X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kurung Anak Tanpa Penjaga, 3 Beradik Dijumpai Dalam Bilik Kotor Yang Hanya Makan Nasi & Kicap

7 Aug, 2017
Kurung Anak Tanpa Penjaga, 3 Beradik Dijumpai Dalam Bilik Kotor Yang Hanya Makan Nasi & Kicap

Tanpa pengawasan sesiapa, tiga beradik ini ditemui dengan najis di dalam sebuah bilik sewa! Mereka hanya makan nasi dengan kicap dan kelihatan seperti tak mandi beberapa hari.

Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes kurung anak selepas penularan gambar tiga beradik yang dijumpai terkunci dalam sebuah bilik tidur yang disewa di Johor Bahru.

Tiga kanak-kanak yang masing-masing berusia antara 6 ke 1 tahun. Mereka didapati berada tanpa penjaga kerana ibu bapa mereka pergi bekerja di Gelang Patah.

Menurut The Straits Times, dua orang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki terbabit hanya makan nasi dan kicap.

kurung anak

Kredit gambar: The Reporter

Mereka juga kelihatan seperti tak mandi selama beberapa hari. Najis berlambakan di bilik tersebut.

Kes kurung anak, Jiran Yang Melaporkan Insiden Itu

Insiden ini terbongkar apabila salah seorang jiran di kawasan kejadian terdengar bunyi “aneh” dari bilik terbabit.

Mereka terus menghubungi pihak berkuasa. Berikutan kejadian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak pantas menyelamatkan ketiga-tiga mangsa.

Pegawai JKM Johor Bahru mengulas tindakan boleh diambil ke atas kedua ibu bapa mangsa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan anak – atau tanpa pengawasan orang dewasa.

Kes seperti ini seharusnya membuka mata masyarakat untuk sentiasa lebih peka dengan sekeliling.

Jika anda nampak sebarang tanda-tanda kecuaian, pengabaian atau penderaan – sila laporkan pada pihak yang bertanggungjawab.

Ya, memang kita tak seharusnya “menjaga kain orang lain”, tapi kes pengabaian anak boleh memberi kesan buruk pada mangsa (yakni kanak-kanak).

Pengabaian Anak Atau Penderaan Kanak-Kanak

Kanak-kanak seharusnya dibesarkan oleh orang dewasa. Ibu bapa, adik beradik, saudara mara atau sesiapa yang menjaga kanak-kanak harus memberi kasih sayang, sokongan dan panduan.

Tapi, kes pengabaian dan penderaan membuatkan mereka membesar dalam keadaan takut, marah dan terganggu. 

Mereka tak sepatutnya diberi persekitaran toksik. Jadi, jika anda nampak tanda-tanda seperti di bawah, segera laporkan ia kepada pihak berkuasa.

Kami akan ajar cara melaporkan seperti di bawah.

pengabaian anak

Tanda-Tanda Kes Yang Harus Dilaporkan

  • Kes Penderaan

  1. Anda dapat melihat tanda-tanda seperti kanak-kanak tersebut menggeletar, ketakutan.
  2. Ada kesan tamparan atau pukulan
  3. Ada kesan pukulan dengan tali pinggang, kasut atau objek lain
  4. Kesan lecuran
  5. Patah tangan atau tulang lain
  6. Kanak-kanak tak dibenarkan makan, minum atau ke tandas
  • Kes Pengabaian

  1. Kanak-kanak kelihatan tak cukup makan, tanpa baju, perlindungan atau keselamatan yang diperlu
  2. Kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa
  3. Kanak-kanak tidak dirawat dengan perubatan yang sepatutnya
  4. Tak hadir sekolah
  5. Rambut atau kulit kotor (macam tak mandi) atau ruam lampin
  6. Ada kesan tumbukan di bahagian badan
  7. Cerita “insiden” dari ibu bapa yang tak masuk akal

Bagaimana Ingin Buat Laporan

didera ibu tiri, anak didera ibu tiri, bayi didera ibu tiri, kanak2 didera ibu tiri, kes didera ibu tiri, budak didera ibu tiri, kisah didera ibu tiri, ibu tiri dera anak, ibu tiri dera, ibu tiri dera anak, ibu tiri dera anak perempuan, ibu tiri dera anak sampai mati, ibu tiri dera anak ditangkap

Jangan pandang sebelah mata masalah ini. Kita seharusnya beri peluang pada anak-anak untuk membesar dalam persekitaran yang elok.

Jika anda dapat lihat sebarang tanda-tanda penderaan, kes buli, pengabaian atau sebagainya yang melibatkan kanak-kanak, sila:

  • Hubungi UNICEF di talian 15999
  • Beri alamat lokasi kejadian
  • Nyatakan apa jenis penderaan yang anda syak/ketahui
  • Kenal pasti pemangsa atau maklumat berkaitan pemangsa

Jangan risau, semua aduan adalah rahsia dan dilindungi oleh pihak berkuasa. 

Kita orang dewasa harus memberhentikan KES-KES PENDERAAN DAN PENGABAIAN KANAK-KANAK!

Sumber rujukan: APA, The Straits Times, dan Says

Kredit gambar: THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
Looking For A Convenient Way To Prepare Meals For Your Family? Fill Your Pantry With Campbell’s Soup
Looking For A Convenient Way To Prepare Meals For Your Family? Fill Your Pantry With Campbell’s Soup
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child

Baca juga: 

Ada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kurung Anak Tanpa Penjaga, 3 Beradik Dijumpai Dalam Bilik Kotor Yang Hanya Makan Nasi & Kicap
Kongsikan:
  • Jijik! Berikut adalah 5 perkara yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda

    Jijik! Berikut adalah 5 perkara yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda

  • Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

    Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Jijik! Berikut adalah 5 perkara yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda

    Jijik! Berikut adalah 5 perkara yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda

  • Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

    Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.