X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Darah Nifas Tak Keluar Habis & Berketul Lepas Bersalin, Wanita Ini Minta Ibu Jaga Diri Ketika Berpantang

4 min bacaan
Darah Nifas Tak Keluar Habis & Berketul Lepas Bersalin, Wanita Ini Minta Ibu Jaga Diri Ketika Berpantang

Darah nifas adalah darah yang keluar selepas wanita melahirkan anak. Jika ibu berpantang rasa kesakitan luar biasa, perlu segera ke klinik

Pengalaman bertarung nyawa untuk melahirkan anak akan menjadi momen yang akan diingati sepanjang hidup ibu, lebih-lebih lagi jika ia merupakan anak pertama. Selepas bersalin, kaum ibu akan melalui proses berpantang serta perlu menunggu darah nifas kering.

Adalah normal bagi anda yang baru melalui pengalaman ini berasa agak kekok menguruskan rutin harian selepas kehadiran cahaya mata. Perlu uruskan anak lagi dan dalam pada masa yang sama, perlu berhati-hati kerana badan belum pulih sepenuhnya.

Pengalaman darah nifas tidak keluar habis dan berketul dekat dalam

darah nifas selepas bersalin

Seorang ibu, Shafiqah Azman telah berkongsikan pengalaman berpantang yang dilaluinya di kumpulan Facebook.

Saja saya nak kongsi pengalaman bersalin dan berpantang anak sulung pada tahun lepas. Pengalaman darah nifas tidak keluar habis dan berketul dekat dalam.

Saya bersalin anak sulung di Hospital Lipis, hari Jumaat tepat jam 11.15. Sakit kontraksi pun tidak lama, sekejap sahaja dalam 1 hingga 2 jam.

Masa nak teran keluarkan baby, doktor dan nurse ramai datang kerumun. Lebih 5 orang dan rasa macam bahan uji kaji. Sakit tidak terkata. Tiba-tiba terdengar mereka tanya nak kena buat apa ni?

Seorang nurse kata, tak apa keluarkan dulu baby. Dengar sayup-sayup kata dinding vagina bengkak teruk. Baby susah nak keluar jadi kena la gunting sikit.

Sebaik sahaja selamat bersalin, doktor ada tanya sebelum ini ada sakit apa-apa ke? Tumor, ketumbuhan atau lain-lain?

Setahu saya, memang tak ada apa-apa. Tapi doktor kata ada hematoma. Nak tak nak doktor kena pecahkan sebab takut ia pecah sendiri atau jadi makin membesar.

Terpaksa kena jahit dua kali tanpa bius

darah beku selepas bersalin

Jadinya, pecah dan jahit. Kira double lah. Jahit gunting dan jahit luka hematoma tanpa bius.

Ya allah agak sakit pengalaman tu. Terbayang lagi sedut gas sekuat hati dan genggam besi katil semampu yang boleh nak tahan rasa sakit jahit tanpa bius.

Siap jahit, doktor buat macam bunjut kain bentuk tampon tu. Letak ubat kuning banyak dan sumbat kat dalam vagina. Sebabnya nak keringkan luka dalam dan takut pendarahan.

Doktor kata sejam tempohnya, bayangkan sakitnya tu Allahuakbar. Tidur pun tidak boleh, setiap masa sakit. Lepas 60 minit berlalu, doktor datang keluarkan tampon tu dah periksa semua okay.

Esok harinya sebelum keluar wad, doktor pakar buat pemeriksaan dan nasihatkan jika lepas ini ada rasa terlalu sakit sampai nak makan atau nak main dengan anak tiada mood, minta rujuk kami semula.

Akan tetapi genap sahaja seminggu berpantang, saya kena serah diri sebab tidak tahan sakit yang terlalu sakit. Tempat jahit kat vagina bengkak dari biasa. Hari-hari memang ada check dekat klinik kesihatan sebab anak ada kuning dan memang ada simpan rekod tu.

Rasa berdenyut, tak boleh nak duduk atau pegang anak

Hari khamis check, doktor kata okay. Tapi malam tu ya Allah, sakit yang teramat. Rasa berdenyut-denyut sampai tak boleh nak tengok anak langsung.

Jadi tak tak boleh nak duduk, makan sambil berdiri. Memang seksa sangat, menangis tahan sakit. Sepanjang seminggu ini juga, saya rasa keluar peluh yang agak pelik. Bahagian kepala sahaja, badan tidak peluh langsung.

Bila bertungku, rasanya semakin sakit. Bukan lega atau selesa.

Anak pula mak yang tolong uruskan. Terus pergi semula ke hospital. Bila doktor pakar check, dia korek je terus bawah tu berketul darah nifas keluar. Saya gerak sikit, banyak sangat darah yang keluar.

Doktor kata nasib baik datang hospital cepat. Kalau lambat serah diri, tak tahulah apa yang jadi. Darah nifas tak dapat keluar sebab vagina bengkak teruk dekat dalam.

Sekali lagi kena masuk bilik bedah. Ya Allah. Keluar sahaja dari bilik tu, terus masuk wad. Mak bagi anak dekat saya sebab tak sempat nak sediakan susu. Alhamdulillah anak baik sakit, tak menangis dan banyak tidur sahaja sebab jaundice.

jahit bersalin

Doktor bedah untuk buang darah beku dan jahit semula. Sekali lagi kena hadap lagi tampon tu. Kalau haritu satu jam sahaja, kali ini 8 jam. Ubat bius akan habis 12am. Doktor buka tampon pukul 8 pagi esok harinya.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ya Allah bayangkanlah, bayi elok sahaja tidur dekat sebelah. Alhamdulillah. 

Walaupun sudah setahun pengalaman ini, saya nak kongsi pada semua. Kalau rasa pelik dengan badan sendiri, atau rasa sakit tak selesa, tolonglah pergi double check dekat hospital.

Darah nifas tak keluar habis ni jangan buat main. Saya doakan kalian dapat menempuh tempoh berpantang dengan baik. Jaga diri ya semua!

Shafiqah Azman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Wajib Yang Lengkap Buat Para Ibu Selepas Bersalin

Baca juga:  Apa Perlu Ibu Buat Selepas Bersalin Di Labour Room? Ini 10 Tips Buat Ibu Kali Pertama!

Baca juga:  Rasa Kepala Baby Dah Kat Bawah, Wanita Bersalin & Sambut Anak Sendiri Dalam Kereta

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Darah Nifas Tak Keluar Habis & Berketul Lepas Bersalin, Wanita Ini Minta Ibu Jaga Diri Ketika Berpantang
Kongsikan:
  • Halia Punca Kuning Bayi Lambat Turun, Adakah Ibu Boleh Ambil Ketika Berpantang?

    Halia Punca Kuning Bayi Lambat Turun, Adakah Ibu Boleh Ambil Ketika Berpantang?

  • Jangan Angkat Punggung Ketika Meneran, Elak Terjadi Koyakan Bersalin Yang Teruk

    Jangan Angkat Punggung Ketika Meneran, Elak Terjadi Koyakan Bersalin Yang Teruk

  • Makan Pedas Ketika Pantang Boleh Efek Pada Bayi Menyusu Badan! Hati-Hati Ya Ibu

    Makan Pedas Ketika Pantang Boleh Efek Pada Bayi Menyusu Badan! Hati-Hati Ya Ibu

  • Halia Punca Kuning Bayi Lambat Turun, Adakah Ibu Boleh Ambil Ketika Berpantang?

    Halia Punca Kuning Bayi Lambat Turun, Adakah Ibu Boleh Ambil Ketika Berpantang?

  • Jangan Angkat Punggung Ketika Meneran, Elak Terjadi Koyakan Bersalin Yang Teruk

    Jangan Angkat Punggung Ketika Meneran, Elak Terjadi Koyakan Bersalin Yang Teruk

  • Makan Pedas Ketika Pantang Boleh Efek Pada Bayi Menyusu Badan! Hati-Hati Ya Ibu

    Makan Pedas Ketika Pantang Boleh Efek Pada Bayi Menyusu Badan! Hati-Hati Ya Ibu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.