16 tanda anda hamil dah masuk tiga hari -- No.9 paling senang nak tahu!

lead image

Setiap orang mengalami tanda hamil yang berbeza-beza. Ada juga yang tak sangka ini merupakan petanda anda sedang berbadan dua. Kemudian bila berjumpa doktor dan lakukan scan barulah tahu diri sedang hamil

Mengimpikan cahaya mata pastinya menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri. Apatah lagi, kehadiran cahaya mata mencambahkan rasa cinta.

Oleh itu, jom ketahui 16 tanda tanda orang hamil 3 hari ini. Ini supaya anda lebih kenal gaya isteri berbadan dua. 

Jika anda sedang hamil, pasti akan mengalami tanda tanda orang hamil 3 hari ini. Kemudian, anda akan merasa pelik dengan tubuh sendiri.

Jom, kita lihat dengan lebih mendalam tanda tanda orang hamil 3 hari. 

16 tanda tanda orang hamil 3 hari 

1. Muntah dan mual 

tanda tanda orang hamil 3 hari. tanda orang hamil, simptom orang hamil, tanda-tanda orang hamil, tanda-tanda orang mengandung, tanda-tanda kehamilan, kehamilan, simptom hamil, petanda anda sedang mengandung, tanda-tanda anda sedang mengandung, tanda-tanda anda tengah hamil, tanda-tanda individu hamil

Kredit: Hello Sehat

Tanda tanda orang hamil 3 hari yang paling senang nak lihat oalah isteri alami morning sickness atau muntah dan mual. Masuk apa saja makanan mesti nak muntah.

Ini antara salah satu tandanya. 

2. Cepat penat 

Cepat penat juga merupakan tanda tanda orang hamil 3 hari. Buat sikit kerja mesti penat. Ha…maksudnya sedang berbadan dua. Segera buat pemeriksaan doktor untuk pastikannya. 

3. Keluar darah coklat atau merah pekat

Sebelum itu, ibu harus pastikan yang keluar itu sama ada darah tanda hamil atau darah haid. Jika ia hanya secalit darah itu, tandanya ibu sedang berbadan dua.

Jadi jangan terlalu khuatir jika ada keluar darah ini. Kemudian, terus saja lakukan pemeriksaan doktor. 

4. Cepat mengantuk 

tanda tanda orang hamil 3 hari. tanda orang hamil, simptom orang hamil, tanda-tanda orang hamil, tanda-tanda orang mengandung, tanda-tanda kehamilan, kehamilan, simptom hamil, petanda anda sedang mengandung, tanda-tanda anda sedang mengandung, tanda-tanda anda tengah hamil, tanda-tanda individu hamil

Kredit: Huffington Post

Buat kerja sikit, mula rasa longlai dan mengantuk. Ini juga antara tanda tanda orang hamil 3 hari.

Sedangkan pada malam sebelumnya anda tidur awal, tapi tetap rasa mengantuk pada hari keesokannya. 

5. Kerap buang air kecil 

Tanda tanda orang hamil 3 hari yang lain adalah kerap buang air kecil. Ia menjadi lebih kerap tidak seperti sebelum hamil.

Hal ini kerana janin sedang menekan pundi kencing ibu, sebab itu anda akan terasa hendak kencing saja.

Oleh sebab itu, ibu  jangan tahan untuk buang air kecil. Nanti masalah lain pula timbul!

6. Payudara membesar dan menghitam 

Salah satu perubahan tubuh yang paling ketara adalah payudara membesar. Malah payudara juga akan rasa berat dan berisi tidak seperti sebelum hamil. 

Malah ibu juga akan rasa sedikit sensitif di bahagian itu apabila disentuh suami. 

Selain itu, puting payudara ibu juga menghitam di sekitar putingnya. Bukan itu sahaja di bahagian ketiak, leher dan belakang tubuh juga akan kehitaman.

Ini merupakan tanda tanda orang sedang hamil 3 hari. Namun, untuk meyakinkannya ibu perlu berjumpa doktor. 

