TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Penjagaan Selepas Berkhatan Kena Betul, Ibu Ini Kongsi Tips Agar Luka Cepat Sembuh!

4 min bacaan
Penjagaan Selepas Berkhatan Kena Betul, Ibu Ini Kongsi Tips Agar Luka Cepat Sembuh!

Penjagaan selepas berkhatan agak berlainan mengikut amalan dan tradisi di setiap kawasan. Namun, perkongsian wanita ini mungkin dapat membantu anda!

Kebiasaannya musim cuti sekolah yang panjang pada hujung tahun menjadi waktu pilihan ibu ayah mengkhatankan anak lelaki mereka. Bagi anda baru pertama kali berdepan keadaan ini, usah panik kerana penjagaan selepas berkhatan yang betul mampu menyembuhkan luka dengan cepat.

Bersunat atau berkhatan bererti pemotongan qulfah atau prepuce iaitu kulit yang menutupi kepala zakar lelaki.

Baca juga: Berkhatan: Antara Tuntutan Agama Dan Risikonya

Penjagaan selepas berkhatan amat penting

penjagaan selepas bersunat

foto: harian metro

Di Malaysia selalunya anak lelaki akan disunatkan sekitar usia 5 hingga 10 tahun. Namun para ilmuwan berpendapat lebih baik disunatkan sejak hari ke-7 kelahiran kerana ia meminimumkan rasa sakit dan memerlukan masa 3 hingga 4 hari sahaja untuk sembuh.

Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Adlil Rajiah, pengalaman berkhatan ini tidak hhanya menggerunkan si anak, malah jiwa ibu juga. Sungguh, ia mendebarkan.

Sebab itulah para ulama menggalakkan anak lelaki berkhatan sebelum usia mereka mencecah 3 bulan kerana kurang sakit dan mempercepatkan proses penyembuhan. Memang betul, saya tengok anak-anak buah yang sunat semasa bayi adalah jauh lebih mudah serta senang dijaga.

Tapi secara peribadi, saya rasa ada baiknya juga sunatkan anak apabila sudah besar sedikit sebab dia boleh belajar berdepan rasa sakit dan mengatasi ketakutan diri. Saya juga perasan tahap kematangan Haikal semakin meningkat selepas bersunat, cara dia beri respon terhadap sesebuah situasi dan cara berfikir juga berbeza.

Percubaan ketiga selepas anak melarikan diri

anak bersunat

Semasa Haikal berumur 6 tahun, dua kali kami daftar namanya untuk bersunat kerana dia kelihatan seperti sudah bersedia. Namun rupanya bila sampai sahaja katil bedah tu, dia sudah melarikan diri.

Kami pilih untuk tidak mahu menipu dan memujuknya dengan ayat ”sunat tu tidak sakit”. Kami selalu katakan bahawa ”sunat tu sakit, tetapi ia boleh buat kamu kuat dan sihat”.

Secara jujurnya, kami tidak setuju dengan kaedah tipu sunat kerana anak yang akan menanggung kesakitan tersebut. Jadi ibu ayah kenalah katakan perkara sebenar dan tunggu sampai anak benar-benar bersedia.

Dalam tidak sedar, kita sering merendahkan anak-anak. Mereka sebenarnya suka menyahut cabaran dan berdepan risiko. Bila mereka sudah didedahkan dengan fungsi serta proses berkhatan, nanti lambat-laun dia akan menyerah diri untuk disunatkan. Percayalah.

Tips sebelum, semasa dan selepas bersunat

Sebelum:

#1. Berhenti menipu anak dengan mengatakan sunat itu tidak sakit. Katakan kepada mereka perkara yang sebenarnya.

#2. Jangan momokkan sunat sebagai denda atau hukuman setelah anak buat kesalahan.

#3. Ada beberapa kaedah yang boleh anda pilih iaitu smart clamp, jahitan, sutureless dan sebagainya. Ibu ayah pilihlah yang paling kena dengan keadaan fizikal anak serta kemampuan kewangan. Jangan ikut cakap-cakap orang, pastikan tanya betul-betul dengan doktor.

#4. Sediakan reward untuk meraikan anak berkhatan. Bagilah hadiah apa pun, yang penting pastikan anak faham tentang kebaikan bersunat dan manfaatnya.

Semasa sunat:

tips anak berkhatan

credit to sources

#1. Sebelum masuk ke bilik bedah, pastikan anak sudah bersihkan diri, makan kenyang dan buang air.

#2. Tenangkan dia di dalam bilik bedah dan ajarkan teknik pernafasan semasa cucuk bius bagi mengurangkan rasa sakit.

#3. Jangan sesekali kata pada anak ”Jangan menangis, anak lelaki tidak boleh nangis, malu nanti orang tengok.” Mengarut! Biarkan anak menangis, sudah fitrah manusia bila rasa sakit.

#4. Terpulang pada ibu nak bagi anak main gajet atau tidak. Namun kajian ada mengatakan screen time boleh berfungsi sebagai painkiller dan hilangkan sakit dalam masa 3 saat. 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Selepas sunat:

#1. Benda basic penjagaan selepas berkhatan ialah ibu ayah perlu tahu: tempat luka potong perlu sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan kuman. Selepas mandi atau buang air, kena letak anak dekat tempat berangin agar cepat kering. Anda juga boleh guna hair dryer without heat atau kipas USB tu.

#2. Makan ubat antibiotik mengikut masa yang ditetapkan (sekiranya diberikan doktor).

#3. Sediakan aktiviti semasa anak dalam pantang. 3 hingga 4 hari pertama anak akan banyak baring. Justeru saya sediakan beberapa aktiviti lain seperti Haikal’s Game Book, main lego atau baca buku. 

#4. Pemakanan: Seminggu pertama pantang dahulu udang, sotong, kerang, ketam, telur dan sebagainya. Sediakan menu ikan isi putih, seeloknya haruan. Macam Haikal, setiap hari makan ikan haruan, saya variasikan cara masakan seperti sup, bakar, goreng, masak steam. Banyakkan juga mengambil buah, vitamin C boleh cepatkan penyembuhan.

#5. Cara basuh kencing pula boleh guna syringe atau isi air dalam bekas kecil (campur sikit dengan saline solution).

Sumber: Adlil Rajiah

Credit foto: akif imtiyaz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Penjagaan Selepas Berkhatan Kena Betul, Ibu Ini Kongsi Tips Agar Luka Cepat Sembuh!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham