TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Latih Anak Komunikasi Penyingkiran Untuk Bantu Dia 'Potty Training' Lebih Pantas!

4 min bacaan
Latih Anak Komunikasi Penyingkiran Untuk Bantu Dia 'Potty Training' Lebih Pantas!

Ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk mendidik anak berkomunikasi, terutamanya berkaitan dengan hal bilik air supaya tiada masalah. Jadi, apakah itu komunikasi penyingkiran dan bagaimana anda boleh mulakan ia?

Cubaan berkomunikasi dengan seorang kanak-kanak yang masih tidak memahami konsep komunikasi dan bahasa sangat memenatkan. Ini secara tidak langsung memberi tekanan bukan sahaja kepada ibu bapa, bahkan kepada kanak-kanak itu juga. Mereka akan berasa marah kerana orang dewasa di sekeliling mereka tidak memahami apa yang mereka hendakkan.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi salah satu jenis komunikasi yang ibu bapa perlu lakukan bersama si manja yang sedang membesar iaitu komunikasi penyingkiran.

Apakah Itu Komunikasi Penyingkiran?

komunikasi penyingkiran

Sumber: Cherry Bridge Station

Komunikasi penyingkiran bukan bermaksud anda berkomunikasi dengan si anak. Ia bermaksud anda sudah bersedia untuk mengajar mereka untuk menggunakan bilik air dan tidak terlalu bergantung kepada lampin pakai buang.

Percaya atau tidak, bayi anda, sama seperti mamalia lain tidak hendak mengotorkan diri mereka dengan najis sendiri pun! Tetapi, sebabkan ia adalah satu proses kehidupan semulajadi, sudah menjadi tugas untuk para ibu bapa membersihkan bayi mereka.

Oh, mungkin anda lebih mengenali terma seperti potty training!

Ya, komunikasi penyingkiran atau elimination communication hanyalah suatu terma lain sahaja bagi potty training.

Kebiasaannya, ibu atau bapa sudah tahu bahawa si anak sedang “membuang hajat” di lampin pakai buang mereka berdasarkan memek muka dan omelan si manja dan seperti kebiasaan, sang ibu bapa pasti akan menukar lampin si manja. Ini adalah proses semulajadi.

Tetapi, dengan komunikasi penyingkiran, ibu dan bapa akan mendidik anak untuk belajar berkomunikasi menggunakan isyarat tangan atau perbualan jika mereka hendak ke tandas. Selalunya, komunikasi penyingkiran ini akan terjadi apabila ibu atau ayah tidak hendak menggunakan lampin lagi.

Baca juga: Jangan Tergesa-Gesa ‘Potty Training’ Anak, Silap Langkah Boleh Timbulkan Anxiety Padanya!

Bagaimana Hendak Mulakan Komunikasi Penyingkiran?

Latih Anak Komunikasi Penyingkiran Untuk Bantu Dia Potty Training Lebih Pantas!

Sumber gambar: Raising Children Network

1# Mencatat masa

Sebagai ibu bapa si manja, anda lebih tahu waktu kebiasaan anak anda hendak membuang air. Sesetengah bayi mungkin membuang air sejurus bangun dari tidur, atau mungkin beberapa minit selepas makan. Mencatat waktu si manja membuang air mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui waktu-waktu anda boleh berkomunikasi bersamanya bila anda boleh membawanya ke tandas.

2# Memahami gerak-geri anak

Anak anda mungkin lebih cenderung menggunakan gerak-geri mereka untuk menunjukkan bahawa mereka hendak membuang air. Tanda-tanda yang anak anda berikan mungkin unik dan berbeza dari kanak-kanak lain tetapi sekali lagi, anda lebih mengenali anak anda.

3# Isyarat lisan

Sebagai dewasa, anda mempunyai kelebihan kemahiran lisan. Jadi, anda boleh mengajar anak anda dengan menggunakan isyarat lisan yang ringkas seperti membuat bunyian seperti “Shhhh” atau “Ssss” ketika anak sedang membuang air kecil. Ini akan membantu mereka sekiranya mereka hendak membuang air kecil, yang mana mereka juga boleh membuat isyarat tersebut supaya ibu dan ayah akan faham.

Kini, anda sudah tahu bagaimana anda boleh memulakan komunikasi penyingkiran. Persoalannya sekarang, bila waktu yang sesuai untuk ada mulakan ia?

Ha, ini bergantung kepada anda sebagai ibu bapa! Sesetengah ibu bapa mungkin memilih untuk memulakannya sejurus si manja lahir, tetapi anda juga boleh memulakan komunikasi penyingkiran ketika si manja sedang membesar supaya mereka lebih mudah memahami konsep komunikasi itu.

Secara kesimpulannya, anda boleh memulakan komunikasi ini pada bila-bila masa sahaja yang anda suka!

Kebaikan Memperkenalkan Komunikasi Penyingkiran

komunikasi penyingkiran

Sumber gambar: CDC

Sekiranya anda masih ragu-ragu jika anda patut mulakan komunikasi penyingkiran, mungkin kebaikan-kebaikannya akan dapat membantu anda membuat keputusan.

1# Kulit bayi yang lebih sihat

Dengan tidak menggunakan lampin pakai buang, maka ruam pada bahagian punggung bayi juga akan berkurangan atau hilang terus! Anda juga dapat mengelakkan jangkitan pada saluran kencing si manja anda.

2# Pengurangan bahan buangan

Sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan tidak menggunakan lampin, anda dapat mengurangkan bahan buangan yang berada di dalam rumah anda. Tambahan pula, pengurang bahan buangan lampin pakai buang dapat memberi manfaat kepada alam sekitar juga kerana produksi lampin pakai buang banyak menggunakan plastik.

Bonus, duit pun akan lebih jimat kerana anda tidak lagi perlu membeli lampin!

3# Ikatan yang lebih kuat antara anak dan ibu bapa

Perbuatan memberi respons dan bantuan kepada anak anda yang memerlukan anda dapat menguatkan lagi hubungan di antara anda dan anak. Ini sebab si manja akan mula mengenali anda sebagai seorang yang akan sentiasa ada untuk mereka.

Jadi, adakah anda rasa anda akan mencuba komunikasi penyingkiran dengan anak anda? Kongsikan bersama kami!

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline

Baca juga: Nak Tahu Tips Training Terbaik? Belikan Tandas Potty Yang Menarik Buat Anak, Ibu Boleh Pilih Dari Senarai Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • Latih Anak Komunikasi Penyingkiran Untuk Bantu Dia 'Potty Training' Lebih Pantas!
Kongsikan:
  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Stories Rakan Kongsi

    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Stories Rakan Kongsi

    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham