theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu

6 min bacaan
•••
Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu TahuAnda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu

Mungkin anda dapati ada perubahan pada diri setelah mendirikan rumah tangga, namun anda tidak pasti dengan maksud tanda-tanda itu. Kami senaraikan tanda mengandung perlu tahu untuk panduan terutamanya buat mereka yang belum pernah hamil sebelum ini.

Setiap kehamilan adalah berbeza, sama ada ia kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya. Kadang-kadang, kita tidak perasan yang sebenarnya kita hamil. Apatah lagi ini mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil, mesti anda akan tertanya-tanya apa tanda mengandung yang perlu tahu. 

Jadi, mari kita lihat 23 tanda awal kehamilan yang menunjukkan yang anda hamil atau simptom mengandung yang harus anda tahu.

23 Tanda Mengandung Yang Akan Dialami Oleh Wanita

Tanda mengandung 1# Anda terlepas haid

tanda mengandung

Tanda tanda mengandung ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur.

Tetapi anda boleh membuat anggaran berapa lama maksimum masa anda lambat datang bulan dan bandingkan. Mereka yang hamil akan berhenti mengalami haid sehingga selepas bersalin.

Tanda mengandung 2# Spotting/keluar darah sedikit

Ramai wanita yang terlepas tanda awal kehamilan ini kerana menyangka mereka “datang haid” seperti biasa, sedangkan hanya tompokan darah sedikit saja yang keluar.

Tompokan darah sedikit ini dikenali sebagai spotting – dab biasanya tidak terlalu banyak hingga memenuhi pantyliner. Kenapa ia berlaku? Ia kerana telur cuba melekat pada lapisan dalam rahim, lalu mengakibatkan spotting. 

Tanda mengandung 3# Kejang bahagian abdomen

Salah satu tanda yang biasanya di alami di awal kehamilan ialah mengalami kekejangan di bahagian abdomen. Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.

Tanda mengandung 4# Mengidam makanan yang bukan-bukan

tanda mengandung

Kredit: helpguide.org

Alamak! Kenapa tetiba mengidam nak makan rojak pasembor Penang pula tiba-tiba ni… Ha, itu satu lagi tanda awal kehamilan. 

Ada kes suami yang tiba-tiba mengidam. Tapi selalunya, si isteri memang akan mengidam teruk! Makanan yang sebelum ini tidak pernah disukai pun tiba-tiba boleh mengidam.

Kalau anda mengalami alahan yang teruk seperti mual, jeruk selalu menjadi makanan mengidam yang boleh mengatasinya. Namun hati-hati ya, jeruk ada pelbagai kandungan pengawet dan garam. Ia beri kesan yang tidak elok pada anak.

Baca juga: 7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!

Tanda mengandung 5# Perubahan mood yang mendadak

Dalam perkataan lain ‘mood swing‘. Wanita sangat sinonim dengan perubahan mood yang mendadak di awal kehamilan.

Ini kerana, mereka sedang mengalami perubahan hormon yang mendadak. Jadi, perubahan mood adalah salah satu simptom yang normal.

Tanda mengandung 6# Perubahan selera makan

Terdapat dua kategori, sama ada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.

Sesetengah wanita akan mengalami alahan semasa hamil yang menyebabkan mereka muntah-muntah dan hilang selera makan semasa trimester pertama. Namun, 1 per 3 dari wanita hamil bernasib baik kerana tidak akan melalui alahan seperti ini.

7# Cepat lesu

Disebabkan badan sedang mengalami perubahan hormon dan fizikal, wanita hamil akan lebih mudah rasa penat dan lesu.

Mereka akan mula banyak tidur dan berehat kerana tidak bertenaga.

8# Badan rasa panas

Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kredit: detmersons.com

Tahukah anda yang suhu badan anda juga mampu menentukan sama ada anda hamil atau tidak? 

Semuanya kerana perubahan suhu badan yang akan berlaku ketika ovulasi (waktu subur). Apabila ovulasi berlaku dan telur dilepaskan untuk pensenyawaan, suhu badan anda akan naik sedikit daripada biasa.

Sebab itu trik mencatat suhu badan adalah salah satu cara berkesan untuk ibu cuba hamil mengira waktu subur. 

9# Sakit payudara

Apabila berlakunya perubahan hormon, organ seksual juga akan mengalami perubahan.

Biasanya, pada awal kehamilan, wanita hamil akan mengalami sakit pada payudara yang jelas terasa apabila hendak mengelap badan atau memakai pakaian.

10# Kerap ke tandas

Anda mesti selalu lihat rakan anda yang hamil kerap ke tandas. Ya, itu yang akan anda alami ketika hamil.

Sekiranya anda mula kerap ke tandas, anda juga mungkin sedang hamil.

11# Hidung tersumbat dan selsema

Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sistem tubuh badan kita dilengkapi dengan sistem kekebalan untuk mengelak jangkitan penyakit atau bakteria. Namun ketika hamil, badan anda akan mengalami satu perubahan pelik iaitu anda akan kerap demam, selesema dan hidung tersumbat. 

Ini kerana sistem imun badan anda semakin kurang berkesan. Sistem imun ini akan dicegah daripada menyerang ataupun menolak janin yang sudah terbentuk.  

Tanda mengandung 12# Kembung perut atau sembelit

Ini adalah salah satu masalah biasa bagi wanita hamil.

Sama ada anda mula mengalami kembung perut yang kerap atau mula mengalami sembelit. Pastikan anda banyak mengambil sayuran hijau!

13# Kerap sakit kepala

Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kredit: freepik.com

Ibu yang hamil akan mudah mendapat sakit kepala kerana hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan badan. 

Malah, sakit kepala ini juga mungkin disebabkan tahap gula dalam darah anda. Jika ia berlanjutan, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera!

14# Deria bau menjadi lebih sensitif

Anda tiba-tiba rasa semua bau lebih jelas dari biasa hingga membuatkan anda tidak senang dengan sesetengah bauan yang terlalu kuat.

Ia merupakan salah satu tanda anda hamil.

15# Perubahan warna pada faraj

Perubahan warna pada faraj antara tanda mengandung susah untuk perasan. Ia berlaku kerana peningkatan aliran darah di kawasan pelvis wanita.

Bagaimana perubahan warna ini? Faraj anda akan nampak “lebih gelap” berbanding biasa.

16# Kerap pening atau pengsan

Ini disebabkan badan anda sedang mengalami perubahan dan mungkin disebabkan terlalu penat dengan perubahan tersebut. Kerap pening atau pengsan juga adalah normal di awal kehamilan.

Tanda mengandung 17# Pedih ulu hati

Anda selalu rasa pedih ulu hati, walaupun tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Itu mungkin tanda hamil!

Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.

18# Bengkak pada kaki (edema)

Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kredit: healthline.com

19# Peningkatan berat badan

Tanda-tanda lain yang paling mudah untuk dilihat adalah pada perubahan berat badan anda. Biasanya wanita yang hamil beratnya akan bertambah sedikit demi sedikit.

20# Kontraksi sederhana

Normal bagi seorang wanita yang hamil rasa senak atau kram di bahagian bawah perut. Ia seolah-olah rasa seperti senggugut dan ini diakibatkan oleh peningkatan hormon progesteron kerana rahim mengembang. 

21# Sukar untuk tidur

Perubahan hormon yang drastik akan menyebabkan sesetengah wanita akan rasa sukar untuk tidur bahkan sampai ada yang mendapat mimpi pelik-pelik! Perubahan ini akan menyebabkan emosi anda juga terjejas, jadi secara tidak langsung rasa stres ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur.

Cara terbaik adalah dengan cuba bertenang sebanyak mana yang boleh dan elak menggunakan telefon sehingga lewat malam.

22# Sakit belakang

Rasa sakit belakang ini terjadi kerana tubuh anda perlu membawa berat tambahan, jadi walaupun tubuh anda sihat, ia tidak menjadi tidak seimbang. Malah semasa trimester pertama, tahap hormon progesteron akan meningkat yang mana ia membantu melonggar dan mengendur ligamen.

Sekaligus menyebabkan rasa sakit belakang!

23# Tumbuh jerawat merata-rata

Ada sesetengah wanita pula, mendapati jerawat tumbuh merata-rata di seluruh badan, bukan muka sahaja! Jika ini berlaku kepada anda, elak untuk makan sebarang ubat atau herba tanpa konsultasi doktor terlebih dahulu dan cuba cuci wajah dengan pencuci muka yang selamat buat ibu hamil.

Tanda-tanda ini adalah subjektif dan tidak semua wanita mengalaminya.

Namun, ini adalah antara tanda-tanda yang biasanya terjadi pada permulaan kehamilan. Kongsikan dengan kami apakah perubahan yang anda lalui di awal kehamilan 🙂

Baca juga: Bila waktu paling sesuai untuk scan kandungan buat kali pertama?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img

Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu
Kongsikan:
•••
  • Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

    Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

  • 10 tanda-tanda kehamilan - Anda ada tak tanda hamil ini?

    10 tanda-tanda kehamilan - Anda ada tak tanda hamil ini?

  • Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

    Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

app info
get app banner
  • Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

    Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

  • 10 tanda-tanda kehamilan - Anda ada tak tanda hamil ini?

    10 tanda-tanda kehamilan - Anda ada tak tanda hamil ini?

  • Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

    Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • img
    Komuniti
  • img
    COVID-19
  • img
    Menjadi ibu bapa
  • img
    Perkembangan Anak
  • img
    Keibubapaan
  • img
    Kesihatan
  • img
    Penyusuan & Pemakanan
  • img
    Pendidikan
  • img
    #MoneyParenting
  • img
    Gaya Hidup
  • img
    Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • img
    VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Garis Panduan Komuniti
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi