Tidak dinafikan, susu adalah kegemaran setiap lapisan umur tidak kira kanak-kanak mahupun golongan yang lebih berusia. Manfaat susu coklat pula sering dikatakan sebagai pengukir senyuman kerana rasanya begitu sedap.
Dalam aspek pemilihan minuman, anak-anak pastinya memilih minuman berperisa berbanding tanpa perisa. Namun, persoalan yang sering bermain di fikiran ibu ayah adakah ia baik untuk kesihatan anak sekiranya diambil secara rutin?
Manfaat susu coklat
credit to sources
Setiap ibu ayah pastinya ingin membekalkan nutrisi dan gizi terbaik buat anak-anak. Hal ini kerana khasiat lengkap yang diberikan akan menyempurnakan proses perkembangan mereka secara optimum.
Susu yang diformulasikan untuk anak ini tentunya memiliki pelbagai pilihan jenama dan rasa. Namun, tidak semua rasa susu yang diberikan adalah sesuai dan disukai oleh anak-anak.
Misalnya, sekiranya berlaku alergi susu atau anak sudah bosan dengan susu yang sama, tentu sahaja ibu akan mengetahui cara berkesan untuk mengatasi masalah ini. Salah satunya menggantikan rasa susu dengan perisa seperti coklat. Antara manfaat susu coklat ialah:
#1. Sumber tenaga
Sekiranya anak-anak gemar minum susu coklat, anda tidak perlu risau kerana ia memiliki fungsi umum yang sama seperti susu lain iaitu membekalkan tenaga secara optimum.
Kanak-kanak yang bertenaga akan aktif sepanjang hari dan mampu menerokai dunia dengan lebih luas. Di dalam segelas susu coklat, ia mengandungi kalsium, karbohidrat dan sumber lemak baik yang diperlukan oleh tubuh badan.
Jadi, tenaga positif yang diterima oleh tubuh akan menghantar isyarat ke bahagian otak. Justeru, tidak hairanlah jika anak yang menggemari susu coklat kelihatan lebih lincah, aktif dan cerdas berbanding dengan kanak-kanak lain.
#2. Mewujudkan perasaan gembira
foto: gettyimages
Secara umumnya, manfaat susu coklat mampu memberikan kesan yang menenangkan serta membina perasaan bahagia. Hal ini kerana coklat mengandungi serotinin yang mampu mengelakkan anak-anak dari berasa tertekan atau kemurungan.
Bukan itu sahaja, coklat turut menghasilkan endorfin (protein) yang membuatkan anak lebih riang, ceria dan bersemangat. Justeru, emosi anak turut memainkan peranan untuk mereka lebih bersemangat dalam semua perkara yang dilakukan.
#3. Memiliki rasa yang sedap
Jika dibandingkan dengan susu putih (plain) tanpa rasa, si manja pastinya akan lebih menyukai rasa coklat yang manis.
Sekiranya mereka menunjukkan rasa bosan dan sukar menghabiskan susu putih, mungkin ibu boleh cuba memberikan anak-anak susu berperisa agar tubuh mereka memperoleh khasiat optimum untuk kekal sihat.
Hal ini kerana metabolisme tubuh sedikit terganggu kerana pengaruh cuaca atau persekitaran yang kurang bersih. Manfaat susu coklat mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh supaya terhindar sebarang jenis serangan penyakit.
#4. Minuman berkhasiat
foto: Live Happy Magazine
Jika anda bandingkan dengan pelbagai minuman berperisa yang terdapat di kedai mahupun pasaraya, susu coklat adalah minuman yang berkhasiat dan mengandungi kandungan nutrisi lebih baik.
Oleh itu, segera menggantikan tabiat mengambil minuman tinggi dengan gula kepada susu coklat bagi mengelakkan anak-anak mendapat risiko penyakit kencing manis mahupun masalah berat badan berlebihan.
Bukan itu sahaja, manfaat susu coklat juga mampu memperkuatkan tulang dan gigi si manja. Hal ini kerana kekurangan kalsium akan menghalang kanak-kanak daripada mencapai ketumpatan tulang maksimum (peak bone mass). Ia boleh meningkatkan risiko terhadap osteoporosis (penyakit tulang rapuh) pada kemudian hari.
Mengikut kajian, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium per setiap unit berat badan jika dibandingkan dengan orang dewasa.
#5. Alternatif merawat penyakit
Mungkin bagi segelintir ibu ayah, anda tidak menyedari akan kebaikan rahsia yang terkandung dalam susu coklat. Antara salah satu manfaat susu coklat adalah mengatasi masalah pembekuan darah.
Pembekuan darah ini merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kandungan flovanoid di dalam susu akan menjadi zat aktif untuk meredakan proses pembekuan darah tesebut.
Sumber: Hamil.co
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkebaikan-susu-kambing
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!