X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!

4 min bacaan
Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!

Ketahui hukum dan cara mandi nifas selepas bersalin dengan cara yang betul supaya segala amal ibadah selepas melahirkan anak ini sah dan diterima.

Antara persoalan yang biasa ditanya oleh para ibu muslimah selepas melahirkan anak adalah tentang hukum mandi selepas bersalin. Bagaimana pula cara-caranya? Adakah ia berbeza dengan cara mandi wajib yang selalu dilakukan oleh kita sebelum ini?

Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa maklumat penting yang perlu diketahui supaya anda dapat melakukan mandi wajib dengan cara yang betul.

Apa Itu Mandi Selepas Bersalin

Sebelum kita mengetahui hukum, mari kita lihat dulu 2 istilah mandi selepas bersalin yang sering digunakan untuk para ibu yang baru lepas melahirkan anak, iaitu:

  • Wiladah – Ia adalah satu keadaan di mana seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.
  • Nifas – Ia adalah darah yang keluar selepas seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.

Setiap wanita yang baru keguguran atau lepas bersalin akan berada dalam keadaan wiladah (lepas melahirkan anak) dan dua keadaan akan berlaku selepas itu; sama ada si ibu itu tidak keluar darah atau keluar darah di antara 40 ke 60 hari.

Setiap wanita WAJIB untuk mandi selepas salah satu keadaan ini.

Perlu Atau Tidak Kita Mandi Wajib 2 Kali?

Ramai para ibu yang keliru tentang persoalan ini. Jika si ibu baru lepas melahirkan anak dan datang darah nifas, perlukah dia mandi dua kali, satu untuk wiladah dan satu lagi untuk nifas. Jawapannya adalah: tidak perlu!

Mandi wajib boleh dilakukan dengan salah satu daripada dua cara ini, bergantung kepada keadaan si ibu.

  • Jika ibu yang baru bersalin tidak keluar darah nifas, maka dia hanya perlu mandi wajib wiladah.
  • Jika ibu baru lepas bersalin dan datang darah nifas, dia perlu tunggu darah itu kering dan barulah mandi wiladah DAN nifas dalam SATU mandian (tidak perlu mandi dua kali).

Untuk lebih memahami tentang hal ini, jom tonton penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus seperti dalam link.

Hukum Mandi Wajib Nifas / Wiladah

Dalam Islam, mandi wajib selepas bersalin adalah suatu kewajipan. Firman Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 6:

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

Maksudnya: “Dan jika kamu junub maka bersucilah.”

Ulama bersepakat bahawa wanita yang melahirkan anak berada dalam keadaan hadas besar, sama seperti orang yang berjunub. Oleh itu, mereka wajib mandi bagi membolehkan diri kembali suci dan melaksanakan ibadah.

Cara Niat Mandi Wajib Selepas Bersalin

Menurut perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, ada 2 cara berniat untuk mereka yang mengalami wiladah serta nifas. Berikut antara caranya:

  • Menggabungkan dua niat dalam satu mandian. Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas wiladah dan nifas.” Kemudian dia mandi.
  • Mandi dengan satu niat sahaja. Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar.” Kemudian dia mandi.

Cara Mandi Wajib Nifas Selepas Bersalin

mandi wajib selepas bersalin

Kredit: iStock

Bagaimanakah cara mandi nifas yang betul? Sebenarnya, ia mudah sahaja. Ia hampir sama dengan mandi wajib selepas haid atau junub (selepas bersama suami).

  • Berniat (seperti yang dijelaskan di atas)
  • Membaca bismillah
  • Membasuh tangan
  • Membasuh kemaluan
  • Mengambil wudhu’
  • Menyiram kepala 3 kali dimulai dengan bahagian kanan
  • Menyiram air ke seluruh badan dan air kena pada setiap bahagian badan
  • Membasuh kaki

Selepas selesai mandi wajib, maka para ibu yang baru lepas bersalin pun sudah boleh melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa seperti biasa.

Bila Waktu Mandi Wajib Selepas Bersalin?

Mandi wajib selepas bersalin perlu dilakukan pada waktu berikut:

  • Jika tiada nifas, sebaik sahaja melahirkan anak.
  • Jika ada nifas, selepas darah nifas berhenti.
  • Jika nifas berpanjangan lebih dari 60 hari, wanita perlu mandi wajib dan kembali solat, kerana darah tersebut dikira sebagai darah penyakit (istihadhah).

Mandi selepas bersalin adalah kewajipan bagi setiap wanita Muslim. Sama ada mandi wajib dilakukan sekali atau dua kali bergantung kepada keadaan nifas. Dengan memahami hukum dan cara mandi wajib yang betul, ibu boleh kembali menjalankan ibadah dengan yakin.

Semoga artikel ini membantu ibu-ibu yang baru melahirkan dengan lebih jelas!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bolehkah Kanak-Kanak Lelaki Mandi Bersama Ibu?

Baca juga: Darah Nifas Selepas Bersalin: Maksud, Tempoh & Bila Perlu Mandi Wajib

Baca juga: Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham