X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jika Anda Sedang Berpantang, Tolong Jangan Ambil Ringan 5 Jenis Jangkitan Selepas Bersalin Ini!

4 min bacaan
Jika Anda Sedang Berpantang, Tolong Jangan Ambil Ringan 5 Jenis Jangkitan Selepas Bersalin Ini!

Sebaik sahaja anda bersalin, anda mungkin tidak mengalami atau merasakan apa-apa yang merisaukan. Namun keadaan mungkin akan berubah setelah beberapa hari anda melahirkan, atau ketika di rumah.

Selepas kelahiran bayi anda, tubuh anda mengambil masa untuk sembuh dan pulih kembali ke sediakala. Walaupun anda mengamalkan berpantang dengan baik, namun anda mungkin akan mengalami jangkitan selepas bersalin yang membuatkan anda tidak selesa.

Apakah Itu Jangkitan Selepas Bersalin?

Istilah jangkitan selepas bersalin digunakan untuk merujuk kepada pelbagai jenis masalah yang berlaku selepas melahirkan anak atau semasa penyusuan bayi. Selepas bersalin, tubuh anda melalui banyak proses yang menyebabkan luka, pendarahan dan perubahan hormon yang menyebabkan tubuh wanita akan mengalami beberapa keadaan yang tidak dijangka semasa anda berpantang.

Tanda-Tanda Penyakit Postpartum

Sebaik sahaja anda bersalin, anda mungkin tidak mengalami atau merasakan apa-apa yang merisaukan. Namun keadaan mungkin akan berubah setelah beberapa hari anda melahirkan, atau ketika di rumah.

bersendirian dalam rumah, bersendirian di rumah, biarkan anak bersendirian di rumah, anak bersendirian, anak berseorangan di rumah, anak berseorangan, anak seorang diri, anak berseorang diri di rumah, membiarkan anak bersendirian, bersendirian di dalam rumah, berpantang sendiri, tips berpantang sendiri, cara berpantang sendiri, berpantang

Berikut merupakan beberapa perkara yang mungkin terjadi semasa anda sedang berpantang:

  • Demam
  • Bau busuk dari faraj jika ia adalah jangkitan vagina atau rahim
  • Luka yang berbau
  • Rasa sakit di bahagian belahan.
  • Pendarahan yang berlebihan
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Kesukaran melakukan hubungan seks
  • Keguguran rambut
  • Masalah dalam membuang air kencing atau najis

5 Jenis Jangkitan Selepas Bersalin Yang Berisiko

Berikut adalah beberapa jangkitan selepas bersalin yang paling biasa yang mungkin anda alami. Ibu, jika anda mengalami salah satu dari masalah lepas bersalin ini, hubungi doktor dengan segera.

#1 Pendarahan Selepas Bersalin

masalah selepas bersalin, jangkitan selepas bersalin, pendarahan selepas bersalin, postpartum, rengat selepas bersalin, jahitan caeser terbuka, jangkitan jahitan caesar, risiko selepas bersalin, ibu berpantang, bentan selepas bersalin, cara hilangkan bentan, sakit ari-ari ketika berpantang

Pendarahan yang berlebihan yang berlaku selepas bersalin dan berterusan walaupun selepas beberapa hari pertama dikenali sebagai pendarahan selepas bersalin atau tumpah darah. Keadaan ini berlaku apabila anda melalui proses bersalin yang terlalu lama, melahirkan kembar atau mengalami jangkitan.

  • Ia berlaku apabila rahim tidak dikontrak dengan betul selepas plasenta dikeluarkan.
  • Ia mungkin juga berlaku akibat luka pada bahagian rahim, vagina atau serviks anda.

Dalam kes di mana kehilangan darah adalah teralu banyak, pesakit mungkin memerlukan pemindahan darah. Kadang-kadang pendarahan juga mungkin bermula selepas 2-3 minggu selepas bersalin, yang disebabkan oleh uri yang masih tertinggal dalam rahim!

#2 Jangkitan Rahim

Selepas melahirkan anak, uri ditolak keluar dari faraj 20 minit kemudian, namun ada sebahagian uri yang masih di dalam rahim, menyebabkan jangkitan rahim berlaku.

Tanda utama jangkitan pada rahim termasuklah bau busuk, rahim membengkak, demam panas atau kiraan sel darah putih yang tinggi. Dalam kebanyakan kes, doktor anda akan memberikan antibiotik intravena tertentu untuk mencegah sebarang komplikasi lanjut yang berbahaya.

#3 Jangkitan Pada Luka Pembedahan Caeserian

masalah selepas bersalin, jangkitan selepas bersalin, pendarahan selepas bersalin, postpartum, rengat selepas bersalin, jahitan caeser terbuka, jangkitan jahitan caesar, risiko selepas bersalin, ibu berpantang, bentan selepas bersalin, cara hilangkan bentan, sakit ari-ari ketika berpantang

Jika tidak dijaga dengan baik, luka pembedahan caesar boleh mengalami jangkitan beberapa hari selepas melahirkan.

  • Pastikan anda mengikuti arahan penjagaan yang telah diberikan oleh doktor anda pada selepas bersalin.
  • Berhati-hati untuk sebarang tanda jangkitan, seperti kemerahan, kulit bengkak atau keluarnya nanah.
  • Jangan garu luka tersebut.
  • Beritahu doktor segera juka mendapati terdapat ketidakselesaan pada kawasan caesar.

#4 Sakit di Perineum

Kawasan antara faraj dan rektum anda dikenali sebagai perineum. Kesakitan di kawasan ini adalah kejadian biasa jika anda mempunyai kelahiran secara normal.

  • Tisu-tisu di kawasan ini mungkin telah koyak atau diregangkan semasa proses bersalin.
  • Anda mungkin mengalami rasa bengkak atau sakit di kawasan ini.
  • Pastikan anda membersihkan diri dari bahagian depan ke belakang dan bukannya ke belakang untuk mengelakkan jangkitan lanjut.

#5 Discaj Yang Banyak Dari Vagina

Beberapa minggu selepas bersalin, ibu berpantang akan mengalami pengeluaran yang banyak dari vagina. Ini termasuklah darah nifas, darah beku (dipanggil darah bantal) dan sisa uri yang tertinggal.

  • Pada mulanya discaj itu akan menjadi merah dan mungkin mempunyai gumpalan darah.
  • Ini beransur-ansur bertukar menjadi merah jambu dan kemudian putih atau kekuningan, akhirnya berhenti sama sekali.
  • Discaj sepatutnya berhenti atau menjadi kurang dalam kira-kira 2 minggu selepas lahir.
  • Sekiranya anda tidak menyedari pengurangan aliran atau warna masih gelap dan bau busuk, hubungi doktor anda dengan serta-merta.

Semasa anda hamil dan melahirkan, tubuh anda telah mengalami banyak perubahan, malah sesi berpantang merupakan waktu bagi anda menguatkan kembali tubuh yang lemah akibat bersalin. Sekiranya anda berasa tidak selesa, tolong hubungi doktor atau pihak medikal bagi mendapatkan nasihat dan rawatan ya.

Semoga bermanfaat.

Saya mengalami keguguran rambut yang teruk selepas bersalin, apa yang boleh saya lakukan?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Momjunction

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combuasir-selepas-bersalin/

Stories Rakan Kongsi
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
Did Your Child Miss A Vaccine? Here’s What You Need To Know
Did Your Child Miss A Vaccine? Here’s What You Need To Know

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berpantang
  • /
  • Jika Anda Sedang Berpantang, Tolong Jangan Ambil Ringan 5 Jenis Jangkitan Selepas Bersalin Ini!
Kongsikan:
  • Jangan Pandang Remeh Bengkak Susu,Ia Mengundang Abses Payudara Yang Bernanah

    Jangan Pandang Remeh Bengkak Susu,Ia Mengundang Abses Payudara Yang Bernanah

  • Saya Selalu Sakit Ari-ari Ketika Hamil, Adakah Ini Normal Atau Saya Perlu Risau?

    Saya Selalu Sakit Ari-ari Ketika Hamil, Adakah Ini Normal Atau Saya Perlu Risau?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Jangan Pandang Remeh Bengkak Susu,Ia Mengundang Abses Payudara Yang Bernanah

    Jangan Pandang Remeh Bengkak Susu,Ia Mengundang Abses Payudara Yang Bernanah

  • Saya Selalu Sakit Ari-ari Ketika Hamil, Adakah Ini Normal Atau Saya Perlu Risau?

    Saya Selalu Sakit Ari-ari Ketika Hamil, Adakah Ini Normal Atau Saya Perlu Risau?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.