X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

4 min bacaan
Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Telefon pintar adalah satu "ketagihan" yang merosakkan perkembangan otak anak-anak. Mereka terbuka kepada pelbagai indikasi buruk akibat pemberian telefon pintar terlalu awal.

Telefon pintar seperti dadah kokain?

Ha… jangan terkejut ibu bapa semua! 

Seorang pakar terapi yang terkenal mengendalikan kes ketagihan telah memberi satu amaran keras.

Jangan beri telefon pintar terlalu awal pada anak-anak anda! Ia umpama memberi satu gram kokain.

Hal ini kerana kanak-kanak akan menghabiskan masa mereka di hadapan skrin telefon, berbanding meluangkan masa melakukan aktiviti lain. Mereka akan khusyuk menghabiskan masa dalam aplikasi Facebook, Snapchat atau Instagram.

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Mereka juga akan “ketagih” dengan media sosial, sama seperti ketagihan pada dadah dan alkohol!

Sebuah persidangan pendidikan telah dijalankan di kota London bagi membincangkan isu ini. Antara yang turut hadir dalam persidangan tersebut adalah pakar ketagihan teknologi dan pakar perkembangan remaja, Puan Mandy Saligari. 

Beliau juga adalah pakar dari Klinik Pemulihan Harley Street. Menurutnya, ramai ibu bapa sering mengabaikan kesan anak terlampau ketagih dengan skrin telefon.

Sedangkan, telefon pintar adalah alat yang paling sesuai untuk isu ketagihan di kalangan golongan muda!

Puan Saligari amat bertegas dalam isu ini, kerana beliau sendiri terlibat dalam kes memulihkan kanak-kanak yang ketagih dengan telefon pintar!

“Saya selalu cakap pada semua ibu bapa, jika anda beri mereka telefon pintar atau sebarang tablet, anda sebenarnya sedang memberikan mereka sebotol minuman beralkohol atau satu gram kokain. Telefon pintar memberi kesan pada impuls otak. Sama seperti dadah!“.

Kanak-kanak menerima kesan akibat “ketagih” dengan telefon pintar

Berita melaporkan bagaimana kanak-kanak seawal usia 13 tahun telah dirawat di United Kingdom kerana terlalu ketagih dengan telefon pintar hingga mereka tidak memiliki keseimbangan yang sihat antara masa bermain telefon dan masa melakukan aktiviti lain.

“Kita dapat mengenalpasti corak ketagihan melalui mata pesakit. Biasanya, individu yang ketagih akan sesuatu tak akan lekang melihat ketagihan tersebut. Ia sama seperti ketagih terhadap makanan, mencederakan diri sendiri dan bermesej dengan unsur seks,” terang Puan Saligari lagi.

Apa yang paling membimbangkan, kanak-kanak yang ketagih bermain telefon bimbit ini terbuka untuk menghantar imej lucah pada umum!

Mereka juga dilaporkan cuba mengakses laman web yang mengandungi kandungan tidak bersesuaian dengan umur mereka, melalui telefon pintar yang diberi ibu bapa. 

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Hmmm… bahayanya!

Bahaya yang menanti akibat kebebasan menggunakan telefon pintar

Sebuah kaji selidik terhadap hampir 1,500 orang guru di seluruh dunia mendedahkan satu berita dahsyat! Hampir dua pertiga guru terbabit menyedari anak murid mereka sering membawa telefon pintar ke sekolah.

Malah, mereka juga akan berkongsi kandungan seksual sesama sendiri! Satu daripada enam murid terbabit masih di bangku sekolah rendah.

Di United Kingdom, lebih daripada 2,000 orang kanak-kanak telah dilaporkan kepada pihak polis atas jenayah yang berkaitan dengan pengedaran imej lucah dan tidak senonoh sejak 3 tahun lalu.

Puan Saligari juga mendedahkan ramai pesakit di Klinik Pemulihan Harley Street adalah kanak-kanak perempuan berusia 13 hingga 14 tahun yang “ketagih” dan terlibat dalam penghantaran mesej berbau seks!

Mereka juga menganggap bertukar-tukar mesej yang berbaur lucah itu normal!

Mereka menganggap perbuatan itu normal kerana telefon yang digunakan adalah telefon pintar “mereka”. Perbuatan itu hanya akan mengundang bahaya jika orang dewasa (atau ibu bapa) terkantoi mengetahuinya.

Ish, bahaya sungguh!

Kesukaran ibu bapa untuk mengatasi masalah ketagihan ini

Antara yang turut terlibat dalam persidangan perkembangan dan pembangunan remaja ini adalah Dr Richard Graham, seorang pakar perunding psikiatri dari Hospital Nightingale Technology Addiction Lead.

Menurut beliau, ibu bapa dilaporkan bergelut untuk membina keseimbangan pada anak-anak mereka. Hampir

Hampir 4 daripada 10 ibu bapa sukar mengawal anak-anak yang gemar menghabiskan masa di hadapan skrin telefon!

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Malah, ada kanak-kanak yang baru berusia 3 hingga 4 tahun juga telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya enam jam di depan telefon setiap minggu!

Bagaimana ingin mengatasi masalah ini?

Pakar mencadangkan ibu bapa untuk melakukan beberapa perkara agar masalah ketagih bermain telefon pintar ini dapat diatasi. Antaranya ialah –

  • Tekankan tentang kepentingan waktu tidur
  • Buat perintah digital berkurung di rumah (perintah jangan main teknologi digital)
  • Jangan benarkan mereka membawa telefon pintar ke sekolah
  • Peka dengan aktiviti anak-anak
  • Kawal dan sentiasa awasi tingkah laku mereka
  • Ajar anak tentang teknik mengawal ketagihan terhadap telefon (buat quiet time – waktu tanpa telefon)

Jangan ambil mudah tentang isu ini. Mari jalankan tugas anda sebagai ibu bapa sebelum semuanya sudah terlambat nanti!

Sumber rujukan: Independent.co, Independent Crime dan Independent Health

BACA JUGA: 6 Tip-Tip Untuk Pastikan Youtube Selamat Buat Si Manja

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham