TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tumpah Darah Selepas Bersalin Boleh Meragut Nyawa Ibu, Ketahui Punca Dan Tanda-Tanda Bahaya

6 min bacaan
Tumpah Darah Selepas Bersalin Boleh Meragut Nyawa Ibu, Ketahui Punca Dan Tanda-Tanda Bahaya

Tumpah darah selepas bersalin boleh membawa maut. Antara tanda tumpah darah adalah pening kepala, kulit menjadi pucat, rasa lemah

Tumpah darah selepas bersalin adalah salah satu komplikasi yang paling ditakuti oleh ibu selepas melahirkan anak. Ia boleh berlaku akibat pelbagai faktor dan jika tidak ditangani dengan segera, boleh membawa risiko yang serius kepada kesihatan ibu.

Isi Kandungan

  • Definisi: Apa Itu Tumpah Darah Selepas Bersalin?
  • Tanda Tanda Tumpah Darah Selepas Bersalin
  • Punca Tumpah Darah Selepas Bersalin
  • Faktor Risiko Tumpah Darah Selepas Bersalin
  • Tumpah Darah Selepas Habis Pantang
  • Diagnosis Tumpah Darah Setelah Bersalin
  • Rawatan 
  • Perubahan Gaya Hidup & Rawatan Sampingan

Definisi: Apa Itu Tumpah Darah Selepas Bersalin?

Tumpah darah selepas bersalin atau postpartum hemorrhage (PPH) adalah keadaan di mana seorang ibu mengalami kehilangan darah berlebihan selepas melahirkan anak.

Secara umum, tumpah darah selepas bersalin didefinisikan sebagai kehilangan darah melebihi 500ml selepas kelahiran normal atau lebih 1,000ml selepas pembedahan cesarean. Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh mengancam nyawa ibu.

Tanda Tanda Tumpah Darah Selepas Bersalin

Tumpah darah selepas bersalin boleh berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas bersalin (PPH primer) atau sehingga 12 minggu selepas bersalin (PPH sekunder).

Antara tanda-tanda  tumpah darah selepas bersalin adalah:

  • Pendarahan berat yang tidak berhenti walaupun sudah menggunakan tuala wanita tebal

  • Tekanan darah rendah dan pening kepala yang teruk

  • Degupan jantung laju (takikardia)

  • Kulit menjadi pucat dan sejuk

  • Rasa lemah, letih dan tidak bermaya

  • Sakit perut yang luar biasa

  • Pembengkakan atau lebam di sekitar kawasan faraj akibat pengumpulan darah

Sekiranya ibu mengalami mana-mana simptom ini, rawatan kecemasan perlu segera diberikan untuk mengelakkan komplikasi serius.

Punca Tumpah Darah Selepas Bersalin

Beberapa punca utama boleh menyebabkan tumpah darah selepas bersalin:

1. Atonia Uterus

Punca tumpah darah setelah melahirkan adalah disebabkan oleh atonia uterus. Rahim gagal mengecut dengan baik selepas bersalin, menyebabkan saluran darah terbuka dan mengakibatkan pendarahan yang banyak.

2. Sisa Plasenta Tertinggal

Bahagian plasenta yang masih melekat pada dinding rahim boleh menyebabkan pendarahan yang berterusan.

3. Kecederaan Semasa Bersalin

Luka pada serviks, faraj atau rahim akibat episiotomi atau kelahiran yang sukar.

4. Gangguan Pembekuan Darah

Punca tumpah darah setelah bersalin disebabkan oleh gangguan pembekuan darah. Keadaan seperti hemofilia atau gangguan pembekuan darah boleh menyebabkan ibu mengalami pendarahan yang sukar dihentikan.

5. Kelahiran Kembar

Kelahiran kembar juga menjadi punca tumpah darah setelah melahirkan.Wanita yang melahirkan bayi kembar atau lebih berisiko mengalami PPH kerana rahim lebih besar dan sukar mengecut dengan cepat.

Faktor Risiko Tumpah Darah Selepas Bersalin

Walaupun tumpah darah selepas bersalin boleh berlaku kepada mana-mana ibu, beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang ibu mengalami tumpah darah:

1. Kehamilan Kembar: Rahim lebih besar dan sukar mengecut selepas bersalin.

2. Melahirkan Bayi Besar (Makrosomia): Regangan rahim yang berlebihan boleh menghalang pengecutan yang efektif.

3. Proses Kelahiran Lama Dan Sukar: Keletihan rahim akibat proses bersalin yang lama boleh menyebabkan ia sukar untuk mengecut dengan sempurna.

4. Induksi Atau Bantuan Ubat: Penggunaan ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran boleh meningkatkan risiko atonia uterus.

5. Pembedahan Cesarean Sebelum Ini: Parut pada rahim boleh menyebabkan rahim kurang fleksibel.

6. Anemia Semasa Hamil: Tahap hemoglobin yang rendah boleh memburukkan lagi kesan kehilangan darah selepas bersalin.

Tumpah Darah Selepas Habis Pantang

Tumpah darah selepas bersalin sekunder adalah pendarahan yang berlaku lebih daripada 24 jam selepas bersalin, biasanya antara minggu kedua hingga minggu ke-12 selepas kelahiran.

Keadaan ini berbeza dengan tumpah darah selepas bersalin primer, yang biasanya berlaku dalam 24 jam pertama.

Tumpah darah selepas bersalin sekunder boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk sisa plasenta yang tertinggal dalam rahim, jangkitan rahim (endometritis), atau gangguan pembekuan darah.

Gejalanya termasuk pendarahan yang lebih banyak dari biasa, darah berwarna merah terang, kehadiran ketulan darah, sakit perut, dan demam jika terdapat jangkitan.

Sekiranya ibu mengalami pendarahan selepas habis pantang, segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor.

Diagnosis Tumpah Darah Setelah Bersalin

Doktor mengesan masalah tumpah darah selepas melahirkan melalui pemeriksaan visual dan fizikal. Ujian makmal serta semakan menyeluruh terhadap sejarah kesihatan anda juga mungkin penting untuk menilai risiko dan kesan PPH.

Tumpah darah selepas bersalin didiagnosis berdasarkan jumlah darah yang telah hilang. Mengira atau menimbang tuala wanita atau span yang dipenuhi darah selepas bersalin adalah salah satu cara biasa untuk menganggarkan kehilangan darah.

Alat lain yang mungkin digunakan untuk menilai keadaan anda jika terdapat kebimbangan mengenai PPH termasuk:

  • Pemantauan berterusan kadar nadi dan tekanan darah untuk mengesan masalah
  • Ujian darah bagi mengukur sel darah merah (hematokrit) dan faktor pembekuan darah
  • Pemeriksaan pelvis untuk memeriksa vagina, serviks, dan rahim
  • Ultrasound untuk mendapatkan imej terperinci rahim anda

Rawatan 

Rawatan tumpah darah selepas bersalin (PPH) sebagai kecemasan dalam kebanyakan kes. Matlamat utama rawatan adalah menghentikan punca pendarahan secepat mungkin.

Bergantung pada punca dan tahap keterukan pendarahan, doktor mungkin menggunakan salah satu atau beberapa rawatan berikut:

  • Urutan rahim untuk membantu otot rahim mengecut
  • Ubat-ubatan bagi merangsang pengecutan rahim
  • Mengeluarkan sisa plasenta dari rahim secara manual atau melalui prosedur khas
  • Menjahit koyakan pada vagina, serviks, dan rahim untuk menghentikan pendarahan
  • Penggunaan kateter atau belon bagi memberi tekanan pada dinding rahim untuk mengurangkan pendarahan
  • Prosedur untuk menghentikan bekalan darah ke rahim
  • Pemindahan darah jika kehilangan darah terlalu banyak
  • Pemberian cecair melalui IV untuk menggantikan cecair yang hilang
  • Bekalan oksigen tambahan melalui topeng oksigen
  • Preskripsi suplemen zat besi bagi membantu pemulihan darah

Dalam kes yang jarang berlaku atau apabila rawatan lain gagal, doktor mungkin melakukan laparotomi atau histerektomi (pembuangan rahim). Laparotomi ialah prosedur di mana pakar bedah membuat sayatan pada perut untuk mencari dan menghentikan punca pendarahan.

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Perubahan Gaya Hidup & Rawatan Sampingan

Selepas mengalami tumpah darah selepas bersalin, ibu perlu memberi perhatian lebih terhadap kesihatan dan pemulihan:

1. Pemakanan Yang Kaya Zat Besi

Ibu perlu mengambil makanan yang tinggi zat besi seperti bayam, hati ayam, kekacang, dan daging merah untuk menggantikan darah yang hilang.

Makanan tinggi vitamin C seperti oren dan jambu batu juga membantu penyerapan zat besi.

2. Rehat Yang Cukup

Kurangkan aktiviti fizikal yang berlebihan untuk memberi masa kepada badan untuk pulih. Elakkan mengangkat objek berat atau melakukan kerja rumah yang berat dalam tempoh berpantang.

3. Minum Air Secukupnya

Banyakkan minum air kosong, jus buah tanpa gula, dan sup berkhasiat untuk memastikan tubuh kekal hidrat. Elakkan minuman berkafein yang boleh mengganggu penyerapan zat besi.

4. Pemantauan Berterusan

Sentiasa perhatikan tanda-tanda pendarahan yang tidak normal dan segera berjumpa doktor jika mengalami simptom seperti pening melampau atau pendarahan semula.

Hadiri pemeriksaan selepas bersalin mengikut jadual yang ditetapkan.

5. Rawatan Tradisional (Sebagai Tambahan)

Sesetengah wanita mengamalkan jamu seperti kunyit dan manjakani untuk membantu pengecutan rahim, tetapi penggunaannya perlu mendapat nasihat doktor. Selain itu, urutan selepas bersalin juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan pengecutan rahim.

Kesimpulannya, tumpah darah selepas bersalin adalah keadaan serius yang memerlukan rawatan segera. Walaupun ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, ibu yang mempunyai faktor risiko tertentu perlu lebih berhati-hati dan bersedia menghadapi kemungkinan ini.

Cleveland Clinic, Pregnancy Birth & Baby

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar

Baca juga:  Punca Kematian Ketika Bersalin Yang Meragut Nyawa Ramai Ibu Hamil

Baca juga:  Darah Nifas Selepas Bersalin: Maksud, Tempoh & Bila Perlu Mandi Wajib

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Tumpah Darah Selepas Bersalin Boleh Meragut Nyawa Ibu, Ketahui Punca Dan Tanda-Tanda Bahaya
Kongsikan:
  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham