Tak Hamil @ Period, Tapi Keluar Darah Lepas Seks! Apa Maksudnya Itu?

Tak Hamil @ Period, Tapi Keluar Darah Lepas Seks! Apa Maksudnya Itu?

Pendarahan selepas hubungan intim, walaupun sedikit pastinya boleh menjadikan kita risau!

Keluar darah selepas berhubungan intim tentunya keadaan yang merisaukan, terutamanya apabila wanita tidak dalam fasa datang bulan.

Jika ia merupakan kali pertama melakukan hubungan seks, keadaan ini secara umumnya boleh dijangka tetapi bagaimana pula jika ia kali pertama berlaku walaupun sudah lama bernikah?

Tambahan lagi, darah yang keluar tidak banyak seperti darah haid tetapi sedikit sahaja, sebesar syiling 50 sen dan berlaku tanpa rasa sakit. Persoalannya, adakah keadaan ini berbahaya kepada wanita?

Baca lanjut untuk penerangan doktor.

Keluar Darah Saat Berhubungan Tetapi Tidak Sakit Adalah Situasi Normal

keluar darah selepas berhubungan

Selama ini saat berhubungan tiada masalah yang berlaku, tiba-tiba berlaku sedikit pendarahan. Walaupun pasangan memakai kondom, pastinya anda ada terfikir mungkinkah kehamilan berlaku atau sebaliknya?

Dalam perubatan, keadaan ini sebenarnya normal di mana simptom ini dinamakan“Post-coital Bleeding” . Ia berlaku dalam kalangan wanita tidak mengira umur, 9% wanita yang masih datang haid dan 63% dalam kalangan wanita yang sudah putus haid

Berita baiknya, keluar darah selepas berhubungan tidak dianggap serius kecuali jika wanita ada beberapa faktor risiko lainnya seperti usia lanjut atau keluar lendir bernanah dari faraj. Jika anda berasa risau dan inginkan kepastian, sebaiknya rujuk doktor dan jalani pemeriksaan untuk mengecualikan punca-punca berbahaya.

pemeriksaan pap smear, ujian pap smear, pap smear, ujian untuk pap smear, wanita lakukan ujian pap smear, manfaat pap smear, kelebihan pap smear, pemeriksaan ujian pangkal rahim wanita, pangkal rahim wanita, kanser serviks

Setiap wanita yang pernah menjalankan hubungan seks juga disyorkan untuk menjalankan pemeriksaan Pap smear setiap 2 tahun yang bertujuan untuk menguji sel pangkal rahim supaya dapat mengesan kanser pangkal rahim pada peringkat awal. 

9 Kemungkinan Darah Keluar Selepas Melakukan Seks

Pendarahan dari faraj semasa atau selepas perhubungan boleh berpunca dari serviks, rahim, faraj ataupun salur kencing. Antara punca-punca biasa berlakunya pendarahan yang tidak sakit ini adalah:

#1 Faraj kering (“vaginal dryness”)

  • Hal ini lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita yang sudah putus haid.
  • Hormon estrogen diperlukan untuk memastikan faraj kekal lembap dan elastic. Wanita yang sudah putus haid mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah dan mungkin mengalami masalah “atrophic vaginitis” di mana faraj kering dan mudah berdarah semasa perhubungan seks.

#2 Penyakit kelamin (“sexually-transmitted diseases”)Penyakit kelamin mycoplasma genitalium, penyakit std, sakit semasa kencing, uti, tanda std. penyakit kelamin, sakit selepas seks

  • Pelbagai jenis penyakit kelamin boleh mengakibatkan keradangan faraj dan pangkal rahim. Justeru itu tisu faraj lebih mudah berdarah semasa hubungan seks.
  • Penyakit kelamin seperti chlamydia dan gonorrhea lazim berlaku dalam wanita yang mempunyai ramai pasangan seksual dan tidak menggunakan perlindungan kondom.

#3 Jangkitan kulat candidiasis (“vaginal thrush”)

  • Kulat candida akan menjangkiti bahagian faraj apabila bakteria biasa pada faraj tidak mampu mencegah pertumbuhan kulat tersebut
  • Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita dan menyebabkan gejala seperti gatal, kemerahan, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.

