiasa peka bab-bab macam ni. Faham penat tetapi usaha anda akan berbaloi nanti.
#5. Puji dan beri dorongan pada anak
Katakanlah kepada anak anda “Pandainya abang” atau “Hebatlah adik” bila mereka dah pandai gunakan tandas. Ini sebenarnya satu pencapaian tau buat mereka dan juga buat ibu bapa.
Ini menunjukkan anak anda dah mula pandai berdikari. Seronok kan? Bila anda puji anak anda, ini yang buatkan anak anda lagilah nak cuba toilet training ni. Ha kan bagus macam tu.Tapi, ada sesuatu benda juga yang anda tak boleh buat tau. Cuba lihat dibawah.
#6. Jangan marah anak anda
Biasalah kan budak. Ada masa anak anda tak teringat nak kencing di tandas atau lupa bahawa dia tidak memakai lampin, memang jadi banjirlah jawabnya sampai ke lantai.
Tolonglah ibu ayah! Janganlah marah-marah anak anda. Ingatlah bahawa anak anda masih kecil lagi. Janganlah pula anak pukul anak anda sebab anak anda masih tidak mengerti kesan dan akibat perbuatan mereka.
Cuba tegur perbuatan mereka dengan lembut tanpa menggunakan bahasa yang kasar.
#7. Letak tandas atau potty
Latih anak anda dengan menggunakan potty sebagai satu latihan anak anda untuk ke tandas.
5 kesilapan ibu bapa dalam potty training anak
Ada beberapa perkara yang anda patut tahu dan elakkan bila ajar anak anda potty training. Ini antara kesilapan yang mungkin secara sedar atau tidak sedar anak lakukan ketika melatih anak ke tandas.
Ia termasuklah:
#1. Paksa anak
Latih anak ke tandas ini atau potty training merupakan satu proses dan bukan satu benda yang boleh berlaku sekelip mata. Kalau anda paksa-paksa anak anda ke tandas, ia akan mengakibatkan anak anda merasakan bahawa tandas ini bersifat negatif dan lama-kelamaan, anak anda langsung tak mahu ke tandas.
Lama kelamaan anak juga akan fedup dan mungkin dia tak mahu mencuba lagi.
#2. Buat masa anak tertekan
Macam orang dewasa juga, budak kecil juga boleh berasa tertekan terutamanya apabila mereka berada dalam persekitaran yang negatif.
Jika anda sendiri berasa tertekan, anak anda sendiri mudah untuk merasakannya. Jadi, jika anda berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan, anda boleh tangguhkan dahulu potty training.
#3. Terlalu mengikut cakap-cakap luar
“Anak kau masih pakai lampin lagi? Anak aku dah boleh pergi ke tandas dah.”
Mudah sahaja untuk anda berasa tunduk dengan tekanan dari luar. Macam-macam kan yang anda boleh rasa lagi-lagi terlalu banyak desakan dari keluarga dan rakan-rakan. Jangan sesekali membandingkan anak anda dengan orang lain kerana anak anda tidak sama.
#4. Latih terlalu muda
Ada yang anak baru dua tahun, dah tergesa-gesa melatih anak ke tandas. Namun, tahukah anda setiap kanak-kanak ada tahap perkembangannya?
Jadi adalah sangat penting untuk anda kenal dan tahu tahap kesediaan anak anda untuk ke tandas.
#5. Mahu result cepat
Ini paling popular. Baru sehari dua buat sudah expect untuk anak terus pandai. Ke tandas adalah rutin dan tabiat harian, sudah pasti ia mengambil masa untuk anak biasakan diri.
Semoga ibu dan ayah akan kuatkan diri untuk ajar anak. Ingat, anda pasti akan berjaya juga!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Jangan Tergesa-Gesa ‘Potty Training’ Anak, Silap Langkah Boleh Timbulkan Anxiety Padanya!
Baca juga: Jangan Tergesa-Gesa ‘Potty Training’ Anak, Silap Langkah Boleh Timbulkan Anxiety Padanya!
Baca juga: Latih Anak Komunikasi Penyingkiran Untuk Bantu Dia ‘Potty Training’ Lebih Pantas!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!