X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

8 min bacaan
Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

Rata-rata ibu baru pertama kali akan berdepan kesukaran menentukan saiz lampin bayi. Sebenarnya ada beberapa panduan penting ketika anda membuat pilihan

Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, anda yang baru pertama kali bergelar ibu ayah pasti akan berdepan beberapa kesukaran. Kehidupan moden memerlukan penggunaan lampin bayi bagi menjimatkan masa dan lebih praktikal.

Proses membesarkan bayi memerlukan penjagaan yang berhati-hati termasuklah menekankan aspek kebersihan. Hal ini kerana pada bulan pertama, si manja akan kerap mengosongkan pundi kencing dan usus mereka.

Panduan memilih lampin bayi terbaik

memilih saiz lampin bayi

credit to sources

Lampin bayi jenis pakai buang kini menjadi pilihan utama para ibu pada hari ini, terutamanya mereka yang bekerja. Rata-ratanya memberikan alasan kerana ia memudahkan tugas mencuci selepas si manja ‘membuang’.

Walaupun begitu, tidak semua lampin pakai buang adalah sesuai dengan bayi anda. Jika bayi A sesuai dengan lampin jenama A, ia tidak bermaksud bayi B juga sesuai dengan lampin A.

Dalam situasi ini, ibu ayah perlulah ‘try and error’ dalam memilih saiz dan keselesaan lampin pakai buang. Antara salah satu cara mudahnya ialah mendapatkan pek percubaan lampin percuma daripada syarikat pengeluar atau membeli lampin dalam kuantiti sedikit.

Antara kriteria yang perlu diberi perhatian ketika memilih lampin pakai buang bayi adalah:

#1. Memilih saiz yang betul

Elak memilih lampin terlalu ketat atau terlebih besar daripada tubuh bayi. Ibu hendaklah memastikan saiz mengikut berat bayi. Pada masa kini, lampin pakai buang tersedia dalam pelbagai saiz daripada newborn, saiz kecil sehinggalah besar.

Bagi ibu masih keliru, panduan di bawah mungkin boleh membantu anda memilih saiz lampin yang tepat iaitu:

  • Saiz S: untuk bayi mempunyai berat 3-7kg
  • Saiz M: untuk bayi mempunyai berat 6-11kg
  • Saiz L: untuk bayi mempunyai berat 9-14kg
  • Saiz XL: untuk bayi mempunyai berat 13-19kg
  • Saiz XXL: untuk bayi mempunyai berat 18kg dan ke atas.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar anggaran sahaja kerana ia bergantung kepada keselesaan dan keadaan si manja.

Terdapat dua jenis lampin yang anda boleh pilih iaitu yang berpelekat atau jenis seluar. Biasanya lampin seluar diberikan kepada bayi sedang aktif, supaya mudah untuk mereka bergerak dan meneroka persekitaran.

#2. Penentuan saiz lampin tidak bergantung pada umur anak

memilih lampin bayi terbaik

credit to sources

Sekiranya si manja anda sudah berusia 1 tahun dan memiliki berat lebih kurang 9kg, dia sebenarnya memerlukan saiz L. Jika dia berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz lampin terbaik untuknya adalah saiz M.

Justeru, ibu ayah perlu timbang dahulu berat anak dan dapatkan saiz lampin yang bersesuaian agar mereka berasa selesa. Bagi kanak-kanak yang mempunyai berat badan melebihi 15kg, saiz lampin sesuai dengannya ialah XL. 

Walaubagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia dengan berat ini telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan kerana pemakaian lampin bayi yang terlalu lama boleh menjejaskan proses perkembangan mereka.

#3. Jenis lampin mudah menyerap

Ciri utama dalam memilih lampin pakai buang adalah mempunyai lapisan yang cepat kering dan mampu mengelakkan masalah kebocoran. Biasanya, anak-anak aktif akan mengalami masalah lampin bocor di bahagian paha.

Jadi, ibu ayah hendaklah mencari lampin yang memiliki lapisan dalaman cepat menyerap dan mengunci cecair agar kulit bayi kekal kering dan selesa. Bukan itu sahaja, anda perlu memastikan lapisan luar boleh mengalirkan udara bagi membantu kulit bayi bernafas.

Lampin yang cepat basah akan menyebabkan bayi mengalami ruam lampin.

#4. Lampin yang mudah dipakai

Segelintir ibu ayah memerlukan masa yang agak lama untuk menukar dan memakaikan lampin pada anak. Jadi, anda dinasihatkan memilih lampin senang dipakai mengikut keaktifan mereka.

Jika si manja masih kecil, adalah lebih sesuai dipakaikan lampin berpelekat. Namun jika mereka sudah mula aktif dan boleh berjalan, carilah lampin seluar kerana ia mudah disarungkan. Namun, jangan pula beli jenis mudah tertanggal, ya!

#5. Buat perbandingan harga

Tidak semua lampin yang mahal adalah sesuai untuk setiap bayi. Oleh itu, anda perlu menggunakan teknik try and error bagi mengetahui kesesuaian lampin dengan si manja. Baca dahulu ciri-ciri yang ada pada lampin sebelum membuat pembelian.

Cara pakai pampers dengan betul

lampin anak

Ibu ayah perlu tahu cara yang betul pakaikan pampers supaya elak jangkitan kuman pada bayi. Penjagaan bayi perlu sangat teliti dan dilakukan dengan betul. Persediaan yang lengkap sangat diperlukan untuk mengelakkan masalah lampin bocor atau ruam pada kulit bayi.

Berikut adalah cara-cara asas pakaikan pampers dengan betul:

#1. Memastikan sentiasa bersedia barang menukar lampin untuk dibawa bersama

Semak beg lampin bayi anda sebelum merancang keluar. Beg lampin sudah menjadi satu keperluan wajib bagi ibu ayah yang mempunyai bayi.

Buat ibu baru berikut adalah barang yang anda perlu pastikan wajib dibawa antaranya ialah:

  • Lampin

Simpan sekurangya 2 keping atau lebih lampin apabila anda di luar. Tukar lampin bayi anda setiap dua jam sekali untuk memastikan keselesaan kepadanya.

  • Tisu basah

Cari tisu basah yang sesuai untuk kulit bayi. Kerana kulit bayi sangat sensitif dan menyebabkan luka atau masalah lain. Tisu basah biasanya digunakan untuk membersihkan bahagian alat sulit bayi selepas membuang air besar dan air kecil. Tisu basah lebih memudahkan lebih lagi ke kawasan yang suka mendapat bekalan air dan sangat menjimatkan masa.

  • Pakaian tambahan

Sediakan satu pakaian tambahan lain untuk bayi anda jika berada diluar, ini adalah persediaan sekiranya bayi anda termuntah, kebocoran lampin dan baju basah.

  • Alas menukar lampin

Cara kain yang bersih dan tidak terlalu tebal untuk disimpan dalam beg lampin bayi. Kebiasanya ia digunakan semasa anda ingat menukar lampin bayi supaya bayi anda dalam keadaan yang bersih dan tidak berdebu semasa proses menukar lampin.

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
  • Kain tambahan

Tidak lupa juga sediakan satu kain tambahan yang bersaiz sederhana. Sebagai pembersih sekiranya bayi anda termuntah, hidung berhingus.

  • Cecair pembasmi kuman

Pastikan anda memakai cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas supaya kuman tidak merebak. Gunakan cecair yang sesuai dengan kulit bayi mengikut peringkat umur.

  • Plastik sampah

Sediakan plastik sampah untuk membuang lampin kotor yang baru ditukar. Kadang-kadang anda mungkin perlu tukar lampin dalam kereta atau mana-mana tempat yang tidak menyediakan tong sampah jadi gunakan plastik sampah yang anda bawa sebagai persedian membuang pampers kotor tersebut.

#2. Permukaan rata

Cabaran kepada ibu ayah sekiranya mahu menukar lampin di tempat awam. Proses ini memerlukan penelitian dan kawasan yang bersih kerana kulit bayi sangat sensitif dan mudah dijangkiti kuman.

Pastikan anda mencari permukaan rata dan selamat seperti lantai atau meja. Kebiasaannya jika anda di pusat beli belah cari diaper change station untuk menukarkan lampin bayi anda. Ia lebih mudah dan selesa untuk anda dan bayi.

#3. Bawa barang permainan

Sudah pasti ketika proses menukar lampin bayi anda pasti mereka akan merengek dan boleh menganggu anda. Oleh itu, alihkan perhatian si manja dengan berikan bayi anda sesuatu yang boleh dipegang dapat menghilangkan kebosanan si manja dan memudahkan anda untuk menukar lampin bayi tanpa gangguan.

#4. Ambil masa untuk luangkan bersama sebelum menukarkan lampin

Semasa menukar lampin, bayi anda akan memandang antara satu sama lain. Luangkan sedikit masa untuk berbual atau bermain dengan bayi anda. Amalkan rutin tersebut untuk mengeratkan hubungan bersama.

Amaran: Pastikan anda tidak menutup tali pusat bayi. Lipat bahagian atas lampin bayi. Kebiasaanya tali pusat akan jatuh selepas seminggu atau dua minggu.

Kenali jenis najis bayi

Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

Perasan tak najis bayi berbeza-beza? Jom kenali jenis najis bayi mengikut peringkat:

  • Bayi baru lahir – Warna najis hitam kehijauan. Akan sedikit melekit-lekit. Tidak berbau. Biasanya akan bertukar warna hijau dan kurang melekit. Ini bermaksud bayi anda telah mula menerima susu.

Nota: Jika najis berwarna hitam itu dipanggil mekonium. Mekonuim mengandungi sel-sel dari dinding usus, rembesan cecair amnion atau ketuban. Jangan risau ini adalah normal.

  • Bayi yang menyusu badan – Warna najis kuning-kuningan, hijau atau coklat. Biasanya berbiji-biji atau lembut dan sedikit cair. Tidak berbau.

Nota: Jika bayi tidak berak kurang dari 14 hari ini adalah normal jika bayi tidak demam, tidak meragam. tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

  • Bayi yang menyusu formula – Warna najis berwarna kuning atau coklat. Berbau, tekstur seperti peanut butter. Najis lebih besar.

Amaran: Pastikan bayi anda berak sehari sekali untuk mengelakkan dari mereka terkena sembelit. Jika najis terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan ini bermaksud bayi anda kurang hadam makanan tersebut.

  • Najis berwarna hijau – Biasa terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk menambah darah atau kepada bayi yang baru sahaja diberikan makanan solid. Ia lebih pekat dan agak berbau.
  • Najis berwarna oren, kuning dan coklat– Menunjukan bayi anda normal jika diberikan susu badan atau susu formula.
  • Najis berwarna kemerahan dan hitam –  Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan. Ia kerana luka atau darah dari puting ibu. Dapatkan nasihat dari doktor kerana mungkin berlaku alahan atau jangkitan di dubur bayi.
  • Najis berwarna putih – Keadaan ini sangat jarang berlaku. Tahi mendapat warna dari hempedu, jadi ketiadaan hempedu menyebabkan najis kehilangan warnanya yang menyebabkan najis menjadi warna putih. Dapatkan ratawan daripada doktor untuk keselamatan pada bayi anda.
  • Najis keras – Menyebabkan bayi susah untuk berak. Tekstuarnya seperti batu kecil yang kering menyebabkan perut bayi kembung dan keras. Bayi akan meneran sekuat hati sewaktu hendak buang air besar. 

Semoga manfaat!

  1. HealthyChildren.org (n.d). The Many Colors of Baby Poop. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/The-Many-Colors-of-Poop.aspx
  2. Mom Loves Best (2021, June 02). Types of Baby Poop (Types, Colors, Smells & Warning Signs). https://momlovesbest.com/types-of-baby-poop
  3. WebMD (n.d). Natural Baby Skin Care Tips: Massage, Eczema, Rash, and More. https://www.webmd.com/parenting/baby/skin-care-tips

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga: 13 Jenama Pampers Anak Yang Terbaik, Bantu Si Kecil Bergerak Aktif & Selesa Setiap Hari!

Baca juga:  4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

Baca juga: Patutlah Selalu Bocor, Rupanya Ibu Ayah Tak Pakaikan Lampin Bayi Betul-Betul, Ini Caranya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!
Kongsikan:
  • Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

    Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

  • 4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

    4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

    Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

  • 4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

    4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.