Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Yang Wajib Ibu Buat Selepas Bersalin

Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Yang Wajib Ibu Buat Selepas Bersalin

Jika anda tertanya-tanya apa niat mandi nifas dan cara melakukannya. Baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut.

Mungkin ramai ibu yang baru lepas bersalin, lebih-lebih lagi ibu yang pertama kali bersalin tertanya-tanya apa niat mandi nifas? Sama ke dengan mandi hadas besar?

Cara mandinya macam mana pula?

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi jawapan kepada persoalan-persoalan ibu yang baru bersalin dan mahu mandi nifas ini. 

Tapi sebelum itu, jom kita semak 2 perbezaan ini:

Apa itu darah nifas?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/hukum dan cara mandi wajib selepas bersalin.jpg Hukum dan cara mandi wajib selepas bersalin untuk para ibu muslimah

Selepas bersalin, ada dua istilah yang sering digunakan oleh ibu selepas bersalin:

  1. Wiladah – Satu keadaan di mana seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.
  2. Nifas – Darah yang keluar selepas seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.

Jika anda bersalin atau keguguran, tapi tak keluar darah, anda perlu mandi wiladah. 

Jika selepas anda wiladah (baru lepas bersalin) dan keluar darah selama 40 ke 60 hari, anda perlu mandi wiladah dan nifas dalam satu mandian sahaja.

Niat mandi nifas

Niat mandi nifas ini hendaklah dilafazkan dalam hati, tapi jika sukar, anda juga boleh lafazkan secara lisan.

niat mandi nifas, cara mandi nifas, mandi nifas, mandi wajib selepas bersalin, darah nifas, wiladah, niat mandi wajib Nawaitul ghusla lirofi’i hadatsinnafaasi lillaahi ta’aala.

Maksudnya: Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas nifas kerana Allah ta'ala.

Cara lengkap mandi nifas beserta doa mandi nifas

niat mandi nifas, cara mandi nifas, mandi nifas, mandi wajib selepas bersalin, darah nifas, wiladah, niat mandi wajib

Cara untuk doa mandi nifas setelah 40 hari melahirkanIa hampir sama dengan mandi wajib atau mandi junub.

  • Siapkan air, syampu dan sabun mandi
  • Niat dalam hati seperti niat di atas (atau secara lisan)
  • Baca kalimah basmallah (bismillahirrahmaanirrahiim)
  • Berwuduk dengan sempurna

Barang siapa yang berwudhu dengan sempurna, maka akan keluarlah dosa-dosa dari badannya, sehingga ia akan keluar dari bawah kuku-kukunya. (Hadis riwayat Muslim dalam Kitab at-Thaharah)

  • Menyiram air di kepala sebanyak tiga kali dan gosokkan sehingga mencapai akar rambut
  • Menyiram air ke seluruh badan
  • Menggosok bahagian rahim dan bahagian yang terkena bekas-bekas darah nifas dengan kain
  • Membasuh kaki

Wuduk akan terbatal sekiranya anda menyentuh kemaluan anda semasa mandi nifas dan perlu mengambil wuduk semula selepas mandi jika anda perlu berada dalam keadaan berwuduk selepas mandi.

Semoga bermanfaat.

Extra info 

darah haid berat banyak - featured

Cecair yang keluar dari faraj wanita

#1. Mani : ia berwarna keruh dan pekat. Biasanya berlaku disebabkan berjimak antara suami isteri.

#2. Mazi: Air jernih yang lencin yang keluar semasa datang syahwat. Ia berlaku disebabkan rangsangan syahwat selepas melakukan aktiviti lasak mahupun menonton filem lucah.

#3. Wadi: Cairan putih yang kental dan keluar setelah kencing atau mungkin selepas melakukan pekerjaan yang mengakibatkan anda letih.

#4. Kencing : wanita perlu berdehem tiga kali sehingga air kencing diyakini keluar habis.

#5. Nanah : ia tidak membatalkan wuduk dan sekadar najis biasa.

#6. Hadi : Kebiasaannya berlaku sekitar 6 ke 7 hari dan paling lama adalah 15 hari. Sementara paling sedikit adalah satu hari satu malam.

#7. Nifas : Nifas apula adalah darah yang keluar selepas perempuan bersalin. Biasanya yang mengambil masa 40 hari atau lebih.

#8. Wiladah : Adalah sejenis darah yang keluar mengiringi bayi.

#9. Air ketuban Keluar dari kantung bayi semasa dalam kandungan

#10. Keputihan : Sesuatu yang keluar dari faraj selain darah lendiran. Ia peluh seakan mazi.

Darah yang keluar dari rahim wanita

#1. Darah haid

Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah penyakit (istihadhah)

#2. Darah nifas

Darah nifas, ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak, sekalipun hanya berupa segumpal darah. Jangka masa keluarnya darah nifas.

#3. Darah istihadhah

Darah istihadhah ialah darah yang keluar pada bukan masa yang sepatutnya atau dipanggil darah berpenyakit.

Sama juga dengan wanita berubah kebiasaan hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: SatriaBajaHitam

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner