X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Penting! Ibu Ayah WAJIB Tahu Cara CPR Bayi, Ini Panduannya

4 min bacaan
Penting! Ibu Ayah WAJIB Tahu Cara CPR Bayi, Ini Panduannya

Malang tidak berbau. Jika masih belum tahu cara bagaimana memberi bantuan pernafasan, jom persiapkan diri kita dengan belajar teknik CPR untuk bayi.

Isu keselamatan anak-anak sepatutnya menjadi keutamaan kita para ibu bapa. Salah satu aspek penjagaan bayi yang kita patut kita berikan perhatian adalah isu pertolongan cemas.

Adakah anda tahu cara-cara untuk mengendalikan bayi yang terhenti nafasnya? Adakah anda tahu apa hendak buat apabila bayi anda tidak sedarkan diri? Di sini, kami ingin kongsikan dengan anda teknik CPR untuk bayi, yang kami rasakan penting untuk anda, sebagai ibu bapa, tahu!

Apakah itu CPR?

CPR, atau nama panjangnya cardiopulmonary resuscitation, merupakan satu kaedah pertolongan cemas yang diberikan kepada seseorang yang tidak bernafas.

Ia menggunakan teknik tekanan pada dada pesakit dan memberikan bantuan penyaluran oksigen kepada seseorang yang tidak sedarkan diri.

Jika bayi anda berhenti bernafas secara tiba-tiba, ia adalah sangat penting untuk anda memberikan CPR kepada si kecil ini. Ini adalah supaya bekalan oksigen dalam sistemnya dapat dikekalkan.

Jika bekalan oksigen ini terhenti, ia boleh mengundang bahaya. Seperti contoh kerosakan otak, dan yang paling teruk, kematian.

Perbezaan CPR Untuk Bayi, Kanak-Kanak dan Orang Dewasa

Kalau anda hendak tahu, CPR yang diberikan kepada seseorang itu adalah berbeza mengikut umur pesakit tersebut. Kenapa kita tidak boleh memberikan teknik CPR orang dewasa kepada anak kita?

Ia adalah kerana struktur fisiologi dan tulang mereka berbeza. Jadi, jika anda menggunakan CPR orang dewasa kepada si kecil anda, sebenarnya ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Untuk memudahkan anda faham, berikut merupakan antara contoh perbezaan fisiologi antara kanak-kanak dan orang dewasa:

  • Tulang kanak-kanak lebih fleksibel dari orang dewasa
  • Salurang pernafasan kanak-kanak lebih kecil
  • Lidah kanak-kanak lebih panjang, secara kadarannya, berbanding dengan saiz mulut mereka

Begitu jugalah dengan bayi. Disebabkan struktur badan mereka yang lebih kecil dan rapuh, maka, teknik seperti menekan tangan pada dada kecil mereka adalah tidak sesuai kerana ia mampu mencederakan mereka.

Jadi, Apakah Teknik CPR Untuk Bayi?

Untuk bayi anda yang berusia di bawah umur setahun, berikut merupakan teknik CPR yang patut anda pelajari.

  • Langkah 1 – Telentangkan bayi anda di atas lantai (permukaan yang rata dan keras).
  • Langkah 2 – Lihat sama ada bayi itu bernafas. Turunkan kepala anda, letakkan telinga anda pada mulut mereka. Rasai pernafasan mereka. Lihat dada bayi, lihat sama ada ia bergerak ke atas dan ke bawah.
  • Langkah 3 – Setelah anda pastikan si kecil anda tidak bernafas, segera telefon talian kecemasan 999.
  • Langkah 4 – Sementara menunggu pihak ambulans sampai, lakukan teknik CPR.
teknik CPR untuk bayi

Source: Youtube.com

  • Langkah 5 – Letakkan dua jari pada dada bayi. Tekan jari anda sedalam lebih kurang 1 setengah inci pada dadanya. Ulang sebanyak 30 kali.
teknik CPR untuk bayi

Source: Youtube.com

  • Langkah 6 – Selepas itu, tekan kepala bayi ke belakang sedikit.
teknik CPR untuk bayi

Source: Youtube.com

  • Langkah 7 – Berikan pernafasan sebanyak 2 kali hembusan ke mulut bayi anda. Lihat sama ada dada bayi naik sewaktu anda memberikan hembusan.
  • Langkah 8 – Ulangi langkah 5 ke 7 sehingga bayi anda kembali bernafas atau sehingga pihak ambulans sampai.

Seperti yang anda lihat, teknik CPR untuk bayi adalah mudah. Namun, impaknya kepada bayi yang tidak bernafas sangat besar – ia dapat mengelakkan kecacatan otak dan menghindari kematian!

Kalau anda hendak melihat demo cara-cara memberikan bantuan pernafasan kepada anak kecil, tonton video tutorial CPR untuk bayi di bawah ini.

Nombor talian kecemasan

Selain 999 untuk panggilan sebarang kecemasan sama ada bahagian kesihatan atau keselamatan.

Nombor kecemasan Malaysia yang lain harus diingat supaya dapat membantu individu yang berada dalam keadaan tertentu yang memerlukan bantuan 24 jam. 

Operator yang bertugas di bawah Telekom Malaysia TM akan memberi respon terhadap setiap panggilan kurang dari 10 saat dan mengambil beberapa maklumat ringkas. Setelah itu, mereka akan mengalihkan panggilan kepada unit berkenaan. 

Talian NUR 

Jika anda mengetahui atau mengesyaki ada kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko untuk didera dan diabaikan, sila laporkan kepada Pegawai Pelindung Kanak-Kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat) atau hantar kanak-kanak berkenaan ke hospital berhampiran. 
 
Sertakan sekali butiran tersebut:
– Nama kanak-kanak 
– Lokasi dan alamat tempat tinggal 
– Sebab disyaki penderaan
– Nama anda dan nombor untuk dihubungi. 

Ini kerana, risiko untuk mendapat kecederaan atau sesuatu yang mengancam kehidupan dan keselamatan kanak-kanak harus diutamakan.

Meskipun tidak terdapat tanda fizikal namun kanak-kanak tersebut mungkin boleh merasa rendah diri atau menjadi ganas atau kasar akibat pengabaian dan penderaan yang dilakukan terhadap mereka. 

Nombor talian – 15999 

Persiapkan diri anda dengan teknik pertolongan cemas yang penting ini dan pastikan anak anda berada dalam keadaan yang selamat sentiasa!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Baca juga: Nombor Talian Kecemasan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Penting! Ibu Ayah WAJIB Tahu Cara CPR Bayi, Ini Panduannya
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham