X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Penjagaan Diri Selepas Bersalin Amat Penting, Ini 7 Tips Mudah Bantu Ibu Segera Sembuh!

4 min bacaan
Penjagaan Diri Selepas Bersalin Amat Penting, Ini 7 Tips Mudah Bantu Ibu Segera Sembuh!

Setelah berjaya melahirkan seorang zuriat buat suami tercinta, ibu hendaklah melalui proses penyembuhan luka dan memerlukan masa untuk tubuh kembali sihat

Ada sesetengah ibu memerlukan proses penyembuhan selepas bersalin selama 30 hari dan ada juga daripadanya disiplin meneruskan pantang sehingga hari yang ke-100. Tahniah! kini anda sudah berada dalam fasa peralihan dari kehamilan ke postpartum yang mungkin memberikan pelbagai kenangan dalam hidup.

Bagi yang sering mempersoalkan berapa lamakah masa untuk benar-benar pulih selepas melahirkan anak, 6 minggu selepas bersalin sudah dianggap tempoh pemulihan.

Baca juga: Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!

Tips melalui proses penyembuhan selepas beranak

proses penyembuhan selepas bersalin

credit to sources

Biarpun anda melalui setiap tahap kehamilan dan proses bersalin normal yang mudah, tubuh badan anda tetap mengalami regangan dan mungkin menerima tekanan pada tahap maksimum.

Keadaan inilah menyebabkan anda memerlukan sedikit masa untuk tubuh melalui proses penyembuhan secara berkesan. Hal yang perlu diingat bahawa ibu akan berdepan pengalaman berbeza bagi setiap anak.

Antara masalah terbesar yang sering menganggu para ibu selepas bersalin ialah sakit bahagian puting, bengkak susu, sakit bahagian belakang atau perineal. Ini mungkin berlanjutan sehingga berming-minggu lamanya sekiranya tidak dirawat dengan baik.

Antara petua penyembuhan selepas bersalin ialah:

#1. Menjaga kebersihan perineum

Tenangkan bahagian perineum sementara waktu dalam tempoh 24 jam selepas anda melahirkan bayi. Semburkan perlahan-lahan air suam sebelum atau selepas anda mengeluarkan air kencing bagi mengelakkan iritasi terhadap kulit. Selain itu, ibu juga boleh cuba mandi menggunakan air suam beberapa kali sehari bagi meredakan kesakitan.

#2. Merawat luka C-section

Bersihkan kesan pembedahan Caeseraen menggunakan air dan sabun secara lembut sekali sehari. Kemudian keringkannya menggunakan sehelai tuala bersih dan sapukan ubat antibiotik. 

Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda mengenai apakah cara terbaik bagi segera menyembuhkan luka ini sama ada perlu menutup atau membiarkannya terbuka di udara.

Di samping itu ibu juga tidak digalakkan mengangkat barangan besar dan berat (selain bayi). Jangan melakukan aktiviti senaman kuat sehingga doktor memberikan kebenaran untuk anda.

#3. Melegakan kesakitan tubuh atau kepala

proses pemulihan

credit to sources

Sekiranya anda merasai sakit yang berpanjangan, ambillah acetaminophen. Selain itu, ringankan ketidakselesaan yang dialami dengan pancuran air mandian panas dan kerap mengurut bahagian tubuh.

#4. Konsisten dengan rutin harian

Pergerakan usus selepas anda bersalin kali pertama mungkin memerlukan sedikit masa, namun jangan memaksa. Ibu dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Meskipun belum pulih sepenuhnya, usahlah hanya terbaring dan duduk melayan anak atau sosial media. Anda juga digalakkan untuk berjalan-jalan di dalam rumah. Sekiranya berdepan masalah sembelit, elakkan meneran kerana ia boleh membuatkan luka bersalin atau parut pembedahan caesar bertambah teruk.

#5. Lakukan senaman kegel

Tidak ada cara yang lebih baik untuk memulihkan faraj anda selain cuba mengamalkan senaman kegel ini. Bagi yang tidak tahu, ia boleh menjadikan hubungan suami isteri menyenangkan dan mengatasi masalah penghasilan air kencing selepas bersalin.

Justeru ibu boleh mulakan latihan kegel selepas bersalin sebaik sahaja anda berasa selesa untuk melakukannya. Target menyelesaikan 3 set seharian dalam masa 20 hari.

#6. Mengambil makanan yang sihat

cara pulihkan luka bersalin

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Tips for a Healthy Pregnancy
Tips for a Healthy Pregnancy

Jenis pemakanan penuh khasiat mampu membekalkan nutrisi baik diperlukan tubuh dan melawan masalah sembelit. Sama seperti yang anda lakukan semasa mengandung, makanan yang diambil hendaklah mengandungi karbohidrat, protein kompleks untuk tenaga dan banyak serat bagi mencegah buasir.

Selain itu anda juga boleh mengamalkan roti bakar gandum bersama mentega kacang, yogurt dan sayuran setiap hari. Jangan lupa untuk minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Elakkan pengambilan kafein kerana ia boleh mempengaruhi mood dan membuatkan waktu tidur anda menjadi lebih sukar.

#7. Ikuti temu janji bersama doktor

Sekiranya ibu mengalami rasa sakit pada bahagian payudara, cubalah menggunakan beg hangat atau pek ais dan mengurutnya dengan lembut. Pastikan anda mengenakan baju dalam penyusuan yang selesa. Jika masalah puting melecet, sapukan sedikit krim bagi merawatnya.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan diri dengan doktor juga adalah sesuatu yang mustahak terutamanya baru pertama kali bergelar ibu. Jika anda bersalin secara c-section, pastikan membuat temu janji bagi membuka jahitan. Sekiranya membiarkannya terlalu lama boleh menyebabkan parut kelihatan lebih teruk.

Sumber: What to expect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berpantang
  • /
  • Penjagaan Diri Selepas Bersalin Amat Penting, Ini 7 Tips Mudah Bantu Ibu Segera Sembuh!
Kongsikan:
  • Pilis Pantang Sapuan Herba Tradisional Untuk Ibu Bersalin, Ini Kegunaan Dan Cara Buat Sendiri!

    Pilis Pantang Sapuan Herba Tradisional Untuk Ibu Bersalin, Ini Kegunaan Dan Cara Buat Sendiri!

  • 11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

    11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

  • Keputihan Selepas Bersalin & Miss V Berbau: Punca, Cara Hilangkan & Rawatan Yang Berkesan

    Keputihan Selepas Bersalin & Miss V Berbau: Punca, Cara Hilangkan & Rawatan Yang Berkesan

  • Pilis Pantang Sapuan Herba Tradisional Untuk Ibu Bersalin, Ini Kegunaan Dan Cara Buat Sendiri!

    Pilis Pantang Sapuan Herba Tradisional Untuk Ibu Bersalin, Ini Kegunaan Dan Cara Buat Sendiri!

  • 11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

    11 Kuih Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang, Tidak Menyebabkan Ibu Rasa Gatal Atau Sakit

  • Keputihan Selepas Bersalin & Miss V Berbau: Punca, Cara Hilangkan & Rawatan Yang Berkesan

    Keputihan Selepas Bersalin & Miss V Berbau: Punca, Cara Hilangkan & Rawatan Yang Berkesan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham