X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Biar Ruam Lampin Anak Makin Teruk Hingga Bayi Itu Maut!

3 min bacaan
Ibu Biar Ruam Lampin Anak Makin Teruk Hingga Bayi Itu Maut!

Seorang bayi berusia empat bulan ditemui meninggal dalam buaian bayi dalam keadaan penuh dengan ulat. Bayi ini dipercayai mati kerana ruam lampin.

Kita tahu kepentingan mencegah ruam lampin pada bayi, lebih-lebih lagi pada bayi baru lahir. Tapi, tahukah anda – ruam yang dibiarkan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk?

Jangkitan bakteria pada bayi yang masih kecil adalah sangat bahaya kerana sistem imunisasi mereka masih belum matang dan mereka boleh sakit dengan cepat.

Kebanyakkan dari kita mungkin dah biasa menangani ruam pada anak. Tapi, ada juga ibu bapa yang sengaja mengabaikan ruam lampin pada bayi sehingga ia boleh membawa maut!

Ibu bapa gagal tangani ruam lampin buat bayi meninggal

ruam lampin, ruam lampin pada bayi, cara mencegah ruam lampin, merawat ruam lampin, cara merawat ruam lampin bayi, ruam lampin bayi

Kredit Gambar: Twitter

Seorang bayi berusia empat bulan di Amerika Syarikat telah ditemui mati tahun lepas dipenuhi ulat di rumah ibu bapanya. Ketika dijumpai, mayat bayi ini masih di dalam buaian.

Menurut Penolong Peguam Negara, bayi ini meninggal kerana ruam lampin dan ibu bapanya telah didakwa dengan pembunuhan darjah pertama.

Ibunya Cheyyanne Harris, 20, dan bapa, Zacharu Koehn, 28 telah meninggalkan bayi mereka “memakai lampin yang tak ditukar lebih seminggu.”

Menurut laporan, lampin ini dipenuhi dengan najis yang menyebabkan infestasi ulat dan jangkitan E-Coli.

“Penyelidikan tentang pertumbuhan ulat dan perkembangannya menunjukkan yang kanak-kanak ini tak ditukarkan lampin, tak dimandikan atau tak dialihkan dari tempat duduk selama lebih seminggu.”

ruam lampin, ruam lampin pada bayi, cara mencegah ruam lampin, merawat ruam lampin, cara merawat ruam lampin bayi, ruam lampin bayi

Kredit gambar: Twitter

Apabila pasukan penyelamat menemui bayi ini, mereka menerangkan yang persekitaran tempat tersebut sebagai “panas… dan ada bau busuk air kencing”.

Keadaan bayi ini sangat teruk hingga pasukan penyelamat tak boleh melakukan apa-apa untuk menyelamatkannya.

“Matanya terbuka,” kata salah seorang penyelamat. “Ini bukan keadaan bayi yang boleh saya lakukan CPR.”

Ibu bapa kepada bayi ini juga ditemui dalam rumah tersebut dan kelihatan sangat tidak terurus.

Kes ini ternyata merupakan kes pengabaian dan penderaan yang sangat ekstrem, ruam lampin adalah sangat serius dan ibu bapa jangan ambil mudah tentang perkara ini.

Bagaimana nak cegah ruam lampin dari melarat?

Ruam lampin adalah normal dalam 15 bulan pertama kehidupan bayi. Memastikan kemaluan bayi anda sentiasa kering adalah kunci utama untuk mencegah ruam ini.

Apa penyebab ruam lampin?

  • Pendedahan terlalu lama kepada najis, lebih-lebih lagi jika bayi cirit-birit.
  • Penukaran komposisi najis apabila bayi diberikan makanan baru atau makanan pejal.
  • Tukar jenama lampin atau tisu basah, baby oil, bedak atau losyen, sabun basuh baju atau peluntur baju.
  • Beberapa makanan yang ibu makan jika menyusu bayi.
  • Kulit yang sangat sensitif
  • Baju yang ketat atau menggosok atau menggaru kulit.

Merawat ruam lampin di rumah

ruam lampin, ruam lampin pada bayi, cara mencegah ruam lampin, merawat ruam lampin, cara merawat ruam lampin bayi, ruam lampin bayi

Mulakan dengan membasih kemaluan bayi anda dengan air suam dan perlahan-lahan keringkan kawasan tersebut (jangan menggosok kulit bayi anda dengan tuala kerana ini mungkin akan buat ruam menjadi lebih teruk).

Letakkan krim anti-ruam atau jeli petroleum, lebih-lebih lagi di celah kangkang. Jauhkan dari bedak talkum.

Jangan lupa untuk menukar lampin bayi anda selalu dan pastikan bayi anda sentiasa bersih dan kering!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ibu Biar Ruam Lampin Anak Makin Teruk Hingga Bayi Itu Maut!
Kongsikan:
  • 3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi

    3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi

  • Jangan Tunggu Lampin Anak Penuh Dulu Baru Nak Tukar, Ia PUNCA Ruam & Jangkitan Kuman!

    Jangan Tunggu Lampin Anak Penuh Dulu Baru Nak Tukar, Ia PUNCA Ruam & Jangkitan Kuman!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.