X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Idea Messy Play Untuk Terapi Sensori Anak 1-4 Tahun, Ibu Boleh DIY Sendiri Di Rumah!

4 min bacaan
5 Idea Messy Play Untuk Terapi Sensori Anak 1-4 Tahun, Ibu Boleh DIY Sendiri Di Rumah!

Ada yang takut nak bagi anak main kotorkan? Tetapi sebenarnya messy play ini sangat penting untuk terapi sensori anak-anak.

Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ibu di rumah hampir kering idea fikir aktiviti untuk anak. Kali ini kami kongsikan idea messy play yang ibu boleh cuba!

Messy play sangat bagus untuk anak-anak terutama yang masih kecil yang mana ia boleh dimulakan sejak usia mereka kurang setahun lagi tetapi dengan pemantauan ibu bapa.

Kenapa messy play penting untuk didedahkan kepada anak sejak di awal usia mereka?

Messy play bantu anak mahir guna deria badan

Messy play

Kredit : thebestideasforkids

Messy play membantu anak untuk mahir menggunakan kemahiran deria badan. Kemahiran mengguna deria badan adalah langkah paling asas yang akan membantu anak-anak di dalam penguasaan akademik. Ia juga boleh elak anak jadi penggeli atau punyai masalah sensori.

Tanpa penguasaan kemahiran deria badan mereka mungkin boleh jadi bermasalah dalam penguasaan akademik termasuklah membaca dan menulis.

Antara kemahiran deria badan yang perlu anak kuasai termasuklah:

  • Deria auditori – telinga
  • Deria visual – mata
  • Deria gustatori – mulut
  • Deria olfaktori – hidung
  • Deria sentuhan (tactile – tangan
  • Deria vestibular – keseimbangan

Kanak-kanak perlu mahir mengguna tubuhnya sebelum belajar membaca, mengira dan menulis. Ini bermakna, sebelum kanak-kanak bijak akademik, mereka perlu bijak bermain.

Kemahiran mengguna deria badan dapat dikuasai melalui proses bermain. Seharusnya mereka tidak dihalang dari bermain kerana ia adalah sebahagian dari fitrah anak-anak.

Bermain amat baik untuk membantu membina kefungsian badan, meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi, menguasai kemahiran motor halus dan kasar dan kemahiran mengurus diri.

Kenapa deria sensori anak perlu dirangsang?

1. Kajian membuktikan permainan yang melibatkan deria (sensory/messy play) akan membantu di dalam membina beberapa bahagian otaknya terutama terutamanya yang mengawal bahagian anxiety.

2. Membantu dalam menguasai kemahiran pra-akademik seperti memberi tumpuan, menerima arahan, mengenali bentuk asas (penting untuk bantu kenal huruf), mengguna tangan dalam aktiviti menulis dan menggunting, dan sebagainya.

3. Sensory play menyokong pembinaan bahasa, kognitif, motor halus dan motor kasar, kemahiran menyelesaikan masalah serta interaksi sosial.

4. Membantu meningkatkan memori.

5. Meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan daya fokus. Kemahiran ini menjadikan anak lebih tenang dan penyabar.

6. Kanak-kanak belajar sifat-sifat objek seterusnya belajar mengendalikannya.

7. Mengelakkan kanak-kanak mengalami kecelaruan/ masalah sensori yang dipanggil Sensory Processing Disorder (SPD).

5 idea messy play bagus untuk sensori anak

#1. Rainbow slime

messy play

Kredit: thebestideasforkids

Bahan-bahan:

  • Kanji cair/ liquid starch
  • Gam sekolah/ school glue – putih
  • Pewarna makanan, warna air

Cara-cara:

  1. Campurkan kanji cair dan gam dalam kadar yang sama. Contohnya 1 cawan cecair kanji dan satu cawan gam. Seterusnya letakkan pewarna 
  2. Ulang langkah 1 dengan pewarna berbeza pula

#2. Foam dough/ doh buih

Bahan-bahan:

  • 3 cawan krim pencukur/shaving cream
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung jagung setelah semuanya sebati.

Cara-cara:

  1. Campurkan krim pencukur dan tepung jagung sehingga semuanya sebati dan sehingga boleh membentuk bola. Sekiranya terlalu basah, tambahkan 1 sudu besar tepung jagung tambahan.

#3. Beras berwarna-warni

Messy play

Kredit: sonshinemumma

Bahan-bahan:

  • Beras/beras pulut
  • Pewarna makanan – pelbagai warna

Cara-cara:

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
  1. Rendam beras semalaman dengan dengan pelbagai warna.
  2. Keringkan beras yang sudah berwarna dengan menjemurnya di bawah cahaya matahari
  3. Anda boleh berikan anak main dengan pelbagai cara sama ada mengasingkan ikut bekas berwarna dan sebagainya. 

#4. Rainbow clean mud

Bahan-bahan:

  • Tisu tandas
  • Sabun buku
  • Pencincang keju/sayur (cheese shredder) – digunakan untuk mencincang sabun
  • Warna air
  • Air

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan, dan minta anak anda bentukkan mengikut bentuk kegemaran mereka
  2. Biarkan ia kering.

#5. Bihun berwarna-warni

Bahan-bahan:

  • Bihun
  • Pewarna makanan

Cara-cara:

  1. Rebus bihun
  2. Apabila ia sejuk bahagikan kepada enam bahagian dan masukkan dalam ziplock plastic yang mempunyai warna berlainan.
  3. Goncang plastik supaya warna rata ke semua bahagian bihun
  4. Apabila warna sudah rata, keluarkan bihun dari plastik dan jemur di bawah matahari sehingga bihun menjadi kering
  5. Boleh gunakan untuk anak anda bermain dengan mematah-matahkan bihun yang sudah kering dan sebagainya untuk merangsang deria sentuhannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: lemonlimeadventures

Kredit foto: parenta

Baca juga: Manfaat “Sensory Play” dan Resipi DIY Pasir Kinetic

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • 5 Idea Messy Play Untuk Terapi Sensori Anak 1-4 Tahun, Ibu Boleh DIY Sendiri Di Rumah!
Kongsikan:
  • Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

    Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

  • 12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

    12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

    Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

  • 12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

    12 Style Rambut Budak Perempuan Yang Ibu Boleh Cuba Untuk Si Puteri

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.