X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Khitan Bayi Perempuan, Ketahui Hukum Menurut Islam & Waktu Sunat Bayi Perempuan

5 min bacaan
Khitan Bayi Perempuan, Ketahui Hukum Menurut Islam & Waktu Sunat Bayi Perempuan

Pasti ada ibu bapa yang tertanya-tanya apakah hukum sunat bayi perempuan dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya?

Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi perempuan, pasti anda tertanya-tanya apakah hukum sunat bayi perempuan dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya?

Kali ini kami kongsikan mengenai sunat bayi perempuan sebagai panduan anda khususnya ibu ayah kali pertama.

Isi Kandungan

  • Hukum sunat bayi perempuan 
  • Cara sunat bayi perempuan dan bila sesuai untuk lakukannya
  • Sunat bayi perempuan tidak membahayakan
  • Klinik sunat bayi perempuan

Hukum sunat bayi perempuan 

Berkhatan, khitan atau sunat bayi perempuan, adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Sama ada ia dilakukan secara tradisional oleh bidan terdahulu atau secara moden oleh pegawai perubatan namun, ia membabitkan cara sunat bayi perempuan yang selamat, tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi.

Hukum sunat bayi perempuan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2009, telah membincangkan tentang hukum sunat bayi perempuan.

Muzakarah itu telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam namun diberi kelonggaran seandainya sunat perempuan mendatangkan kemudaratan. Muzakarah bersetuju memutuskan hukum sunat bayi perempuan adalah wajib.

Perbuatan sunat baby girl ini sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian masyarakat termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan bayi perempuan sunat  berlaku dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.

Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie.

Menurut Harian Metro, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2013 pula mengambil hukum harus bagi sunat perempuan, manakala Jawatankuasa negeri Perlis 2017 memutuskan hukum berkhitan bagi wanita berdasarkan keperluan yang dinilai pakar. Sekiranya didapati tiada keperluan untuk perempuan sunat , maka tidak perlu untuk anak perempuan bersunat.

Bahagian mana yang perlu dibuang ketika berkhatan?

Bahagian yang wajib dibuang ketika bayi perempuan sunat adalah:

  • Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
  • Bagi perempuan sunat, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
  • Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam.

Cara sunat bayi perempuan dan bila sesuai untuk lakukannya

Hukum sunat bayi perempuan

Menurut Pegawai Perubatan Poliklinik MyNur, Dr Phia Mujer bayi selepas dilahirkan sehingga berusia dua tahun adalah tempoh paling sesuai dikhatankan. Ada juga pendapat mengatakan perempuan sunat sesuai dilakukan selepas bayi berusia tiga bulan.

Apa yang perlu difahami oleh ibu bapa adalah cara sunat bayi perempuan berbeza dengan anak lelaki. Ini kerana prosesnya lebih mudah dan cepat hanya membabitkan pemotongan sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris.

Cara sunat bayi perempuan sepatutnya dilakukan sedikit saja dan tidak mencacatkan mahupun mencederakan bayi.

Sama ada proses bayi perempuan sunat boleh dilakukan ketika si manja masih kecil ataupun tidak, ia bergantung kepada pengamal perubatan yang biasa melakukannya.

Limitasi umur sehingga dua tahun juga bergantung kepada mereka dan keadaan anak terbabit kerana ia dipengaruhi faktor fizikal anak perempuan itu.

Bayi perempuan sunat menjadi lebih mudah apabila dilakukan ketika masih kecil kerana proses penyembuhan sangat cepat.

Pada masa sama bayi masih belum mempunyai rasa takut atau malu berbeza sekiranya mereka sudah besar tentu perasaan itu mulai ada untuk menjalani prosedur khatan bayi perempuan ini.

Sunat bayi perempuan tidak membahayakan

Hukum sunat bayi perempuan

Terdapat tiga cara khatan bayi perempuan yang biasa dilakukan pakar perubatan untuk sunat bayi perempuan iaitu menggunakan peralatan tajam seperti pisau, gunting dan jarum disterilkan.

Ketiga-tiga kaedah sunat bayi perempuan ini tidak mencederakan secara keterlaluan. Ia hanya membabitkan pemotongan sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris.

Cara sunat baby girl adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris saja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan.

Proses penyembuhan sunat baby girl mengambil masa dua hingga lima hari saja. Tetapi jika khatan bayi perempuan menggunakan teknik menggunakan pisau dan gunting pemulihan adalah lebih cepat malah tiada kesukaran penjagaan luka yang diwartakan dengan menggunakan kaedah betul setakat ini.

Klinik sunat bayi perempuan

Jika anda mencari-cari klinik sunat bayi perempuan yang berdekatan Kuala Lumpur dan Selangor, kami kongsikan beberapa senarai bagi memudahkan kerja anda.

Antara klinik sunat bayi perempuan yang sering dikunjungi oleh ibu ayah lain ialah:

  • Klinik Anda Cheras Balakong
  • Klinik Siti
  • Klinik Ummi
  • Klinik Amani
  • Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)
  • Klinik Tuah
  • FamFirst Clinic
  • Klinik Al Fatih Wangsa Melawati
  • Klinik Pusrawi

Sebelum anda ingin mendapatkan perkhidmatan di salah satu klinik sunat bayi perempuan yang kami kongsikan di atas, diingatkan supaya menghubungi pihak klinik terlebih dahulu kerana biasanya mereka memerlukan anda menempah tarikh temu janji.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penjagaan Selepas Berkhatan Kena Betul, Ibu Ini Kongsi Tips Agar Luka Cepat Sembuh!

Baca juga: Khitan Bayi Perempuan, Mudah & Cepat Rupanya! Bayi Pun Tak Menangis

Baca juga: 3 kesalahan ibu bapa ketika jaga kebersihan kulit khatan bayi lelaki

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Khitan Bayi Perempuan, Ketahui Hukum Menurut Islam & Waktu Sunat Bayi Perempuan
Kongsikan:
  • Peringkat Makanan Bayi Dari Usia 6 Bulan Hingga 12 Bulan, Panduan Lengkap Untuk Ibu

    Peringkat Makanan Bayi Dari Usia 6 Bulan Hingga 12 Bulan, Panduan Lengkap Untuk Ibu

  • Bedung Bayi Baru Lahir: Adakah Bayi Perlukannya & Sampai Bila Kena Pakai Bedung?

    Bedung Bayi Baru Lahir: Adakah Bayi Perlukannya & Sampai Bila Kena Pakai Bedung?

  • Berat Bayi Lahir Rendah, Ketahui Punca & Cara Menaikkan Berat Badan Bayi Dengan Cepat

    Berat Bayi Lahir Rendah, Ketahui Punca & Cara Menaikkan Berat Badan Bayi Dengan Cepat

  • Peringkat Makanan Bayi Dari Usia 6 Bulan Hingga 12 Bulan, Panduan Lengkap Untuk Ibu

    Peringkat Makanan Bayi Dari Usia 6 Bulan Hingga 12 Bulan, Panduan Lengkap Untuk Ibu

  • Bedung Bayi Baru Lahir: Adakah Bayi Perlukannya & Sampai Bila Kena Pakai Bedung?

    Bedung Bayi Baru Lahir: Adakah Bayi Perlukannya & Sampai Bila Kena Pakai Bedung?

  • Berat Bayi Lahir Rendah, Ketahui Punca & Cara Menaikkan Berat Badan Bayi Dengan Cepat

    Berat Bayi Lahir Rendah, Ketahui Punca & Cara Menaikkan Berat Badan Bayi Dengan Cepat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.