Di saat bayi anda memulakan langkah pertamanya, anda pasti sangat teruja, kan? Tapi, tahukah anda yang perkembangan fizikal bayi ini sudah lama terlatih untuk bersedia berjalan sejak mereka lahir lagi?
Ha… kalau anda nak tahu bagaimana ia boleh terjadi dan apa yang ibu bapa boleh buat untuk membantu perkembangan fizikal bayi, maka mari baca dengan lebih lanjut.
Dalam artikel ini anda akan tahu lebih lanjut tentang:
- Asas perkembangan fizikal bayi dari umur 1 bulan hingga 12 bulan
- Tahap perkembangan bayi mengikut usia
- Cara bantu galakkan perkembangan fizikal bayi
- Aktiviti perkembangan fizikal yang ibu boleh cuba
Apa itu perkembangan fizikal bayi?
Kredit: Shutterstock
Perkembangan fizikal bayi dapat dilihat dari segi fizikal, mental dan sosial bayi merupakan antara perkara yang perlu dipantau oleh ibu bapa.
Perkembangan ini termasuk perubahan fizikal seperti tubuh badan atau berkemampuan dalam menguasai kemahiran mengikut usianya. Di usia bayi antara 0-12 bulan merupakan perkembangan yang sangat penting dalam kehidupan bayi.
Sebagai ibu ayah, anda perlu memberikan sokongan dan dorongan berterusan kepada bayi anda untuk membantunya dalam mengusai kemahiran tersebut pada peringkat yang berbeza terutama dalam tempoh 0-12 bulan.
Jadikan itu adalah satu pengalaman manis untuk anda bersama bayi dalam melihat perkembangannya. Di samping itu, rancang pelbagai aktiviti santai dan menyeronokkan bagi bayi perkembangan fizikal dan minda mereka.
Setiap bayi merupakan perkembangan yang berbeza-beza, jangan sedih jika bayi anda terlambat untuk menguasai kemahiran. Ikuti perkembangan bayi di bawah sebagai panduan buat ibu bapa.
Tahap perkembangan fizikal bayi mengikut usia
Setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza. Perkembangan fizikal bayi perkara yang paling penting bagi ibu bapa.
4 Minggu Pertama
Perubahan perkembangan fizikal bayi pada 4 minggu pertama biasanya akan terasa sangat cepat. Ibu bapa dapat melihat perkembangan tubuh badan, kemampuan dan berat badan.
Perubahan Normal:
Perubahan Tidak Normal:
- Tangan dan kaki tidak aktif
- Tiada reaksi terhadap bunyi
Dari 4-6 Minggu
Perubahan perkembangan fizikal bayi pada 4-6 minggu masih dalam peringkat mengawal pergerakkan kaki dan tangan seperti akan menggenggam apa saja barang yang bersentuhan dengan tangannya.
Pada masa ini juga, penglihatan bayi masih belum jelas, bayi masih belajar untuk memfokus untuk melihat sesuatu di hadapannya.
Perubahan Normal:
- Boleh mengawal posisi kepala secara tegak
- Berkeupayaan membengkok siku sedikit
Perubahan Tidak Normal:
- Tidak boleh mengawal posisi kepala sewaktu badannya ditarik ke posisi dudul
- Kedua-dua siku dalam keadaan lurus
Dari 6 Minggu Sehingga 3 Bulan
Perubahan perkembangan fizikal bayi pada 6 minggu sehingga 3 bulan bayi sudah boleh mengangkat kepalanya pada 45 darjah dan suka pandai untuk melepaskan genggaman tangannya sesuka hati.
Perubahan Normal:
- Mengangkat kepala sedikit sewaktu dibaringkan secara meniarap
- Boleh menyokong lengan
Perubahan Tidak Normal:
- Ketidakupayaan untuk menoleh kepala kesebelah, dan tidak boleh mengangkat kepala
3 Bulan sehingga 6 Bulan
Perubahan perkembangan fizikal bayi pada 3 bulan sehingga 6 bulan pada masa ini bayi sudah pandai untuk mengajuk pergerakkan atau percakapan orang yang sedang bercakap dengannya. Selain itu, bayi pandai untuk memberi tindak balas seperti senyum dan merenung mata.
Perubahan Normal:
- Boleh meniarap
- Boleh memusingkan badan pada posisi terlentang ke meniarap
- Menolak badan kedepan dan menarik badan keatas dengan berpaut kepada sesuatu
- Mencapai dan menyentuh objek. Mengambil dan mengenggam dan
- Membawa objek ke mulut
- Memerhatikan objek sewaktu bergerak (contohnya mainan yang mengeluarkan bunyi)
Perubahan Tidak Normal:
- Tidak boleh meniarap
- Tidak boleh memusingkan badan dari terlentang ke meniarap. Lambat mencapai atau mengambil barang
Dari 6 sehingga 9 bulan
Kredit: Shutterstock
Bayi lebih cenderung untuk memasukkan semua benda dalam mulut. Ibu bapa perlu lebih peka dengan pergerakkan bayi elak meletakkan barang di bawah lantai yang mudah untuk bayi mencapai masuk ke dalam mulut.
Perubahan Normal:
- Sudah boleh duduk dengan sendiri atau duduk dengan sokongan
- Pandai mengambil dan membawa barang dekat ke badannya
- Memindahkan objek kedua-dua belah tangan
- Menyokong badan dengan sendiri jika didudukkan.
Perubahan Tidak Normal:
- Bayi masih tidak boleh duduk dengan sokongan
- Kurang penggunaan aktiviti tangan
- Tidak dapat menyeimbangkan badan dengan sendiri jika didudukkan
Nota: Kebiasaanya pada usia ini kemungkinan gigi yang pertama akan tumbuh, diingatkan kepada ibu bapa setiap bayi adalah berbeza.
Dari 8 bulan sehingga 10 bulan
Pasti ibu bapa tidak sabar untuk melihat bayi anda merangkak, kebiasaanya perkembangan fizikal dalam tempoh ini bayi sudah boleh merangkak dan mengundur sendiri tanpa sokongan.
Perubahan Normal:
Perubahan Tidak Normal:
- Tidak menunjukkan minat untuk merangkak
Nota: Ibu bapa jangan terkejut ya, ada sesetengah bayi akan terus berdiri dan berjalan tanpa melalui proses merangkak.
Dari 9 bulan sehingga 12 bulan
Pada usia ini ibi bapa boleh lihat yang bayi anda sudah mampu berjalan lebih jauh. Dan suka mengutip barang kecil dan masuk ke dalam mulut. Bayi juga akan bergerak lebih pantas dan belajar menyuap makanan sendiri.
Perubahan Normal:
- Berdiri sendiri
- Berjalan dengan bantuan (peralatan sekeliling yang boleh ditolak untuk berjalan)
- Menolak dan bermain dengan bola
- Melontar objek
- Mengambil objek dengan menggunakan ibu jari dan jari lain.
- Menjatuhkan dan mengambil semula objek
Perubahan Tidak Normal:
- Tidak boleh berdiri dengan sendiri
- Tidak boleh menarik badan untuk berdiri sendiri dengan bantuan atau sokongan
Bila ibu dan ayah patut risau?
Kredit: Shutterstock
Untuk pengetahuan ibu dan ayah, perkembangan tumbesaran yang lewat berkemungkinan mengalami masalah berkaitan saraf otak. Kegagalan mengesan menyebabkan bayi lewat menerima rawatan akan memberi kesan buruk kepada bayi anda.
Sebagai contoh, bayi yang berusia setahun setengah tetapi masih tidak boleh berjalan, jangan ambil ringan ya. Jangan tunggu lama untuk mendapatkan rawatan ini mungkin bayi mengalami masalah lemah otot yang menganggu tumbesaran. Otot yang lemah sebenarnya antara sebab kaki menjadi lembut memyebabkan bayi tidak boleh berjalan.
Di samping itu, pada usia bayi berusia sebulan sepatutnya akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat, pada usia 3 bulan mereka akan mencara arah bunyi tersebut.
Sekiranya bayi anda tidak menunjukkan reaksi kemungkinan bayi mengalami masalah pendengaran perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Hal ini boleh berpunca disebabkan bayi pernah mengalami masalah prolonged jaundice dan tidak mendapatkan rawatan pada ketika itu.
Kelewatan ibu bapa tidak mengambil serius mengenai isu perkembangan fizikal bayi akan menyebabkan kesukaran pada mereka di masa hadapan.
Bagaimana cara ibu ayah boleh bantu perkembangan fizikal bayi?
#1. Membina otot dan koordinasi anak untuk menyokong perkembangan anak
credit to sources
Mereka sudah mula meniarap dan apabila mereka sudah mula pandai duduk, koordinasi dan otot mereka juga akan berkembang. Ini kerana mereka sedang menyediakan diri mereka untuk pergerakan seterusnya.
Tidak lama selepas itu, mereka akan mula mengimbangi badan dengan meniti. Mereka sedang berlatih untuk mula berdiri sendiri pula. Dan akhirnya berjalan.
#2. Bantu bayi anda menguatkan ototnya
Memberi bayi anda banyak masa meniarap sebelum mereka mula merangkak akan membantu menguatkan otot yang mereka perlukan untuk perkembangan fizikal bayi yang seterusnya itu.
Jadi lebihkan aktiviti meniarap (tummy time) dengan bayi anda. Bagi bayi yang sudah menunjukkan tanda-tanda hendak merangkak, anda boleh menggalakkan mereka mencapai permainan dalam keadaan meniarap.
Mereka akan termotivasi untuk bergerak dan mencapai barang permainan tersebut. Ini salah satu cara anda boleh merangsang perkembangan fizikal bayi comel anda itu.
Lagi satu cara yang menarik ialah dengan membuat laluan berhalang untuk mereka. Letakkan bantal, kusyen untuk mereka bergerak. Ini akan membantu melatih otot mereka.
Namun, pastikan kawasan di sekeliling adalah selamat untuk bayi anda meneroka. Tiada wayar elektrik atau benda tajam yang boleh dicapainya.
#3. Dari merangkak ke berjalan, ajar anak cara bongkokkan lutut
foto: pinterest
Selalunya di usia 9 bulan, bayi akan mula meniti. Mereka akan memegang perabot untuk mula berjalan.
Mereka akan memerlukan 2 hingga 3 bulan untuk betul-betul tahu berdiri tanpa sokongan.
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan tunjuk kepadanya bagaimana mereka boleh membengkokkan lutut supaya mereka boleh duduk tanpa perlu jatuh. Biar mereka mencuba sendiri bagi mengetahui cara mengimbangi badan mereka.
Beri mereka ruang yang selamat untuk mencuba mengimbangi badan mereka. Pastikan mereka tidak mencapai kawasan yang bahaya.
#4. Sebelum mula langkah pertama
Sebelum bayi anda mahir berjalan, mereka memerlukan latihan yang banyak. Berikannya galakkan untuk dia lebih banyak mencuba.
Semakin mereka mencuba, semakin mereka mahir untuk mengimbangkan diri. Dan lama-kelamaan, mereka sudah berjalan.
Ketika ini, anda harus memastikan kawasan sekeliling bebas dari tempat memanjat yang bahaya. Pastikan terdapat pagar keselamatan di tangga anda bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Banyakkan merangsang otot dan sensori anak dengan pelbagai aktiviti. Biarkan tapak kaki mereka rasa tekstur karpet, pasir, dan rumput.
Aktiviti perkembangan fizikal bayi yang lain
credit to sources
#1. Memperkenalkan si manja dengan buku
Caranya adalah ibu ayah perlu duduk bersama bayi dan ajarkannya pegang buku. Hal yang penting pastikan buku berkenaan memiliki gambar menarik dan warna-warna terang.
Anda juga boleh menggunakan kad imbasan. Sebutkan perkataan dan warna yang terdapat pada buku atau kad imbasan berkenaan berulang-ulang kali.
#2. Main tepuk amai-amai
Seiring pertambahan usia, bayi anda baru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin dengan cara menyanyi akan membuatkan bayi bertambah ceria.
Tepuk tangan dan gerakkan badan anda membuatkan bayi berasa selesa. Cara ini boleh sesuai dilakukan ketika bayi berada di atas katil.
Pada peringkat anak awal usia, penting untuk ibu bapa merangsang perkembangan fizikal membabitkan perkembangan motor dan merangkumi kemahiran koordinasi otot.
Sekiranya anda dapati anak tidak mengikut perkembangan ini, segera bawa berjumpa dengan doktor untuk rawatan dan terapi yang lebih lanjut. Apa-apa pun, ibu dan ayah perlu lakukan intervasi dengan pantas agar perkembangan anak tidak terbantut.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Fakta & Mitos Mengenai Perkembangan Bayi Yang Sering Ibu Ayah Salah Tanggapan
Baca juga: 5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan Bayi 3 Bulan Anda
Baca juga: Elak Beri Nasihat Kepada Anak Ketika Mereka Tengah Beremosi, Lakukan 3 Perkara Ini!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!