Pendarahan impantasi sama seperti haid, bagaimana nak bezakannya?

lead image

Artikel ini akan menjelaskan tanda hamil melalui darah. Sebilangan wanita akan mengalami bercak darah atau implantasi/spotting dan ia selalu disalah anggap sebagai haid!

Apabila anda cuba untuk hamil, anda harus peka dengan tanda hamil yang mungkin membawa diri ke fasa yang lebih menggembirakan.

Walau bagaimanapun, kejayaan itu akan menjadi lebih licik dan misteri apabila terdapatnya implantasi awal iaitu pengeluaran darah seakan-akan haid. 

Situasi implantasi ini akan membuatkan anda sedikit keliru sama ada darah yang keluar itu adakah spotting tanda hamil atau menstruasi?

Jom kita tengok bagaimana anda boleh membezakan sama ada darah yang keluar itu satu tanda hamil dari implantasi ataupun sebenarnya darah haid.

Apa itu implantasi?

tanda hamil, Tanda-tanda hamil, tanda tanda mengandung, tanda kehamilan, tanda awal kehamilan, simptom ibu hamil, simptom kehamilan, simptom awal kehamilan, kehamilan, awal kehamilan, awal mengandung,ibu berbadan dua, tanda ibu mengandung, tanda ibu hamil, hamil anak sulung

Implantasi adalah keadaan di mana sperma membuahkan telur dalam tiub fallopian. Selepas itu, sel dibahagikan dan bilangannya semakin bertambah.

Kemudian, telur yang disenyawakan itu akan bergerak ke arah rahim. Di sana, ia akan tumbuh sehingga cukup matang dan menjadi blasctocyct.

Setelah itu, blastocyct akan terbenam dalam tisu uterus/rahim dan ini dikenali sebagai implantasi. Bahkan, implantasi selalu berlaku dalam tempoh masa sepatutnya anda datang haid.

Jadi, ia akan menyebabkan sesetengah wanita keliru sama ada anda hamil atau datang bulan. Jika terjadi implantasi ini, ibu hamil tak perlu bimbang kerana ia adalah salah satu tanda hamil awal.

Tanda hamil: Ketahui simptom implantasi 

tanda hamil, Tanda-tanda hamil, tanda tanda mengandung, tanda kehamilan, tanda awal kehamilan, simptom ibu hamil, simptom kehamilan, simptom awal kehamilan, kehamilan, awal kehamilan, awal mengandung,ibu berbadan dua, tanda ibu mengandung, tanda ibu hamil, hamil anak sulung

Secara lazimnya, simptom implantasi yang berjaya adalah seperti berikut:

  • Kekejangan: Wanita tersebut akan merasakan kekejangan atau ketidakselesaan pada abdomen bahagian bawah (di kawasan perut). Namun tak semua wanita alaminya kerana tanda hamil setiap orang adalah berbeza-beza.
  • Kekejangan ini berlaku apabila blastocyct membenamkan diri ke dalam dinding uterus. Namun, kekejangan ini hanya berlaku lebih ringan dan berlangsung selama satu ke dua hari.
  • Spotting/bercak darah: Pendarahan implantasi dikenali sebagai spotting. Ia merupakan salah satu tanda hamil awal.

Bagaimanakah perbezaan antara pendarahan implantasi/ spotting dan darah haid?

  • Warna darah yang berbeza: Darah haid berwarna merah tua. Pendarahan implantasi pula biasanya berwarna merah jambu pucat atau coklat pekat.
  • Tidak beku: Pendarahan implant tidak ada darah beku dan teksturnya tak sama seperti darah haid.
  • Tempoh yang lebih pendek: Menstruasi normal berlangsung selama tiga ke tujuh hari. Tapi pendarahan implantasi hanya memerlukan sedikit masa seperti selama beberapa jam atau tiga hari secara keseluruhan.
  • Tak berat seperti haid: Ketika menstruasi, kita perlu pakai tuala wanita kerana darah akan mengalir memenuhi seluar dalam. Tapi pendarahan implan tak memerlukannya kerana hanya sedikit saja darah akan keluar.
tanda hamil, Tanda-tanda hamil, tanda tanda mengandung, tanda kehamilan, tanda awal kehamilan, simptom ibu hamil, simptom kehamilan, simptom awal kehamilan, kehamilan, awal kehamilan, awal mengandung,ibu berbadan dua, tanda ibu mengandung, tanda ibu hamil, hamil anak sulung

Kredit: Baby Zeen

Lain-lain tanda hamil wanita harus lebih peka

Implantasi dalam kata lain adalah pengesahan tanda hamil awal. Berikut merupakan gejala lain yang menunjukkan bahawa anda sedang berbadan dua:

  • Haid lewat

Biasanya haid anda akan datang secara teratur setiap bulan. Tapi tiba-tiba, haid tidak datang dan lewat dari tempoh yang sepatutnya. Ini mungkin anda sedang berada di fasa awal kehamilan. Tahniah!

  • Payudara sensitif

Anda mungkin mendapati payudara kelihatan membengkak atau terasa sakit. Ini adalah tanda hamil dan berlaku kerana perubahan rembesan hormon.

  • Terlalu emosi / moody

Sekiranya anda merasakan diri selalu emosi berbanding sebelumya. Ini juga adalah salah satu tanda hamil kerana perubahan hormon.

  • Mengelak makanan tertentu

Kehamilan ada ketikanya membuatkan ibu hamil sensitif terhadap bau dan rasa yang datang daripada makanan tertentu.

  • Rasa kembung perut

Anda merasakan perut seperti kembung yang biasanya berlaku sebelum haid. Ia boleh jadi angkara perubahan hormon.

  • Hidung tersumbat

Apabila perubahan hormon terjadi ia boleh menyebabkan membrane mucus hidung membengkak. Pendarahan hidung juga boleh berlaku.

  • Sembelit

Perubahan pada hormon juga boleh melambatkan sistem pencernaan sekaligus menyebabkan sembelit.

Jika ada sebarang kebimbangan atau soalan yang lebih lanjut tentang kitaran haid atau panduan berkaitan kehamilan anda, terus saja berjumpa yang lebih pakar untuk mengetahui sama ada anda benar-benar hamil atau sebaliknya.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

16 tanda anda hamil dah masuk tiga hari — No.9 paling senang nak tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner