Ramai Wanita Elak Pap Smear Sebab Takut Sakit, Benarkah Ia Menyakitkan Vagina?

Ramai Wanita Elak Pap Smear Sebab Takut Sakit, Benarkah Ia Menyakitkan Vagina?

Adakah anda sudah bersiap sedia untuk menjalani prosedur pap smear?

Ramai wanita yang mengelak untuk membuat pemeriksaan pap smear kerana takut sakit, walhal pemeriksaan ini adalah penting untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu mempunyai sel kanser serviks atau tidak. 

Namun begitu, adakah benar pemeriksaan pap smear ini menyakitkan lubang faraj? Berikut alasan dan fakta yang anda patut tahu. 

Adakah benar pemeriksaan pap smear menyakitkan? 
1. Siapakah yang perlu melakukan pemeriksaan pap smear? 

pemeriksaan pap smear, ujian pap smear, pap smear, ujian untuk pap smear, wanita lakukan ujian pap smear, manfaat pap smear, kelebihan pap smear, pemeriksaan ujian pangkal rahim wanita, pangkal rahim wanita, kanser serviks

Wanita berumur 21 tahun ke atas dan aktif secara seksual digalakkan membuat ujian pap smear, ia adalah prosedur yang diperlukan bagi mengesan masalah servik atau pangkal rahim yang mungkin boleh menyebabkan kanser serviks. 

Prosedur pap smear ini tidaklah menyakitkan seperti anggapan sesetengah wanita yang takut untuk melakukannya, kerana ia prosedur yang sederhana, cepat dan tidak menimbulkan rasa sakit.

Namun, mungkin anda akan alami sedikit rasa kurang selasa di bahagian vagina atau kram perut setelah ujian dijalankan. 

2. Bagaimanakah cara pap smear dilakukan? 

Ujian pap smear dilakukan dengan cara memasukkan alat yang dipanggil spekulum ke dalam vagina dan alat ini berfungsi untuk melebarkan vagina supaya doktor dapat melihat pangkal rahim. 

Setelah dapat melihat vagina, doktor akan ambil sampel sel servik dengan spatula. Oleh sebab itu, wanita akan berasa sedikit tidak selesa ketika ujian dilakukan. 

Hal ini kerana, vagina dikelilingi otot yang boleh tegang atau mengendur, bergantung pada keadaan  waktu itu terutamanya apabila anda rasa gugup atau takut. 

Sekiranya anda gugup dan otot jadi menegang, maka ia memberikan sedikit kesulitan untuk doktor melihat pangkal rahim sekaligus melambatkan proses pemeriksaan. 

Tetapi, jika anda lebih tenang dan badan lebih relaks maka spekulum lebih mudah masuk dan mempercepatkan proses selesai dengan cepat. 

3. Cara yang mudah untuk mengelak rasa sakit ketika pemeriksaan pap smear dilakukan 

pemeriksaan pap smear, ujian pap smear, pap smear, ujian untuk pap smear, wanita lakukan ujian pap smear, manfaat pap smear, kelebihan pap smear, pemeriksaan ujian pangkal rahim wanita, pangkal rahim wanita, kanser serviks

  1. Memahami prosedur ujian tersebut supaya anda lebih tenang dan tidak ada perasaan takut atau gementar.
  2. Sekiranya anda sudah tahu dan faham ujian ini sangat penting, maka anda cenderung untuk lebih relaks. Apabila alat sudah masuk, ia tidak menimbulkan rasa sakit. 
  3. Jangan keras badan atau kemut otot ketika ujian pap smear dijalankan kerana ia cenderung membuatkan anda rasa sakit dan spekulum sukar dimasukkan ke dalam vagina. 
  4. Tarik nafas supaya lebih bertenang sekaligus otot vagina lebih mengendur
  5. Ajak rakan atau suami untuk teman dan berbual dengannya supaya dapat mengalihkan perhatian anda semasa prosedur dijalankan. Mungkin ia boleh membuatkan anda rasa tidak sedar yang ujian telah selesai. 
4. Jika ujian positif, adakah anda disyaki hidap kanser serviks? 

pemeriksaan pap smear, ujian pap smear, pap smear, ujian untuk pap smear, wanita lakukan ujian pap smear, manfaat pap smear, kelebihan pap smear, pemeriksaan ujian pangkal rahim wanita, pangkal rahim wanita, kanser serviks

Kebiasaannya, keputusan pap smear boleh diketahui sekurang-kurangnya seminggu atau tiga minggu kemudian. 

Jika negatif bermaksud pangkal rahim anda sihat dan normal. Namun jika hasilnya positif, ini bukan bermaksud anda menghidap kanser servik tetapi ada sel yang abnormal muncul di sekitar pangkal rahim anda. Doktor akan melakukan penelitian yang lebih lanjut tentang perkara itu. 

Walaubagaimanapun, doktor akan mengulangi prosedur pap smear ini dalam tempoh enam ke 12 bulan mendatang kerana perlu memantau sel tersebut. 

Justeru, tidak ada apa yang perlu anda takut kerana pap smear adalah penting untuk mengetahui tahap kesihatan rahim anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hello Sehat

Baca juga: 

[Video] Bagaimana prosedur pap smear dibuat untuk pengesanan awal kanser serviks

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner