Ibu Mengalami Morning Sickness, Petanda Bayi Memiliki IQ Tinggi & Cerdas - Kajian

Ibu Mengalami Morning Sickness, Petanda Bayi Memiliki IQ Tinggi & Cerdas - Kajian

Gejala morning sickness yang selalu dialami wanita hamil adalah petanda baik bahawa bayi yang dikandungkan itu cerdas dan pintar!

Semua ibu yang sedang berada dalam fasa kehamilan tentu selalu mengalami gejala morning sickness, betul tak?

Pastinya gejala ini membuatkan badan rasa tak sihat, tidak bersemangat, lemah, mengantuk dan tak larat untuk melakukan kerja-kerja rumah. Seolah-olah nak berbaring saja sepanjang hari!

Walaubagaimanapun, tak semua wanita hamil mengalami gejala morning sickness ini kerana ada juga yang langsung tidak mual dan muntah di awal kehamilan.

Tapi bagi mereka yang mengalaminya terpaksalah bertahan dengan penuh rasa sabar demi bayi dalam kandungan.

Namun berita gembiranya adalah, ibu yang mengalami gejala morning sickness ini kurang berisiko untuk keguguran dan berpeluang melahiran bayi dengan lebih sihat dan cerdas!

Penelitian tentang gejala morning sickness

gejala morning sickness

Sekumpulan peneliti yang berasal dari Kanada menemui bahawa wanita hamil yang tidak mengalami muntah dan mual lebih dari 3 ke 10 kali berpeluang keguguran pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika dibandingkan dengan ibu yang mengalami gejala tersebut.

Apatah lagi, bayi yang dilahirkan ibu dengan morning sickness juga kurang berpeluang untuk lahirkan bayi dengan masalah seperti cacat bawaan, kelahiran prematur atau berat lahir yang rendah.

Selain itu, anak juga memiliki skor IQ yang lebih tinggi semasa berumur antara tiga hingga tujuh tahun.

Keputusan itu diperoleh selepas para pengkaji mengamati hasil 10 penelitian yang dilakukan daripada lima buah negara pada tahun 1992 hingga 2012. Ia hasil keputusan daripada 850 ribu wanita hamil pada tahun
berkenaan.

Menurut Jabatan Pediatrik, Hospital Sick Children dari Univeristi of Toronta mengatakan:

"Analisa ini menjelaskan kesan baik terhadap ibu yang mengalami muntah dan mual semasa mengandung. Di mana mereka terhindar dari keguguran, cacat bawan, pertumbuhan janin dan lain-lain.

Pada masa yang sama, penemuan ini bermakna tubuh ibu dipengaruhi oleh hormon yang baik semasa alami mual dan muntah. Namun belum terbukti sepenuhnya kesimpulan ini.

Ini kerana, ada juga sesetengah wanita hamil yang mengalami fasa buruk setelah mengalami mual dan morning sickness.

Walaubagaimanapun, penelitian ini boleh meyakinkan ibu bahawa gejala morning sickness ini tidaklah sesuatu yang terlalu berbahaya kepada kesihatan janin.

Namun untuk mengurangkan simptom morning sickess ini, ibu boleh mengamalkan makanan yang sihat supaya dapat menangani masalah ini dari terus menganggu rutin harian.

Mual di trimester pertama kehamilan

trimester pertama kehamilan

Pada dasarnya, ibu akan mengalami sembilan bulan tempoh kehamilan mengikut tiga trimester.

Setiap trimester, bayi dalam kandungan akan mengalami fasa pertumbuhan dan perkembangan yang akan dilihat dari ultrasound di klinik kesihatan.

Misalnya di trimester satu, biasanya ibu akan mengalami mual dan muntah.

Situasi ini tentunya membuatkan ibu rasa tidak selesa di waktu pagi dan gejala ini disebut dengan istilah morning sickness.

Justeru, rasa mual dan muntah yang dialami ibu semasa di trimester pertama itu adalah hal yang wajar berlaku bagi wanita hamil.

Selain ia juga adalah kesan positif kepada buah hati yang berada dalam kandungan ibu.

Jadi tidak ada apa yang perlu ibu khuatiri selama kehamilan anda, tapi pastikan diri mendapat rehat dan tidur yang mencukupi serta mengamalkan penjagaan kesihatan yang baik.

Cara untuk mengurangkan sakit pagi semasa hamil

morning sickness

- Minum air putih setiap 1/2 jam sebelum dan sesudah makan bersama makanan yang lain.
- Kerap makan dengan hidangan yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi
- Beristirehat dan mendapatkan tidur dengan baik.
- Hindari tempat yang terlalu panas supaya dapat mengurangkan rasa mual
- Minum air lemon, teh halia untuk kurangkan rasa mual dan muntah
- Jangan berbaring selepas makan
- Jangan makan lewat malam 
- Jangan ambil makanan yang pedas dan bercili

Semoga bermanfaat dan kongsikan dengan rakan yang lain. 

Ibu Mengalami Morning Sickness, Petanda Bayi Memiliki IQ Tinggi & Cerdas - Kajian

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal jpqosinbo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparet Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner