9 Sebab Kenapa Anda Perlu Kerap Beri Bayi Sayur Brokoli Berbanding Sayur Lain

9 Sebab Kenapa Anda Perlu Kerap Beri Bayi Sayur Brokoli Berbanding Sayur Lain

Adakah anda tahu bahawa brokoli tergolong dalam sayur kubis? Jom ketahui manfaat sayuran brokoli untuk perkembangan si kecil anda!

Di Malaysia, brokoli  sangat mudah diperoleh dan sesuai untuk pelbagai menu masakan. Salah satu manfaat sayuran brokoli ini adalah ia memiliki rasa yang cukup enak dan lemak manis.

Bukan sahaja digemari oleh orang dewasa, ia turut tergolong sebagai salah satu sayuran terbaik yang boleh ibu gunakan dalam menu pemakanan si kecil!

Bentuk brokoli yang unik seperti jambangan bunga sering mencuri perhatian dan  memupuk rasa ingin tahu anak. Justeru tidak hairanlah anak-anak sering teruja untuk memakannya.

Manfaat sayuran brokoli yang kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan anak seperti asid folik, kalsium, zat besi, vitamin A, C, D, E dan K.

Sayuran brokoli juga boleh melatih fungsi psikomotor si kecil dengan memegang dan masukkan makanan ke mulutnya.

Manfaat sayuran brokoli untuk bayi

khasiat brokoli Kredit Foto: Getty Image

Bagi anda yang baru kali pertama memperkenalkan sayur kepada bayi, perlu elakkan dari memberinya sayuran brokoli. Hal ini kerana brokoli tidak sama seperti sayuran lain yang boleh menyebabkan angin dalam badan si kecil.

Bukan itu sahaja, tekstur brokoli yang agak keras boleh menyebabkan anak tercekik ketika memakannya.

Seperti yang kita tahu, sistem pencernaan bayi masih berkembang dan memerlukan masa untuk membiasakan diri untuk menerima makanan anjal.

Dalam hal ini, masa yang terbaik untuk memperkenalkan sayur dan menambah brokoli mengikut panduan pemakanan bayi ialah apabila dia berusia 10 bulan atau lebih.

9 kebaikan sayur brokoli untuk anak

kepentingan sayur brokoli Kredit Foto: Tasty Baby Recipes

Dalam satu cawan brokoli kukus mengandungi beberapa nutrien seperti VITAMIN A, C dan E.  Daripada kandungan nutrisi yang dinyatakan, brokoli menyediakan banyak manfaat untuk bayi.

Berikut adalah beberapa manfaat brokoli untuk bayi:

#1. Meningkatkan imunisasi

Manfaat terbesar brokoli untuk bayi adalah ia dapat memberikan rangsangan yang kuat untuk sistem kekebalan tubuh.

Ini dapat membantu membina sistem imunisasi secara semulajadi yang menghalang bayi dari terkena pelbagai penyakit.

#2. Meningkatkan daya penglihatan

Bukan sahaja vitamin C, brokoli juga mengandungi vitamin A yang banyak.

Dengan kombinasi bersama dengan beta carotene, secara tidak langsung vitamin A bertindak menjadikan penglihatan bayi lebih baik dan tajam.

#3. Mencegah risiko anemia

Anemia adalah gangguan kesihatan yang melibatkan bilangan sel darah merah kurang dari paras normal. Darah mengangkut oksigen, nutrien, hormon serta bahan lain ke seluruh organ dan tisu.

Bukan itu sahaja, sel darah merah adalah komponen yang paling banyak dalam darah yang memberi warna merah kepada darah serta mengangkut oksigen daripada paru-paru ke badan menerusi sejenis protein khas dinamakan hemoglobin .

Hemoglobin yang rendah daripada paras normal menyebablan kandungan oksigen yang diangkut dalam darah berkurangan.

Manakala, pembentukan hemoglobin sepenuhnya bergantung kepada bekalan zat besi yang mencukupi. Sekiranya pembentukannya gagal, maka anak kecil mudah diserang anemia.

Atas sebab ini, kandungan zat besi dalam brokoli dapat menambahkan jumlah hemoglobin dalam tubuh dan mencegah dari risiko menghidap anemia.

#4. Mengatasi masalah sembelit

Sekiranya ibu baru saja mula memberikan makanan pejal, biasanya bayi akan mengalami masalah pencernaan seperti sembelit.

Dalam hal ini, brokoli membantu mengatasi sukar untuk membuang air besar kerana ia mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi.

#5. Mencegah komplikasi ketika bayi cirit-birit

Bagi bayi kecil, cirit-birit sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi yang cepat dan membawa kepada maut.

Kandungan air yang cukup tinggi dalam brokoli sekaligus membantu bayi mencegah risiko bahaya ini. Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit,  disarankan supaya anda menyediakan menu sup sayur brokoli untuk bayi.

Hal ini boleh membantu dia mendapatkan semula jumlah air dan nutrien yang telah hilang kerana kerap membuang air besar.

#6. Mencegah penyakit berkaitan perut

Manfaat sayuran brokoli juga menghalang bayi terkena jangkitan gastrik yang boleh berlaku akibat pengeluaran asid dalam perut berlaku secara tidak terkawal.

#7. Sumber antioksidan yang baik

Antara salah satu elemen penting dalam semua jenis diet sama ada untuk orang dewasa dan kanak-kanak adalah sumber antioksidan.

Antioksidan diperlukan oleh badan untuk melawan radikal bebas yang dihasilkan semasa metabolisme tubuh terjadi.

Brokoli membekalkan sumber Vitamin C, antioksidan yang baik yang melindungi kulit anak dari pencemaran udara dan alam sekitar.

Manfaat sayuran brokoli dalam pemakanan si kecil juga membantu meningkatkan tekstur keseluruhan kulit kerana adanya vitamin C membantu pembentukan kolagen, sistem perlindungan utama kulit.

#8. Menyokong fungsi otak yang sihat

Sesetengah nutrien dan sebatian bioaktif dalam brokoli membantu dalam perkembangan mental, menyokong fungsi otak yang sihat dan tisu saraf.

Manfaat sayuran brokoli kaya dengan vitamin K dan choline.

Ia meningkatkan aktiviti neuron serta menguatkan daya ingatan anak kecil serrta potensi untuk menyokong fungsi otak sekiranya kekurangan oksigen di dalam otak.

#9. Menjamin kesihatan mulut

Brokoli adalah sumber vitamin C dan kalsium yang baik yang menghalang anak dari penyakit periodontium.

Ia adalah penyakit inflamasi kronik yang melibatkan gusi dan tisu yang menyokong  pertumbuhan gigi. Penyakit ini berlaku kerana jangkitan bakteria dalam karang gigi.

Kaempferol dan flavonoid yang terdapat dalam brokoli memainkan peranan dalam mencegah periodontium. Atas sebab ini, brokoli dipercayai menyokong kesihatan mulut.

Cara menyimpan brokoli untuk bayi

kebaikan sayur brokoli Kredit Foto: Shutterstock

# Apabila membeli brokoli dari pasaraya, anda perlu memilih brokoli hijau gelap.

# Pastikan warna brokoli seragam dan bersih.

# Elakkan dari memilih brokoli yang daunnya sudah bertukar warna kekuningan atau kelabu.

# Sebaik sahaja anda sampai ke rumah, segera simpan brokoli di dalam peti sejuk dan menghabiskannya dalam masa empat hari.

Panduan sebelum beri brokoli kepada bayi:

# Semasa pembelian, pilih brokoli yang berat dan kuat. Brokoli yang berat adalah petunjuk yang baik dari brokoli yang sihat dari dalam.

# Semak batang brokoli untuk mengetahui kelembapannya. Jika kelembapan terbentuk di dalamnya, kemungkinan mengandungi jangkitan kuman lebih tinggi. Sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti ketika sedang memilihnya, periksa ini apabila anda memotong brokoli.

# Sentiasa basuh brokoli dengan teliti selepas memotongnya. Sebaiknya rendam brokoli di dalam air garam untuk beberapa minit.

# Jangan berikan brokoli mentah kepada bayi. Mungkin masih terdapat bakteria atau kekotoran lain walaupun selepas anda mencuci. Lebih baik anda merebus atau mengukus brokoli terlebih dahulu dengan betul.

Ibu, jangan takut-takut untuk menyediakan menu berasaskan brokoli kerana sudah ternyata sayuran ini memberikan banyak manfaat kepada perkembangan si manja.

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

9 Sebab Kenapa Anda Perlu Kerap Beri Bayi Sayur Brokoli Berbanding Sayur Lain

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner