X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tempoh Darah Nifas Berapa Hari? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu

8 min bacaan
Tempoh Darah Nifas Berapa Hari? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu

Anda tertanya-tanya tentang berapa tempoh darah nifas atau darah selepas bersalin akan keluar? Di sini panduan lengkap yang dijawab pakar untuk anda.

Menjadi kebiasaan untuk para ibu akan keluar darah selepas bersalin. Darah selepas bersalin itu dikenali sebagai post-natal bleeding atau darah nifas. Soalan cepumas yang sering ramai bakal ibu tanya ialah darah nifas berapa hari tempohnya?

Namun sebelum itu, untuk pengetahuan anda dari segi bahasa, nifas datang dari perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Dari segi saintifik pula, darah nifas ini ialah darah yang keluar dari rahim wanita selepas beranak atau darah selepas bersalin. 

darah nifas berapa lama, tempoh darah nifas, mandi selepas bersalin, cara mandi wajib

Di sini ada panduan lengkap tentang darah selepas bersalin (darah nifas) seperti tempoh darah nifas yang dijawab oleh Dr Zubaidi Ahmad. Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan yang bermain di minda anda.

Isi Kandungan

  • Tempoh Darah Nifas Berapa Hari?
  • Bersalin Czer, Tempoh Darah Nifas Berapa Hari?
  • Darah Nifas Untuk Wanita Keguguran
  • Tiada Darah Nifas Selepas Bersalin
  • Apa Perlu Buat Jika Darah Semakin Banyak?
  • Hukum bagi wanita dalam nifas
  • Cara Mandi Wajib Selepas Nifas
  • Bila Datang Period Pertama Selepas Bersalin?
  • Bila Perlu Jumpa Doktor?

Tempoh Darah Nifas Berapa Hari?

darah nifas berapa lama, tempoh darah nifas, mandi selepas bersalin, cara mandi wajib

Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas1 ialah darah yang keluar selepas bersalin. Sekiranya darah keluar sebelum bersalin (dan bayi masih belum keluar sepenuhnya), itu bukanlah darah selepas bersalin.

Jadi tempoh darah nifas berapa hari? Ia sebenarnya terpulang juga pada badan seseorang. Tapi biasanya tempoh minimum bagi darah selepas bersalin ialah satu titik selepas bersalin atau dalam tempoh tiga hari.

Tempoh ini boleh berlanjutan sehingga 60 hari. Biasanya, wanita yang dalam proses berpantang akan mengalami darah nifas selama 40 hari. Darah yang keluar lebih 60 hari dikira sebagai istihadah3 (darah penyakit). 

Darah anda akan berwarna merah terang, dan anda mungkin melihat beberapa gumpalan2 untuk beberapa hari pertama selepas anda bersalin.

Ia tidak sepatutnya terlalu besar daripada satu perempat. Anda perlu memakai pad yang tebal kapasnya kerana pada ketika ini darah akan keluar dengan banyak pada permulaan. Tetapi anda sepatutnya boleh kembali ke pad biasa kemudian.

Anda mungkin berdarah lebih sedikit apabila anda membawa bayi anda pulang. Ini mungkin kerana anda banyak bergerak. Jika ini berlaku, cuba berehat sedikit.

Ia juga normal untuk kadang-kadang merasakan darah keluar dengan laju apabila anda berdiri. Ini kerana cara keadaan faraj yang seperti menakung. Darah terkumpul di kawasan seperti kawasan seperti takungan semasa anda duduk atau berbaring. Disebabkan itu, apabila anda berdiri, ia akan keluar dengan laju dan anda rasa seperti sesuatu meluncur. 

Selepas kira-kira 10 hari, anda sepatutnya semakin mengalami keadaan darah yang sudah semakin berkurang. Anda mungkin mengalami pendarahan ringan atau bertompok sehingga 6 minggu selepas bersalin.

Anda hanya boleh menggunakan tuala wanita pada masa ini. Tampon boleh menyebabkan jangkitan kerana ia perlu dijolok dalam perineum. 