7. Pening atau sakit kepala

Related image

Ketika mengandung, ibu akan rasa pening atau sakit kepala yang lebih kerap. Ini merupakan salah satu tanda tanda orang hamil 3 hari yang perlu ibu titik beratkan kerana ia antara tanda ibu sedang berbadan dua. 

8. Rasa “kram” di bahagian perut 

Gejala kram perut ini tidak semua alami. Tapi buat sebilangan ibu hamil lain ada yang mengalami kram di bahagian perut terutama apabila sudah memasuki trimester kedua. 

9. Lewat datang haid 

Yang paling senang nak tahu ibu hamil atau tidak adalah ketika lewat datang haid. Ciri ini yang paling utama perlu lihat.

Jika ibu merasakan haid datang lewat tidak seperti selalu ibu perlu membuat Urine Pregnancy Test (UPT). Dari situ, ibu lebih cepat tahu sama ada diri sedang hamil atau tidak. 

10. Jiwa mudah tersentuh

tanda tanda orang hamil 3 hari. tanda orang hamil, simptom orang hamil, tanda-tanda orang hamil, tanda-tanda orang mengandung, tanda-tanda kehamilan, kehamilan, simptom hamil, petanda anda sedang mengandung, tanda-tanda anda sedang mengandung, tanda-tanda anda tengah hamil, tanda-tanda individu hamil

Kredit: Cafe Mom

Ini merupakan tanda tanda orang hamil 3 hari yang ketara terjadi. Anda akan bersikap lebih sensitif dan jiwa mudah tersentuh atau tersinggung.

Bahkan jiwa ibu akan rasa sedikit emosi dan marah-marah. Ia sama seperti mana orang yang sedang nak datang haid. Cepat emo! 

11. Sensitif terhadap bau-bauan 

Tanda tanda orang hamil 3 hari juga adalah sensitif terhadap bau-bauan yang tajam. Mungkin ibu akan benci terhadap bau yang menyengat.

Bahkan ibu akan rasa mual apabila tercium bau itu.

12. Sakit punggung 

Sakit punggung juga adalah tanda tanda orang hamil 3 hari. Anda akan rasa ngering di bahagian punggung.

Bahkan sakit punggung ini juga akan slowly merebak ke bahagian pinggang, hingga terpaksa tanggung berbulan-bulan lamanya. 

13. Suhu tubuh meningkat 

Related image

Apabila sedang hamil, ibu juga akan merasa peningkatan suhu badan hingga menyebabkan demam. Jika ibu kerap demam hingga berhari-hari  itu tandanya ibu sedang hamil.

Walauapapun, ibu harus segera mendapatkan rawatan doktor bimbang perkara tak diingini terjadi pada kandungan. 

14. Mengidam 

Tanda tanda orang hamil 3 hari juga adalah mengidam. Ada saja benda yang dia nak makan tapi bila suami belikan tak habis pula.

Menurut orang tua-tua, jika ibu hamil mengidam sesuatu suami kena penuhi jika tidak nanti ketika bersalin bayi akan banyak keluarkan air liur. 

15. Sembelit 

Tanda tanda orang hamil 3 hari mungkin tidak berlaku pada semua orang. Namun, buat meraka yang alaminya, mungkin tak tertahan tanggung kesakitan dan ketidakselesaan apabila berlakunya gangguan terhadap sistem percernaan.

Ada ketikanya ibu terpaksa melakukan pembedahan kecil untuk mereka yang alami masalah sembelit yang parah.

16. Penambahan berat badan 

Selain itu, tanda tanda orang hamil 3 hari juga boleh dilihat apabila berlakunya penambahan berat badan kerana ibu kelihatan cukup berselera ketika menikmati hidangan di hadapan mata.

Bahkan sebelum ini, ibu sedikit memilih makanan untuk jaga badan. Tapi bila hamil semua benda rasa ‘teringin’ nak makan. 

Jika ibu alami semua tanda-tanda ini segera berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan itu. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman Facebook anda! 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hamil.co.id 

Baca juga

6 tips cepat hamil yang anda patut cuba buat, terutamanya no 2 itu!