X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!

4 min bacaan
7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!

Anda bakal menjadi ibu tidak lama lagi? Justeru, sentiasalah menjaga kesihatan diri dengan mengambil makanan berkhasiat bermula trimester pertama!

Ketika disahkan berbadan dua, ibu-ibu pastinya berasa cukup teruja dan dalam pada  sama perlu ‘belajar’ pelbagai pengetahuan baru tentang kehamilan. Ini termasuklah aspek makanan trimester pertama bagi mengekalkan tumbesaran janin yang sihat.

Sewaktu kandungan berusia antara 4 minggu hingga 13 minggu, ibu memerlukan vitamin dan mineral mencukupi dari amalan diet sihat seperti vitamin A, beta karotena dan folat.

Makanan trimester pertama yang sihat untuk ibu mengandung

Bagi ibu yang mengalami masalah alahan yang teruk, sudah tentu anda tidak dapat menerima makanan berat seperti nasi. Justeru semak sahaja disini beberapa senarai makanan trimester pertama yang berupaya membekalkan nutrisi optimum untuk anda dan janin dalam kandungan.

#1. Buah tembikai

makanan sihat trimester pertama

credit to sources

Ibu boleh mengambil buah tembikai susu atau tembikai wangi kerana ia kaya dengan beta karotena dan folat. Ia turut mengandungi nutrisi vitamin C, vitamin A dan magnesium.

Untuk memudahkan anda, cuci dan potong kepada kepingan kecil lalu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Selain itu ia juga sedap sekiranya dikisar menjadi jus segar.

#2. Buah yang berwarna oren

Sekiranya anda berasa kerap lapar, pilihlah buah berwarna oren untuk dijadikan sebagai snek. Misalnya betik yang telah masak, buah aprikot dan pic. Kemudian boleh tambahkannya ke dalam semangkuk bijiran bagi mendapatkan sumber beta karotena.

Buah-buahan ini mengandungi folat. Anda boleh potong dan masukkan ke dalam bekas bagi memudahkan membawanya ketika keluar.

#3. Labu kuning

Selain itu, labu kuning juga adalah sumber beta karotena yang baik untuk ibu mengandung. Ia amat mudah diperolehi di pasaraya atau pasar basah dan harganya juga tidaklah begitu mahal.

Labu kuning ini sedap dijadikan kuih, sira ataupun pengat bagi hidangan petang atau sarapan pagi.

#4. Lobak merah

makanan hamil trimester pertama

credit to sources

Lobak merah sangat kaya dengan vitamin A. Menurut Kitchenvarieties, ia juga sumber antioksidan yang baik dan pelbagai nutrisi penting di dalamnya mampu mengekalkan kesihatan ibu serta bayi sepanjang kehamilan.

Satu cawan lobak merah sudah dimasak memiliki kandungan beta karotena hampir 12998μg atau 120 peratus daripada keperluan harian yang dicadangkkan.

#5. Bayam hijau

Sayuran hijau seperti bayam adalah kaya dengan folat. Anda boleh menjadikannya sebagai sup sayur atau bayam goreng yang boleh dijadikan snek sewaktu berada di luar rumah.

Bukan itu sahaja, ia juga tinggi dengan kandungan asid folik tambahan dan folat bagi mencegah berlakunya masalah kecacatan pada tiub neural iaitu spina bifida pada janin.

#6. Telur rebus masak sepenuhnya

Telur ayam mengandungi sumber vitamin A, folat dan ia merupakan sumber zat besi yang baik.

Caranya adalah anda perlu merebus selama kira-kira 7 atau 8 minit, kemudian biarkan ia sejuk dan boleh disimpan di dalam peti sejuk tidak lebih antara 2 hingga 3 hari.

Ia juga sesuai dihidangkan bersama salad segar atau makan begitu sahaja.

#7. Ubi manis

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
makanan ibu mengandung trimester pertama

credit to sources

Seterusnya, kandungan beta karoten di dalam ubi manis adalah sangat baik untuk ibu mengandung. Menurut TasteofHome, ia mengandungi beta karotena yang dapat meningkatkan kesihatan pencernaan dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah.

Ibu boleh mengambil ubi manis bagi menggantikan nasi sebagai sumber karbohidrat dalam sehari-hari. Dengan mengamalkan 1 cawan ubi manis yang terkandung beta karotena sekitar 13308 μg. Manakala jumlah kalorinya adalah sebanyak 258 kcal.  

Selain itu, sayur brokoli juga makanan trimester pertama terbaik untuk ibu mengandung. Menurut webMd, ia membekalkan keperluan folat, serat, kalsium, lutein, zeaxanthin dan beta karotena bagi meningkatkan daya penglihatan.

Kandungan vitamin A dan nutrisi lain dalam brokoli ini turut mampu meningkatkan perkembangan janin yang sihat.

Kesimpulannnya, beta karotena yang diperolehi melalui sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan ini kaya dengan vitamin A. Ia diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan kesihatan kulit, sistem imunisasi serta kesihatan mata. Bagi ibu hamil, kekurangan vitamin A ini boleh menyebabkan risiko anemia serta komplikasi ketika proses bersalin.

Sumber: PopMama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!
Kongsikan:
  • Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!

    Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!

  • 5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

    5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!

    Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!

  • 5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

    5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.