Bersalin Czer, Tempoh Darah Nifas Berapa Hari?

darah nifas berapa lama, tempoh darah nifas, mandi selepas bersalin, cara mandi wajib

Kredit: gbmc.org

Ada wanita yang tidak boleh bersalin normal kerana komplikasi tertentu lalu terpaksa dibedah. Bagaimana dengan darah selepas bersalin mereka?

Dalam kes ini, hukum bagi wanita yang bersalin caesar sama seperti wanita bersalin normal. Apabila ada darah keluar, ia adalah darah selepas bersalin. Ibu hendaklah meninggalkan solat dan puasa. 

Walaupun anda bersalin secara pembedahan, anda sama juga seperti semua wanita bersalin yang akan ada keluarnya darah nifas. Jadi samalah juga tempohnya dengan wanita bersalin secara normal. 

Darah Nifas Untuk Wanita Keguguran

Tempoh Darah Nifas Berapa Hari? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu

Bagi wanita yang keguguran, jika bayi telah cukup sifatnya, maka darah yang keluar ialah darah selepas bersalin (darah nifas). Namun, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu dikira sebagai darah haid.

Tiada Darah Nifas Selepas Bersalin

Situasi seperti ini pernah dialami oleh puteri Rasulullah s.a.w, iaitu Fatimah r.a di mana beliau tidak keluar sebarang darah selepas beranak.

Akan tetapi dakah wanita yang mengalami keadaan ini dianggap suci dari darah nifas? Jawapannya ya. Wanita ini dianggap suci dan diwajibkan beribadat seperti biasa selepas mandi wiladah.

Apa Perlu Buat Jika Darah Semakin Banyak?

Dalam tempoh hari-hari terakhir nifas, warna darah nifas atau warna darah selepas bersalin akhir anda akan secara perlahan-lahan berubah kepada warna yang lebih cerah.

Para ulama juga bersepakat bahawa terdapat dua jenis cara untuk memastikan seseorang wanita itu suci daripada haid dan juga nifas iaitu:

#1. Keluar cairan putih

Sebaik sahaja warna darah berubah menjadi lebih cerah, pada hari terakhir akan turut sama keluar cecair putih. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Malik:

Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih.”

#2. Kering

Selain daripada tanda sebelum ini iaitu keluarnya cairan berwarna putih, ia juga hendaklah kering daripada warna darah. Untuk memeriksanya, anda boleh masukkan kain kapas yang berwarna putih ke dalam faraj anda.

Jika dengan melakukan sedemikian tiada tanda darah yang keluar, maka anda boleh bersegera untuk mandi wajib darah nifas.

Jika darah keluar semakin banyak iaitu pada hari ke-60 ia adalah darah wiladah atau menandakan ada yang tidak normal pada diri anda. Seeloknya eloknya anda berjumpa dengan doktor sakit puan untuk mendapatkan rawatan kesihatan. 

Apa Hukum Bagi Wanita Yang Dalam Keadaan Nifas?

Tempoh Darah Nifas Berapa Hari? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu

Hukum bagi wanita yang dalam keadaan nifas sama seperti keadaan ketika datang haid. Suami tidak boleh menggauli isteri sepanjang tempoh nifas. 

Wanita itu pula tidak boleh solat, sujud tilawah, sujud syukur, bertawaf, berpuasa, iktikaf di masjid mahupun membaca al-Quran. 

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Cara Mandi Wajib Selepas Nifas

Terdapat dua perbezaan mandi ini.  Selepas bersalin, ada dua istilah yang sering digunakan oleh ibu selepas bersalin:

  1. Wiladah – Satu keadaan di mana seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.
  2. Nifas – Darah yang keluar selepas seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak. 

Jika anda bersalin atau keguguran, tapi tak keluar darah, mandi selepas bersalin yang perlu dilakukan adalah wiladah.

Jika selepas anda wiladah (baru lepas bersalin) dan keluar darah selama 40 ke 60 hari, anda perlu mandi wiladah dan nifas dalam satu mandian sahaja. Niat mandi nifas ini hendaklah dilafazkan dalam hati. Namun jika sukar, anda juga boleh lafazkan secara lisan.

Niat mandi wajib:

Nawaitul ghusla lirofi’i hadatsinnafaasi lillaahi ta’aala.

Maksudnya: Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas nifas kerana Allah ta’ala.

Cara untuk doa mandi nifas setelah 40 hari melahirkan. Ia hampir sama dengan mandi wajib atau mandi junub.

  • Siapkan air, syampu dan sabun mandi
  • Niat dalam hati seperti niat di atas (atau secara lisan)
  • Baca kalimah basmallah (bismillahirrahmaanirrahiim)
  • Berwuduk dengan sempurna
  • Menyiram air di kepala sebanyak tiga kali dan gosokkan sehingga mencapai akar rambut
  • Menyiram air ke seluruh badan
  • Membasuh kaki
  • Wuduk akan terbatal sekiranya anda menyentuh kemaluan anda semasa mandi nifas dan perlu mengambil wuduk semula selepas mandi jika anda perlu berada dalam keadaan berwuduk selepas mandi.

Bila Datang Period Pertama Selepas Bersalin?

Hasil pemerhatian yang pernah dilakukan oleh WHO, durasi jangka masa haid selepas bersalin secara umumnya ialah antara 4 hingga 10 bulan, namun ia boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin.

Durasi period mselepas bersalin juga mungkin akan kembali boleh mencapai 18-24 bulan jika ibu menyusukan anak mereka secara esklusif.

Penyusuan ibu secara esklusif juga boleh menjadi perancangan kelahiran semulajadi (natural birth control). Perkara utama yang mempengaruhi durasi kembalinya haid selepas bersalin ialah hormon progesteron dan hormon prolaktin.

Faktor utama penyebab gangguan haid ialah ketidakseimbangan hormon. Walau bagaimanapun, apabila ibu menyusukan anak secara esklusif, dia lebih cenderung untuk tidak mendapat haid kerana terjadinya Hiperprolaktin.

Hiperprolaktin ialah situasi apabila kadar hormon prolaktin dalam darah menjadi lebih tinggi daripada kadar yang normal. Namun, jika ibu menyusu sudah mendapat haid yang normal, ini bermakna dia sudah kembali memasuki fasa subur.

Jika ingin merancang kehamilan yang seterusnya, hendaklah segera mencari bantuan perancangan keluarga yang alternatif.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Ada pelbagai keadaan bagi wanita bersalin untuk keluar darah nifas tidak kira sama ada caesar atau pun bersalin normal. Malah ada juga yang mengalami keadaan di mana darah yang keluar berwarna kehitaman dan berbau.

Sekiranya keadaan ini terjadi, ia mungkin salah satu tanda berlakunya, jangkitan di dalam rahim atau kemaluan selepas bersalin; pendarahan nifas beserta jangkitan kulat seperti kandidiasis dan darah nifas yang lama teroksida.

Selain itu, boleh juga terjadinya faraj berbau, sakit perut atau senggugut teruk, bengkak atau gatal sekeliling kemaluan, sakit atau mengilu pada bahagian pelvik, demam serta rasa sakit atau panas ketika buang air kecil.

Ada baiknya cuba dapatkan pemeriksaan doktor kerana ada masalah yang lebih serius seperti jangkitan dan sebagainya. Jika anda masih teragak-agak tentang darah nifas berapa hari, anda harus berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

  1. Dr Zubaidi Ahmad (August 10, 2018). Darah nifas berhenti selama 15 hari. www.facebook.com/story.php?story_fbid=1934629156557150&id=185816391438444&_rdr
  2. webmd (December 3, 2021). Vaginal Bleeding After Birth: When to Call a Doctor. www.webmd.com/women/vaginal-bleeding-after-birth-when-to-call-doctor#
  3. Jabatan Mufti Negeri Sembilan (n.d.). Darah Nifas. muftins.gov.my/2019/06/24/darah-nifas/

Baca juga: Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

Baca juga: Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Wajib Yang Lengkap Buat Para Ibu Selepas Bersalin

Baca juga: Sakit Perut & Keluar Darah Ketika Mengandung, Ibu Hati-Hati Ia Mungkin Tanda Keguguran!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Tempoh Darah Nifas Berapa Hari? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu
Kongsikan:
  • Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

    Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

  • 6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

    6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

    Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

  • 6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

    6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.