#4 Fibroid

  • Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan tidak mengakibatkan gejala sehinggalah umur yang lanjut.
  • Fibroid mengakibatkan gejala berdasarkan lokasinya namun simptom paling lazim tidak kira lokasi adalah pendarahan yang banyak dan senggugut. Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.

#5 Polip serviks (“cervical polyps”)

  • Polip merupakan ketumbuhan yang bukan kanser dalam serviks. Punca ini merupakan suatu punca utama untuk pendarahan selepas seks.
  • Polip ini juga boleh menyebabkan istihadah dan cecair vagina yang kekuningan. Polip ini boleh dirawat melalui kaedah surgikal ataupun laser.

#6 Ektropion serviks (“cervical ectropion”)

  • Keadaan ini berlaku apabila lapisan tisu dalaman serviks tumbuh di permukaan luar. Tisu dalaman serviks sangat lembut dan dipenuhi saluran darah yang kecil. Pendarahan boleh berlaku hanya dengan sentuhan lembut sahaja.
  • Ektropion ini sering berlaku kepada wanita yang hamil atau mereka yang mengambil pil perancang. Masalah ini mudah dirawat menggunakan laser atau ‘diathermy’.

#7 Kanser serviks (“cervical cancer”)

  • Pendarahan selepas seks merupakan satu gejala utama kanser serviks. 10.8% wanita di Malaysia yang menghidap kanser serviks.
  • Sebelum sel serviks menjadi kanser, sel tersebut akan mengalami perubahan tidak normal yang dipanggil ‘dysplasia’ serviks. Hal ini kerana keadaan tersebut merupakan keadaan pre-kanser dan boleh dikesan melalui ujian saringan Pap smear..
  • Sekiranya kanser serviks dikesan pada peringkat awal, rawatannya mempunyai prognosis yang baik.

#8 Kanser Rahim (“endometrial cancer”)

  • Kanser rahim yang lazimnya terjadi pada lapisan endometrium juga boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.
  • Selain dari pendarahan selepas seks, kanser ini juga boleh menyebabkan pendarahan berlarutan di luar kitaran haid.
  • Kanser ini lebih biasa berlaku dalam wanita yang usianya melebihi 50 tahun atau sudah putus haid.

#9 Faraj luka (“vaginal tears”)

  • Hubungan seks yang lasak boleh menyebabkan luka dalam faraj yang tidak mendatangkan kesakitan kerana tisu dalam faraj tidak mempunyai saraf yang peka terhadap perasaan sakit.
  • Selaput dara sekiranya terkoyak juga mungkin menyebabkan pendarahan.
  • Pasangan seks juga digalakkan untuk memastikan kukunya pendek untuk mengelakkan luka pada faraj.

Bagaimana Untuk Hentikan Pendarahan?

Untuk menghentikan pendarahan, anda perlu terlebih dahulu kenalpasti puncanya dahulu dengan berjumpa doktor ya. Jika ia berlaku disebabkan luka, anda boleh mengamalkan hubungan seks yang tidak terlalu lasak atau menggunakan bahan pelincir untuk mengurangkan insiden luka pada faraj.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan teknik “foreplay” untuk memastikan betul-betul terangsang sebelum akitiviti seksual supaya mengelakkan dari luka.

masalah seksual

Namun sekiranya keluar darah selepas berhubungan ini kerap berlaku dan melibatkan simptom-simptom di bawah, tolong berjumpa doktor dengan segera:

  1. Rasa gatal pada faraj
  2. Rasa sakit semasa kencing
  3. Sakit perut
  4. Keputihan yang tidak biasa
  5. Pendarahan yang melampau

Untuk kalangan wanita yang sudah putus haid, sebarang pendarahan dari faraj selepas putus haid merupakan sesuatu gejala yang serius dan berkemungkinan adalah kanser rahim. Oleh itu, para wanita jangan malu untuk berjumpa dengan doktor untuk sebarang masalah kesihatan wanita kerana rawatan yang lambat dicapai akan menyebabkan prognosis tidak memberangsangkan.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Tak Hamil @ Period, Tapi Keluar Darah Lepas Seks! Apa Maksudnya Itu?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini disadur dari Doctor On Call, dengan izin.

Baca juga:

Adakah Normal Jika Vagina Keluar Darah Selepas Hubungan Seks Semasa Hamil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner